Nuffnang Ads

Wednesday, December 30, 2015

Cuti Cuti Raub & Melaka

Last week, on 24th Dec, me & MDH gerak ke Raub, seawal pkol 7 pagi. Ke Raub ni untuk event gathering schoolmate MDH. I follow je la kan...

Smooth journey, walaupun jem sket nak masuk tol gombak tu. Ye la... org dah start gerak nak balik pantai timur kan... tu pun i heard my frens said belah tengahari ke petang memang sesak tol gombak tu. We were lucky sebab kluar awal pagi.

Pekan Raub, jem sikit ja kat sini
Gathering ni dibuat di Benum Hill. Tempat ni salah satu dari kem2 PLKN, but it also open for other people yg nak buat aktivity kat sini. Kami duduk dalam salah satu khemah kat situ.

Khemah tempat kami tidur

Jangan terpedaya ngan khemah ni....nama ja khemah, but it was kind of luxurious punya camping. Ada 6 katil dalam khemah ni, siap aircond lagik!

katil banyak, yg duduk sini kami dua org ja... uhuhuu...katil lain jadik tempat letak baju ;-P
aircond...




ruang tengah bilik


the swimming pool...besau sgt...


Sampai sana, lepas lunch, rehat2 kejap. Then pkol 3.30 mcm tu kami buat aktiviti 'Makan Durian' sesi yang pertama. Hehehe...memang ke laut la diet i. kehkehkeh...

Dokong & Langsat pon ada


Sebakul dorian...makan la puas2...
Tapikan, bila dah banyak2 mcm ni, idok la rasa nak makan banyak2 pon. Banyak x banyak, nerulas-ulas jugak kot i perabih makan... kehkehkeh...

After makan, buat aktivity flying fox plak.... last i buat flying fox tahun 2003 kot... seronoknye dapat merasa buat flying fox... siap rentas tasik kat situ lagi...

The flying fox tower
After flying fox, minum petang and bersantai. Sampai la maghrib. Then, dinner and BBQ kat tepi pool yg cantik tu... borak2 ngan the wives (hubby's school all boys). Dekat pkol 12 baru masuk tidoq.

Next day, seawal 8 pagi kami walk around the camp. Fuh... mengah jugak i jalan2 naik turun bukit. elok la kan...bakaq segala kalori yg masuk punya banyak dari semalam... kehkehkeh...

After breakfast, aktiviti 'Makan Durian - Second session'. But this time dorang amik setengah bakul ja, sebab yg smalam punya banyak lagi. Kami siap dapat bawak balik 5 bijik durian sebab ada lebih banyak. Lepas mkn durian, aktiviti bebas. So i amik kesempatan berkayak di tasik camp ni.


Petang tu, around 4 pm, kami pun bertolak balik. Alhamdulillah, walaupun banyak kereta, tapi cepat jugak kami sampai umah MIL. Bermalam di umah MIL, siap basuh baju semua. Next day, lepas baju kering, kami gerak ke Melaka pulak untuk gathering family i. My mum sewa banglo kat A Famosa Resort satu malam.

I sampai lambat, nak dekat maghrib. The rest of family members dah sampai, and siap terjun kolam renang dah. Malam tu buat BBQ dinner. So the guys la tukang bakarnya. All the ladies, cuma sediakan nasi, air and borak2 saja. heheheh... Sori yg ni x dak gambar. Semua gambar ada muka i :-P

But overall, we enjoyed our BBQ. Dah lama x kumpul semua adik beradik. Walaupun kami ni 5 org ja, tapi nak kumpul semua dalam satu masa memang payah. Sebab masing2 ada komitmen kerja and waktu balik kampung x sama antara satu sama lain. Ni pun my mum plan punya lama nak bagik semua berkumpul. Seronok sangat dapat ber'us' time ngan my sisters (walaupun hari2 mmg wassap pon...tapi jumpa live lain rasanya... hehehhe). Hopefully, nanti bleh buat lagi gathering2 mcm ni...

Okey...tu je la aktviti I minggu lepas. Balik umah, i siap pakej batuk selsema demam pasai makan durian banyak sangat. panas badan... smalam siap mc. kehkehkeh... over tau makan durian sampai demam...


p/s: i baru tau...petua tanak kereta kuat sangat bau durian, letakkan batang buah durian kat aircond outlet. Alhamdulillah, masa tu sayup2 ja bau durian tu... but my hubby buang awal sgt... nxt day tu dia dah buang, la ni bau durian lagi kereta i.

belah tengah batang buah durian tu, pastu buh kat outket aircond







Wednesday, December 23, 2015

Selamat Bercuti

Time-time skang nih adalah waktu yg seronok nak pi and balik keje. X dak la jalan pack sangat ngan kereta sebab ramai yg ambil kesempatan bercuti bersempena musim cuti di bulan december ni.

I am too. Semalam I decided maleh sgt nak pi keje, so amik coti hari ni. Minggu ni pack ngan plan nak jalan ke arah timur dan ke selatan. Hubby ada program di raub on 24th and 25th, so i follow. And my family ada gathering di Melaka on 26th and 27th. Memanfaatkan sebaiknya cuti 4 hari :-)

But today, is our 'outing day'. Pagi around 11 am, kluar pi kedai spek. Hehehe... dah 2 years x ganti cermin and 4 years x ganti frame. So rasa macam ok la nak ganti spec baru. Alhamdulillah, power turun. suka i :-). MDH pun buat spec gak (org tu rabun dokek :-P). Masa hubby test mata, i dok try2 spec yg ada kt kedai tu. siap amik gambo selfie lagik (buruk perangai! - buat mcm kedai sendiri eh... pasal x dok customer lain, kami ja).

After that, pi lak Mitsui Outlet. Saje nk pi window shopping n jalan2 tgk tempat tu. But honestly, bukan tempat i nak shopping kot. Setakat price tag yg dilihat, price sume not within my shopping range. kehkehkeh... Kami x pi foodcourt, so x leh nk komen price makanan kat situ. But lalu depan 1 restaurant ni, set lemak tempoyak patin is rm30. huhuhuhu.... ok, kita makan kat tempat lain la...

Then hubby bawak i pi makan kat 'Gulai Omak Den' di Nilai. We choose masak lemak ikan keli salai, sambal sotong petai and sayur kangkung tumis. FYI, air sirap is free flow kat sini. So kalo x nak order air, bleh minum air sirap and air kosong secara free. But kami order air apple asam boi and teh o jugak. heheheh...

i x amik gambar sbb bateri phone i abih (masa untuk ganti yg baru??? heheheh), This is image from google.

Seriously, memang sedap betui masak lemak and sambal tumis sotong petai tu. Makan dgn nasi putih and sambal belacan... perghhh!!!! x sedar abis sepinggan nasik. kehkehkeh...

sapa2 nak pi, bleh google ja Gulai Omak den Nilai. Makanan kat sini simple, yet very delicious :-)

and hari ni memang tutup dapur. malam, hubby nak makan pizza. OK, kalo mcm ni gayanya, tahun depan je la i start diet balik :-P kikikiki...

OK u alls... have a Blast long weekend minggu ni. Sapa2 yg nak pi mana, berhati hati di jalan raya. Dan sila jangan guna lorong kecemasan, kalau anda x de kecemasan ya :-)

Till then.



Tuesday, December 22, 2015

Beruntungnya kamu wahai ibu bapa.

Year End, waktu yg sibuk untuk semua orang. 

Sibuk kerja untuk yg menutup akaun di hujung tahun.
Sibuk bercuti bersama keluarga atau pun kawan2 di dalam dan di luar negara 
Sibuk kenduri dgn macam2 kenduri kahwin, kahwin lagi (ops!), kenduri bertunang etc...

Dan yang paling sibuk apabila semakin nak menuju akhir tahun....
Sibuk dengan preparation anak2 nak kembali ke sekolah.

google image

Sana sini (at least dlm group wassap skolah i), memang cerita pasal beli uniform sekolah, beli buku tulis, buku latih tubi, ambil buku teks, bayar yuran etc. And also kedengaran, betapa harga semakin naik. Tak ada yang turun. 

Tabah lah wahai ibu bapa sekalian... betapa besarnya pahala mu sedang terkumpul menanti untuk ditimbang di mizan. Setiap sen yg kamu belanjakan demi anak2, InshaAllah akan diganti dgn pahala di akhirat. Dan kamu sebenarnya orang2 yang sangat beruntung... sebab berkat kamu membesarkan anakmu, doa mereka menjadi amalan mu yang tidak akan putus sampailah kiamat...

Sungguh, kamu sangat beruntung!

Monday, December 14, 2015

Keje

Ya, I keje hari ni. Di kala org selangor menikmati coti sempena selangor menang bola, I kena masuk keje. Sebab hari ni Board Meeting. And the board members semua nased in KL. Lagipun, kalo kensel meeting nih, mau tahun depan baru dapat date baru utk board meeting.

Jadi, kita proceed ja la meeting. Anak2 buah I, mostly i bagik depa cuti. Except those yg kena standby, just in case ada apa2 yg i nak check/tanya in relation to Board Meeting.

Doakan meeting i berjalan lancar.

p/s: Dapat la leave in lieu sehari sebab keje hari ni. Tengah plan, nak amik bila ya cuti ni... hehehhe...

Thursday, December 10, 2015

I Nina

Yes, my nick name is Nina. That is the name yg my family panggil. Kadang2, they shorten it further to Nin. My close friends pun panggil i Nina or Nin. Skang ni even dah keje, i lagi senang suh org panggil i nina/Puan Nina. Sebab my full name panjang and susah sikit nak sebutnya (the first half yg org slalu kompius. Tapi x payah la tulih kat sini, sbb rasanya i sorang ja kat Malaysia ni nama gitu :-P kang dah x anonymous... heheheh).

One day, i pi training. And after i introduce myself using my full name, i said 'Boleh panggil I Nina.'

And the trainer called me 'Ainina' the whole day....kehkehkeh... New Name :-)

p/s: ST is my pen name in this blog. Sebab i suka makan manisan, sweets, coklat dan yg sewaktu dengannya... bukan sebab gigi i cantik :-P




Friday, December 04, 2015

To Selfish Driver

Am on the way to kedah, cousin i kawin esok. An i stucked in traffic jam for 2 hours plus. 


I was very dissapointed dgn pemandu yg sangat selfish dan memandu di lorong kecemasan. Takkan tak terfikir kalau jamed yg memang tak gerak langsung, mungkin ada kemalangan di hadapan? Jika kemalangan, pastinya lorong kecemasan diperlukan ambulan, bomba, polis, kren etc untuk sampai ke tempat kejadian. 

Apa alasan kamu wahai pemandu2 yg pentingkan diri, untuk memandu di lorong kecemasan? Sedangkan org lain boleh sabar menunggu di lane masing2. 

Kalau guna alasan x tahu ada kemalangan, meh i cadangkan guna application waze. Seriously... I was 3km away from tempat kejadian. But i know there was an accident sbb pakai waze. 

Sebab pemandu2 yang selfish ni la, At one point, ambulan x boleh lepas nak sampai ke tempat kejadian. Pekerja ambulan tu kena turun n arrange kereta2 lain so that those cars yg stuck di lorong kecemasan boleh dialihkan. 

Menyusahkan org dan menyebabkan bantuan lewat tiba. 

Cuba fikir, dgn sikap kamu pemandu yg selfish, mungkin ada nyawa yg melayang sebab bantuan lewat tiba. And imagine, yg menunggu bantuan tu adalah ahli keluarga kamu... 

Please... Be considerate!

Monday, November 30, 2015

Cherish your moment



Pagi ni, i terima 3 berita kematian. Semoga Allah cucuri Rahmat buat mereka semua.

And it makes me think, how fragile life is... Bila sampai masanya, kita akan kembali pada Nya.



Hidup ni singkat. And you never know when u are going to die.

So cherish your moment with your husband/wife/kids. Isikan your life dengan kasih sayang, instead of rasa kecewa, marah dan dendam. Bila fikirkan balik, sometimes we fought over/get angry at petty things. How much time wasted sedangkan that time boleh kita isi dgn memori yang indah... 

Cherish the time you have and spend it as much as possible with your loved one. Prioritise. Yes, tuntutan kerja kadang2 membuatkan kita sibuk dan lupa dgn keluarga kita. Tapi bila kita dah tiada, keluarga kitalah yg kita harapkan, moga-moga mereka akan ingat kita dan titipkan doa buat kita... 

Or worst... Bila suami/isteri/anak kita yg pergi dulu... jgn simpan kemarahan lama2... communicate with them, luahkan isi hati... kemudian maafkan... let it go. jangan sampai kita hidup dalam sesalan, sbb kita dalam keadaan marah di waktu kali terakhir kita lihat kesayangan kita, ....


Life is short. Don't waste it with being angry or indifference. Fill your life with love. Cause you never know, when you'll loose your loved ones...


P/S: I suka dengar lagu Megan Trainor dgn John Legend 'Like I'm gonna loose you'. It really makes u think twice nak gaduh lama2 ngan your husband/wife, or nak marah lama2 ngan your family member.

Thursday, November 26, 2015

Things that make u a child...again ;-P

For me, watching Harry Potter movies would make me a child again. Heheheh...

googled...

Yes, i admit that I'm Harry Potter fans. Walaupun masa movie Harry Potter ni keluar, waktu tu i dah kat uni, still I rasa seronok tengok movie ni macam budak2. It bring out my inner child ;-P

I saw all the movies, I know characters in this movie, I read all Harry Potter books, and i still ingat some of the incantation of spells in harry potter movie/books (expelliarmus!! alohamora! - just to name a few... hehehe). 

Last week, masa tgk korean series of Superman (Fathers yg jaga anak2 dia), i saw that Sarang went to Universal Studio in Osaka. And there it was... Harry Potter area... siap ada kedai mcm kat Diagon Alley and Weasley's brothers punya barang2 (they ate coklat yang ada mcm2 perisa including perisa taik idung ...eeewwwww!). They even drink butterbeer! Memang sebijik mcm dlm movie. How i wish i can go there and experience it (see... dah tua2 pun nak jugak experience mcm kanak2 ni...)

Well... i would say that Harry Potter world is the alternate world for me. Heheheh... I would be happy going to Hogwart and learn magic there (though i would be a muggle... but hey... I can befriended Hermoine... she's a muggle too... hehehe).

So, what are things that make u a child again? Do share :-)


Tuesday, November 24, 2015

A year Older...

Yup... it's my Birthday today...Dah 36 tahun...(Tua dah:-P)

Alhamdulillah, dipanjang kan umur untuk terus hidup di bumi Allah...Smg Allah berikan peluang untuk I perbaiki diri...

Terima kasih for ayah n mama yg membesarkan i, sampai la i jadi what I am today hasil didikan dan kasih sayang mereka... Smg Allah ganjari mereka dgn syurga...

Terima Kasih untuk My Dear Hubby di atas bimbingan, kasih sayang dan kesabaran melayari bahtera rumahtangga dengan i. Luv u abang... :-)

TQ also to all readers, for ur support n kesudian u all membaca blog picisan ni...May Allah grant u all segala kebaikan that u bestowed upon me all these years


Staff opis buat surprise celebration kat opis pg ni... Hehehe... Terharu i...

Till then :-)

Thursday, November 19, 2015

Quick Update

hohohoho... 9 hari x berupdate blog nih. BZ sket sbb Board Meeting hari selasa ri tu. Mcm biasa la... banyak persediaan nak kena buat. And towards last minute pon banyak presentation slide changes. Pening ngan board preparation kali ni.

But alhamdulillah, walaupon banyak agenda, sekejap ja meeting. from 2 pm ke 5 pm. Agenda ada 13. Kira ok la kan... i dok expect meeting abih pkol 8 malam. hahahahah... pastu board member plak mood bagus2 semua. I have 3 paper, but i cakap x sampai 10 minit in total for all the paper. Gila cepat board approve. Lega... (presentation is not my strong suit. Even dah banyak kali pi board meeting, i still have butterfly in my stomach everytime nak kena present kat board. huhuhuhu).

Sebab dah lega settle board ni (err... ada another one in dec, tapi let's not think about that board meeting eh...), smalam masa meeting @ klcc, singgah kino and reward myself with a thriller novel. Meeting abih awai, so i balik awai and read the book. Abih dah eh 1 buku tu... huhuhu... cepat betui. But buku tu memang plot dia cepat and suspense. by pkol 12 mlm i dah abih satu buku. (hehehe...buku cerita laju...cuba baca buku ilmiah sket... 2 muka dah zzzzz).

Moving on to my weight watching effort. Alhamdulillah, these 2 weeks back memang jaga makan. I've shed another kilo. Suka! Suka! Tambah semangat nak jaga makan. Ni kalo tambah ngan senam mesti banyak lagi yg turun. Tapi sebab last 2 weeks asik banyak keje kat opis, sampai umah dah x larat nk senam. Nak melepek ja depan TV n forget everything about work. So i jaga makan ja la... counting calories intake. Hopefully istqamah la...banyak lagi nak shed ni...

Till then :-)

Tuesday, November 10, 2015

ST's 73 kcal Apple Pie Sempoi

Dah a few days dah sebenarnya teringin nak try resepi ni. I teringat Apple Pie McD. But since dah lama I x makan McD, so try la buat resepi simple ni. Resepi ni boleh buat 3 serving (considering 1 pie satu serving)

You only need:

1 Green Apple
3 helai kulit popiah 
1 sudu mentega dicairkan
1 sudu teh serbuk kayu manis (or bleh agak2 menyelaputi apple tu dah cukup)
2 sudu teh gula perang (nak kurangkn lagi pon boleh, agak2 elok menyelaputi apple dah enough)

What u need to do:
  • potong apple bentuk dadu.
  • gaulkan apple, cinnamon and gula perang sekata.
  • sapukan mentega cair atas kulit popiah
  • gulung apple dalam kulit popiah
  • sapukan mentega atas kulit popiah yg nak dibakar
  • bakar dlm oven 180 degree celcius selama 15 minit atau hingga keperangan.

ready to be baked!

And Walla.....

Ready to eat :-)

Each Apple Pie Popiah ni got 73kcal. So, don't go overboard  ye... Pls take note that if u x wash dgn mentega, or if u kurangkan gula, maka kalori setiap popiah ni pon akn kurang dari 73kcal.

Selamat Mencuba!

Wednesday, November 04, 2015

Lawak pagi Rabu

Masa nak gerak ke airport semalam, staff kat opis bintulu bagi i satu bungkusan. Katanya cheese cake Bintulu. Staff tu kata, share la ngan my HR Exec. I da sibuk nak balik, so x check pon bungkusan tu. Masukkan dalam beg and terus gerak ke airport.

Pagi tadi, I bawak la bungkusan tu pi opis nak share ngan my staff tu. Sekali bila bukak...

Belacan daaaa..... 
kehkehkeh... gelak i sengsorang kat opis. memang sungguh 'cheese cake' Bintulu. My staff kata, puan ambik je la semua. Family dia x makan sangat belacan...

hehehe... ok la... org kata belacan bintulu sedap... ye ke?

Tuesday, November 03, 2015

Put yourself in Other people shoes

Tema hari ni: put yourself in other people shoes. You may understand them better.

Sepanjang perjalanan (err... not during the flight of course) wassap group rakan2 skolah i x putus2 dgn message. One thing that i luv about this group (let's call it group puteri - our boarding school panggil pelajar perempuannya pelajar puteri) everybody is so sporting and open when it come to sharing opinion.

topic of discussion - how to handle teenagers (yes...anak2 kawan i ramai yg nak meningkat remaja dah). It was a lively discussion, with everybody sharing their experience and opinion. A friend pointed out that we need to understand them. Teenager is an awkward age. Macam lagu britney spears - not a girl, not yet a woman (well, the person who brought up the issue has a teenage girl). We need to be in their shoes, and by doing that of course kami mengimbau kembali zaman2 kami ketika remaja and how we acted at that time. To see the resemblance and also the difference (with technologies & media social influences) and perhaps being more understanding parent.

And again, during my flight to Bintulu. A baby (less than a year i believe) menangis sepanjang flight masa berlepas and during the flight start to descend sampai la mendarat. May be air pressure changes kat telinga kot yg menyebabkan baby tu rasa sakit and nangis. Menangis kuat sangat, macam kena dera la...  semua serba tak kena. A few times the stewardess check the baby and the mother, should the mother needs any help (i duduk satu row ngan diorang, but opposite side). I can only wonder how the mother would feel. And luckyly, it seems that everybody in the flight really understanding on the situation, coz tak de pulop yg complaint or anything. But i bet the mother pun mesti rasa helpless x tau nak buat cemana... (ada cara ke nak relief air pressure for baby yg naik kpl terbang eh?)

And lastly, to share my story... This happened long time ago at my old offices. I can't remember what was exactly we were talking about. Perhaps about me needed to take medical leave for my laparascopy operation and they need to cover me for a while (of course after that they asked why so i just explained my condition and my treatment). A colleague of mine did say "Akak ni pantang kena sentuh, mesti pregnant". I was like... huh??? to say that to me when i was in 'kind of sad' situation... huhuhu...sungguh tak sensitif. I don't need that kind of comment and comparison. And being only in 3rd year of marriage and receive comment like that, it really bothered me at that time. (Now, I couldn't care less. I'm that happy with my life :-) ).

So the message of this writing (i couldn't sleep tonight by the way...) put yourself in other people shoes, it may make u understand them better, and so that you would not give comment or do something that would hurt other people.

Sekian...
(mata...pls la tido...)

Monday, November 02, 2015

Cukur Botak

Ni first time pengalaman i cukurkan rambut baby...

Alkisah... Anak adik i nak botakkan kepala dia. Baby girl, (kita panggil Baby Y) baru 3 bulan. Nak dijadikan cerita, mak cik yg slalu tolong botakkan baby tu tak available... Since nak botakkan sangat, so i offer la nak tolong adik i...

Huhuhu... Memula tu mmg sereemmm u, nak cukur kepala baby. Ubun2 lembut kan... Tapi lama2, bila dah biasa- eh, ok je. Tak la menakutkan sangat. Tapi i memang guna 3 pencukur la nak siapkan tu.

Keadaan Baby Y semasa proses membotakkan - drama sangat tau... Masa awal2 before i start cukur, nak kena gunting sikit rambut dia bagi nipis. Baby Y ni punya nangis macam la org dera dia... Huhuhu... X suka agaknya bila org pegang kepala dia x bagi gerak and rimas dgn serpihan rambut2 tu kot... A few cut, kena stop. Cut again, stop. Gitu la berulang kali... At last adik i susukan dia sampi kenyang n tido. Baru la aman nak buat keje...

In the end, alhamdulillah... All went well. Dapat pengalaman cukur rambut baby :-) 
Lepas ni dah x takut dah... Bleh tolong cukurkan tuk anak2 sedara lain, and also mine perhaps :-)

Till then.

P/S: ri ni nak outstation ke bintulu. Seb baik esok dah bleh balik. Dah tua2 ni malas betui nak travel for work.


Baby Y, before


In progress

Sedap dia tido!

Lagik sikit nak siap dia dah terjaga...

Budak Botak! 

Wednesday, October 28, 2015

As Expected

Budget speech last week, seperti yg diduga masih belum berjaya for TTCian yg mendapatkan treatment di private hospital utk mendapatkan pelepasan cukai. I understand... Greater good concept. Lebih ramai yg memerlukan insentif dari budget speech ini kalau nak dibandingkan golongan TTC yg mungkin x la seramai mana... And may be because govt dah subsidised ubat di govt hospital, so buat masa ni cadangan i dipandang sebelah mata ja...

Well, we tried kan :-) and if x dapat, bukan rezeki kita la... I tau ramai juga yg keciwa bila apa yg diimpikan x dapat dr budget kali ni. But do not fret...Bukan Najib yg bagi rezeki kan... He can allocate and plan all he wants. But rezeki dari Allah. Baiklah kita mohon pada Nya keberkatan rezeki dari gaji yg sedia ada... Mana tau, dgn berkat rezeki kita, kita rasa lapang dada dan cukup.

Ok, short update in a short time span. I nk pi meeting. Have a lot to do but i have a lot to tell as well... Have a nice day everyone. Ada masa, i update lagi :-) 

Till then.

Monday, October 19, 2015

Happy Anniversary The NAMY Blog!


Tahniah diucapkan buat namy for her first blog anniversary... I can't remember bila i start follow blog namy ni. But so far, i suka cara tulisan namy. Especially, part pengajaran yg dia dapat dari setiap entry yg di share nya... (u can click on the banner if u interested to read her blog). once in a while, i tinggalkan jejak kat situ... namy pun rajin gak kadang tu tinggal jejak kat blog i :-)

OK namy, teruskan konsisten dalam your sharing in your blog :-) dan semoga setiap perkongsian yg bermanfaat, diganjari Allah dgn ganjaran yg baik.

Happy first anniversary :-)

Friday, October 16, 2015

Hibernasi seketika...

Owh... i sgt bz skang nih. Tgh kena audit ngan internal audit. performance year end review, pastu sambung Board Meetings and audit for statutory plak in dec.

Banyak benda nak kena settlekan...

Tapi dlm busy2, i cuba beri masa utk exercise. Alhamdulillah, masih calories concious now. Memang pakai Myfitness pal utk bantu kira calories, and synckan dgn MapMyFitness utk kira calories burn from exercise.

So far, ada peningkatan dari segi ukur lilit :-) turun la sikit inci. In terms of berat, masih jauh lagi...

Pagi tadi, test sugar in blood (in fasting mode).

pre diabetis??
Still long way to go....

Pls pray for me...semoga berterusan usaha ni :-)

Till then...

p/s: maaf dipinta kalau update di blog ni x seperti selalu... I cuba cari masa utk pos anything if any... Otherwise, i may go on hibernasi seketika...

Sunday, October 11, 2015

Kawan2, tolong doakan...

Sebenarnya nk lena dah...
Baring2 sambil check whassap n email.

Allahu... Hari ni mmg busy dan x sempat check email. Baru perasan email dr kak nuriz bgtau yg babynya, nur fayyadh humaira sedang kritikal di nicu akibat dehydration kerana cirit birit teruk.

Mohon kawan2 doakan ya...

Syafakillah nur fayyadh humaira, fi hifzillah...Amin.

Wednesday, October 07, 2015

Start Semula

Reality sucks!

And because of that I have to re-start again. Complacency has taken over my life, causing me gaining back all the weigh that i'd lossed before. Yeah...sucks...

Let's start clean eating. Konon smalam nak start, tapik ada free breakfast n lunch. But still try to kurangkan carb and watch my portion. Harap2 hari ni x ke laut.... heheheh...

Menu pagi ni...
Roti sandwhich telur (around 300kcal)

Snacks pagi n petang ni.

I have balance of 700kcal to fulfill my lunch n dinner... apa nk makan nanti ya...

exercise part, kelmarin buat simple yoga 30 mins and smalam i rode on my stationary bike for 20 mins. Ok la kan utk peringkat awal2 ni... hari ni plan nak yoga lagi :-)

Doakan i x terbabas hari ni ;-P

Monday, October 05, 2015

Di situ ada keberkatan

Dah pkol 1 pg, tp mata x mo lelap... Ptg tadik minum nescafe latte- agaknya cafein still in action... Huhuhu...

At the same time, mcm teringat ingat discussion dlm group wassap. Tentang dilema ibubapa yg minta duit dr anak2 untuk beli something yg kehendak, bukan keperluan. Ni bukan pasal bagi duit belanja bulan2, tapi pasal bagi lebih dari duit belanja bulan2.

Dari pihak anak2, tuntutan hidup menjadikn kemampuan mereka nk memberi lebih tu terbatas. Susah hati anak2, bila mak ayah minta hulur utk besarkan rumah. Sedangkn rumah yg sedia ada dah cukup selesa. Pening anak2 nk cari duit, bila mak ayah mintak hulur nak pergi berjalan ke luar negara... 

I understand dilema anak2 ni... X nak bagi, takut mak ayah kecik ati... Nak bagi, x kan sampai anak2 nk berhutang utk penuhi kehendak ibubapanya.

To me, berilah sekadar mampu. Sekadar mampu dlm erti kata sebenar. Tgk balik perbelanjaan sendiri, dan timbangkn berapa yg mampu nk bagi kat mak ayah sbg sumbangan tambahan atas yg sedia ada. Sikit pun x pe, sbb itu saja kemampuannya. Dan terangkan lah pada ibubapa ttg kemampuan kita.

Mungkin ada yg x setuju... Sbb itu bukan keperluan, tapi kehendak. Unnecessary expenses. Tapi bg i, apa salahnya kita hulur sikit (again, ikut kemampuan) kalau itu dapat gembirakan hati mereka?

Apa sangatlah sumbangan yg kita nk bagi tu, kalau nk bandingkn dgn jasa mereka besarkn kita. Umur mereka pun dah lanjut, x tau la berapa lama lg dapat kita gembirakan hati mereka...

Jgn risau duit x cukup. Jgn risau x cukup belanja. I always believe apa yg kita bagi kat mak ayah, Allah akan pulangkan pada kita (it can be in various ways, tambah rezeki, lapang dada etc). Sebab apa saja yg menggembirakan hati mak ayah, mesti ada keberkatan di situ...
InshaAllah...

Till then...
P/s; 1.30 am. Mata x mo lelap lg... Esok pg ada meeting nk kena present budget... Adeh... Tido la mata....


Tuesday, September 29, 2015

Masih BZ

Almost 10 hari x dop update. I'm quite busy skang nih... tgh musim budget and approaching year end. Tambah lagi ngan internal audit yg nak melawat bulan 10 ni. x terkejar rasanya...

Anyway, update for last week event.

Tahun ni, raya haji di umah MIL (walaupon patutnya giliran i). Memandangkan hubby i keje masa raya, so raya di PD ja la...dekat sket hubby i nak pi keje :)

Nothing much masa raya haji hari tu, selain masak2 utk keluarga. MIL buat rendang ayam, rendang daging and of course sup tulang lps dah dapat daging korban. 

Since Rabu last week, I and my SIL sibuk prepare barang2 hantaran. And on Saturday, majlis meminang berlangsung ngan jayanya...

barang2 hantaran....

7 dulang hantaran

cincin & bunga rampai

sirih junjung

kain baju

coklat

cookies

kek

buah2
Puas hati dapat siapkan... hehehe... okeh... dah abis idea nak tulih apa... till then :-)

Friday, September 18, 2015

Minggu BZ

Minggu ni BZ sket... x dan nak update blog...

secara ringkas,


ubat

yg kena telan... (ignore my chubby hand pls ;-P )
Batuk dah makin kurang. minggu ni abiskan antibiotik. Alhamdulillah... harap2 x dop la jerebu lagik... biar baik terus batuk ni...

Keje; lagi 2 minggu nak audit. Banyak sgt keje. stress i. bila stress, makan je la kejenye... huhuhu... nak senam blum buleh lagik...nak tunggu batuk betul2 reda...(alasan!). Tambah lagi tengah budget cycle, nov nak board meeting pulop.. banyak action item nak kena buat... adeh.... stress....

Nxt week, adik ipar nk bertunang, Seperti biasa i la tukang gubahnya... tengah dok carik idea...

owh.... bz..bz....

till then...


p/s: latest tally
Alhamdulillah.... terima kasih pada semua yg vote... (ada gak yg x suka idea ni... mungkin dia x pernah rasa mcm yg kita rasa kot...)

Wednesday, September 09, 2015

Wordy Wednesday: Agenda Makan

Last week, company tempat my hubby keje anjurkan family day. Dorang buat kat Sunway Lagoon. Sampai around 3.30pm. Tapi dok mencari parking, huish... kemain ramai orang. Setengah jam kot carik parking...dok pusing, pusing. akhirnya, dapat la jugak parking...tapi kemain jauh dari hotel.

Check in hotel around 4 pm, then kami dok bilik ja menunggu dinner malam tu. And dinner that nite, owh.... banyak betui i makan... T-T

Dinner table kami. X nampak pon pentas... sebab terhalang dek tiang n kipas. Screen nya kecik bebenau... baik x yah letak... cost saving agaknya tahun ni, x de jemput retis. last 3 years, dorang jemput Faizal Tahir & Apek :-P



Nak masuk dinner pon ada tag... sbb dinner dekat area water park dia kot...


First meal of the nite, kambing bakar, mashed potato with sos black paper

Then belasah sate, kuih popia, sup ayam berempah and char kuey teow. X kick la char kuey teow tu...kering...i kena makan ngan sup.


Last, laksa. Sedap gak...

kalo x disebabkan batuk i x baik lagi, memang i belasah eskrem. berpeti peti eskrem tu... x limit pulak tu... huhuhu.....

Next day, pi breakfast then lepak bilik sampai waktu chekc out. Lps check out kami balik. Hah!!!...balik???!! sure u all wonder, x pi ke theme park dia? In fact, kitorang dapat free ticket masuk theme park tu. But kitorang malas... and i pon x baik lagi batuk... so balik lepak kat umah lagi sedap... hehehehe....

Apakah ini tandanya we are getting old??? Owh my...  :-P

Tuesday, September 08, 2015

Current vote tally


Semalam dapat email dari PM (of course bukan PM yg personally tulih... but sesiapa yg register on this akan dapat email communication from PM, not only the on the budget but on other PM's activity. Honestly, i register just for the budget purpose :-P).




This guy's suggestion dapat 289 vote. Sangat jauh kalau nak compate ngan vote for my suggestion...

hey! but this is great! much more than tahun2 lepas :-)
I'm still happy for this vote. TQ all yg dah vote. But how i wish kalau lagi ramai yg vote... I can't do this alone... pls help me and share this suggestion with your family and friend ya :-) Kalau u share my entry pon bleh... copy ja... :-) Those yg ada fb, bleh share via fb... moh kita warwar kan supaya dapat lagi banyak vote... :-)

On another note....

Before you boleh vote, you have to register. How to register?

1. go to https://najibrazak.com/bajet2016/

2. Click at Submit your idea to log on/register

3. The following pop up akan keluar.

Kalau dah ada ID, bleh log on. After that u bleh search ja the suggestion and vote. You bleh log on using your fb or twitter id juga. Kalau belum pernah register, you click kat 'Sign up now'

4. The following pop up akan keluar. So u fill in the particular and click register.


I think it's quite straight forward... :-) May be kawan2 lain bleh share on using fb/twitter to log in... kena register juga ka atau dia terus boleh masuk. I x dop fb/twitter... so tak tau cemana... heheheh...

Anyway, x rugi pon register... sebab u bleh vote for other suggestion as well. banyak idea yg baik dalam tu... and if tahun ni suggestion ni x berjaya, nxt year memang i nak upkan lagi suggestion ni... so nxt year u all boleh vote lagi (though i hope bleh berjaya tahun ni...).