Nuffnang Ads

Tuesday, April 26, 2016

Game of Thrones

Put your hand up if you are Game of Thrones' fan!

credit google

I am :-)
I dah ikuti series ni since season 1 lagi. And i was so excited last nite when the series made its premier in HBO. But at the same time, i masih x dapat terima hakikat yang Jon snow dah mati... Why?! Why he had to be dead?! (Tekup muka). Tak puas ati tau!

Anyway, x semua character diceritakan malam tadi. I still don't know apa nasib 2 adik bongsu keluarga Stark (Bran & Rickon). Can't wait for next episode....


Nice name huh? hehehhe... 
Saja try create my G.O.T name kat this link  Why don't u try and tell me ur G.O.T name :-)

Till then :-)

Friday, April 22, 2016

Rezeki dan Tanggungjawab Yang ditunaikan

Rezeki, bukan duit dan wang ringgit je...
Rezeki bukan tentang makan dan pakai kita ja...
Rezeki tu dalam pelbagai bentuk...
Pass exam itu rezeki, anak itu rezeki, hidup bahagia itu rezeki, hidup dalam ketenangan itu juga rezeki.

Rezeki ni Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Tak ada yang banyak, tak ada yang sikit...semuanya cukup. Sesuai dgn keadaan kita, sesuai dgn tanggungjawab yg kita tunaikan...

Kalau kita banyak memberi, InsyaAllah, Allah akan tambah rezeki kita sebab kita tunaikan tanggungjawab tambah itu (memberi & bersedekah).
Kalau kita ramai anak, InsyaAllah, Allah akan beri rezeki tambahan untuk kita, supaya bersesuaian dgn tanggungjawab tambahan kita tu.
Kalau kita berusaha, InsyaAllah, rezeki itu akan sampai sebab kita dah tunaikan tanggungjawab kita dgn berusaha mencari rezeki.

Jgn runsing soal rezeki, sbb Allah takkan aniaya Hamba Nya... yang penting, kita ada usaha, doa dan tawakkal...

Dan ingat, rezeki hanya akan putus, bila kita mati...

Salam Jumaat :-)

Wednesday, April 20, 2016

Detail Blood Test Result Cholesterol & Glucose in blood

Just for my record...


Ni result detail blood test on Gula dalam darah & cholesterol i masa health day hari tu. Actual glucose in blood 4.6 (normal) and Total Cholesterol to HDL ratio of 4.0. Tapi bad cholesterol and my total cholesterol i quite tinggi dr recommended point. So still kena hati2 and keep on jaga makan...

Sunday, April 17, 2016

How do you know you are in serious relationship?

Ha... cemana eh u all tau yg relationship u all dah berubah taraf... dari kawan biasa dah jadi teman istimewa?

credit to owner

Honestly, I x de la kawan2 yg serius masa zaman skolah2 dulu. Zaman Uni, pon x dop. Org takut nak mendekati i kot... I was not really approachable agaknya :-P (tapi tu lah hikmahnya... sbb jodoh i bukan di kalangan kenalan skolah/uni i).

Masa zaman skolah2, memang ada istilah 'declare'. Maksudnya, perhubungan tu dikira serius (definition serius budak skolah la ya... hahahaha) bila ada declaration. Apa declarationnya? 'I love u' la kot... kehkehkeh... (sorry, x berpengalaman). And bila dah declare, perhubungan tu dah consider serious and exclusive.

For me, i know I'm in serious relationship masa awal2 kenal my husband lagi. Masa tu i dah 24 tahun. Dah ready for marriage. So bila my husband approached me, i asked him straight - 'Ni nak kawan saja2 ka, or kawan (dgn tujuan) nak kawin?' Hahahaha... ganas tak ganas? Of course my hubby kata kawan dgn tujuan nak kawin la kalau ada jodoh... so from there i know we are exclusive :-)

kitorang kawan pon x lama... we met in July 2004, we got engaged in Nov 2004 and we get married in April 2005. Allah permudahkan...smooth ja... banyak kenal my husband lepas kami kawin :-)

Heheheh... u all pulop macam mana? Bila u all tau yg u all in serious relationship?



Thursday, April 14, 2016

Workout Song


Lately ni, i x leh nak buat senaman 'power walk' lagi. Bila buat, lutut i jadi sakit. Sampai nak gerak pun susah. Kalau buat power walk ni, x perlu la dgr lagu apa2 sbb instructor kat TV tu dah ada kan... I love exercise yang lari2 or brisk walking nih (walaupun dalam umah ja... heheehe). But tu la... sakit lutut pulop (huhuh...terima la hakikat that u are getting old ST!). So now i x leh la nak buat power walk lagi kat rumah.

But luckily, i have stationary bike kat rumah. At least i have an alternative la kan... Tapi kan, i x berapa suka sebab bila buat exercise naik stationary bike ni, i rasa lambat sangat masa berlalu n cepat penat. (hahahha...nama pon senam kan, mesti la penat...). Tambah lagi, kita duduk je kan kayuh beskal tu...macam bosan sket...

Bila buat workout yg mcm ni, or other work out yang dalam gym la kan, memang agak bosan kalau x de workout song. Even kalo tgk kat TV pun, those runners/ people who workout kat gym mesti akan sumbat telinga memasing ngan earphone and am sure dorang dengar lagu untuk pump up their work out. So untuk hilangkn rasa bosan n supaya masa x rasa lambat berlalu, i buat la playlist for my work out songs...

I guna joox aps utk download and mainkan lagu2 work out i... tak banyak pun lagu2 yg i letak... i target2 dalam 40 minutes ja work out (tapi honestly by minute 25th i dah x larat dah :-P). Pagi tadi dah try exercise dgn lagu2 work out nih... ok, masa x rasa lambat sgt berlalu and i was happy dengar lagu2 pilihan i masa senam :-). (but still i stop at 25th minute...x larat weh! huhuhu...slow2 la kan...).

So... this is my work out songs:


  1. No Strings Attacjed (N'sysc)
  2. I'm a believer (Smash Mouth)
  3. Paling Comel (Acik & Siti Nordiana)
  4. Lonely No More (Rob Thomas)
  5. Livin La Vida Loca (Ricky Martin)
  6. Roar (Katy Perry)
  7. La Camisa Negra (Juanes)
  8. I'm Outta Love (Anastacia)
  9. Larger Than Live (Backstreet Boys)
  10. Fanatik (KRU)
  11. Awas (KRU)
  12. Exes & Os (Elle King)
  13. Intuition (CNBlue)
Looking at my list, u know la kan i ni dari era mana... mbahahahah...Anyway, how about u? Apa lagu workout u? And if u have good songs that i can listen to during work out, pls do share with me :-) I ni jenis cepat bosan...so nak tukar2 jugak lagu workout ni nanti...

Till then!
:-)

Wednesday, April 13, 2016

My Weight Loss Journey So Far...

As u know, i started my diet nih January hari tu. So dah 3 bulan setengah la kan i diet ni. Mula mula buat Atkins. Tahan 2 minggu pertama ja. Perut i rasa lapar... Tu belum tambah sakit kepala lagi... On 3rd wk, i cuba low carb and hi fat diet (modified Atkins). Nampak gaya, this kind of diet suits me well. Sepanjang tak makan nasi n makanan bertepung tu, memang banyak la berat turun... And tak rasa lapar sangat. So i teruskan sampai la bila i dgr my company nak buat competition ala2 biggest looser. So i stop diet jap. Sempat la gain dua kilo balik. ehehhehe...

Contest tu started last 2 weeks. Those 2 kilos tu pun dah shed off semula (berat air ja tu...). So the real journey begins now. Matlamat kali nih, nak capai berat masa i bertunang dulu... of which i need to shed off another 5 kilos lebih kurang... Doakan i terus konsisten ya...

And semalam, bersempena dengan health day kat company i, the company had invited KPMC buat health check up for staff. Just nice kan... I get to know my health status, after 3 months plus that i started diet nih... maklum la... bila kata low carb hi fat diet, semua org tanya cholesterol tak tinggi ke makan makanan yg hi fat? I pon nak tau jugak kan... dibuatnya naik cholesterol i, tak ke naya... sepanjang diet ni, memang almost every morning i makan 2 biji telur. Sebab tu la menu yg paling simple n senang nak dibuat for breakfast.

So hasil result health check up....

My health status 
BMI - Normal :-)
Blood Pressure - Bacaan tinggi sikit. Tapi mebi sbb i exercise cardio pagi smalam lepas subuh.
Pulse per minute - 98
Cholesterol - 4.2 Normal :-)
Glucose - 4.2 Normal :-)

Am so happy sebab paras gula dalam darah dah turun lagi! (link entry tentang bacaan gula i hujung jan hari tu). And am so happy that cholesterol i pun normal. In summary, I'm healthy :-) Alhamdulillah....

Till then :-)

p/s: for those yg nak tau about low carb hi fat diet, pls click this link 

Monday, April 11, 2016

Perihal Tidur...

OK. siapa yang selalu hit snooze button instead of bangun terus dari tidur bila alarm bunyi? Ha... cepat mengaku...  (nampak i angkat tangan???)

Hahaha...yes... i selalu buat mcm tu... suka btol nak snooze. Kadang saja kunci jam awal so that i can snooze a lil bit more.

kalo ada alarm yg hit back bila kita tekan snooze button, huhuhu...kompem terus bangun...
credit owner of this photo...

Well, do u know, it is actually not a good habit? According to the article that i read, ada 2 keburukan bila kita hit snooze button...

First.  bila kita tido balik, tido tu adalah tido yg x berkualiti, dan boleh menyebabkan kita jadi disoriented and rasa 'grogy' (mcm zombi) bila bangun tido. And this feeling boleh last for the whole day...

Second reason, bila kita tidur, kita start new sleep cycle yang tak mungkin akan complete. Keadaan ni boleh messes our brain hormone and mengganggu body clock kita (circadian rhythm) yang regulate masa bangun dan tidur.

It is important sebenarnya untuk mendapatkan tidur yang cukup. So the word 'sleping beauty' tu memang betul. Even research pun dah prove bahawa tidur yang tak cukup boleh menyebabkan gangguan pada glucose metabolism and decrease sensitivity to insulin.


For the past few months, i guna 'Sleep Cycle' aps untuk monitor tidur i. Ni contoh my sleep cycle...

good quality sleep

Ni tido mati... hahaha... deep sleep sampai la masa nak bangun
Ni record malam semalam


This aps actually membantu i untuk bangun dari tidur dgn lebih baik. Kita tidur ni kan ada cyclenya... first phase, light sleep. Lepas tu, followed by deep sleep & dream state sleep - which selalu being referred to as REM sleep. Selalunya kita akan masuk ke REM stage every 90 minutes. Bila complete REM stage, the sleeping cycle starts again. Selalunya 4-5 times per night.

Sleep Cycle aps ni akan monitor movement kita masa tidur melalui sound analysis. This aps akan track sleeping pattern kita and akan bangunkan kita during 'light sleep'. Bila kita bangun dalam keadaan light sleep, kita akan rasa rested n mcm bangun naturally.

I highly recommended u all download and use this aps. Download ni free, but with limited function to only monitor our sleep. Full function dia; boleh buat analysis of your sleep etc. Yang tu, u kena beli. I x beli pun. Pakai yg free features ja... heheheh....

Hopefully entry i ni sedikit sebanyak bermanfaat for u... and hopefully it can help u in finding your beauty sleep :-)

Till then!

Friday, April 08, 2016

Suki-Ya

Last 2 wks on Friday, I pi Alamanda. Janji lunch with my friend. A friend cadangkan try makan di suki ya. U all penah pegi?



I x pernah pegi. This is my first time. Hehehe... Rupanya ala2 steamboat. Cuma kat sini, uniknya kuah sup tu ada 4 jenis. You can choose nak yg mana. I x ingat semua...yg i ingat ada kimchi based punya sup and miso. Before nak makan, i suggest u baca guide dia dulu.


Read the guide.... supaya yg first time pegi x la tertanya tanya cemana nak makan nih... heheheh...
Yang kiri tu kimchi based. Yg kanan miso kot... Sapa2 penah pi, kalo salah betulkan


memang x ingat apa jenis 2 ni. Tapi sup yg gelap ni mcm manis sket...


Kedai makan ni style buffet. So u can eat all u can. Dia ada station buffet di mana dorang letak semua jenis bahan2 yg nak direndam tu. Ada sushi jugak kat meja tu. Makan la banyak mana yg u nak, as long as u boleh telan... hikhikhik... Cuma daging you kena order. You can choose either lamb, beef or chicken. Kitorang hari tu ada 6 orang, so we choose all type of meat. hehehhe...

The foods.... yummeh!


Kalau u all perasan kat gambar atas ni, ada dipping sos yg dia bagi. Memang sedap dipping sauce tu. Lepas rendam2 n masak daging/mushroom.sayur etc, boleh la dippkan ke sauce tu and ngap! pergh!!! sedap tau...

Memang buleh repeat la makan kat sini. And it is healthy as well, sebab ada sayuran gak yg u bleh makan supaya meal u seimbang. Recommended for those yg tengah diet :-)

OK, till then...


Wednesday, April 06, 2016

Mengantar BIL

Alhamdulillah... selesai dah majlis belah perempuan. Penat sikit2 ja... sebab antarnya x la jauh sangat...

Hari Jumaat, bertolak dari umah MIL, ke homestay di Batang Kali. Malam tu kami makan nasi arab. Pergh!!! sedap gila nasi arab tu. Kensel diet i! Amik yg dalam dulang punya hidangan... Tak ingat pulop apa nama kedai tu... hehehhe...

ni buleh makan tuk 6-7 orang. 


Balik dari makan malam tu, pulun la siapkn hantaran... Tema hantaran, putih dan hijau. So, setelah berhempas pulas, ni la hasilnya...

mas kahwin digubah bunga ros (ni SIL i yg buat) dgn gelang as batal air sembahyang.



All Hantaran

close up hantaran coklat... sebenarnya salah design. Tapi pasal mangkuk tu dah lekat ke dulang hantaran,, belasah je la labu... :-P

deco hantaran minyak wangi

deco hantaran handbeg

deco hantaran kek. Tempah kek fondant 

deco hantaran sirih junjung... ni pun SIL i buat

Deco hantaran telekung. Kainnya beropol ropol... gubah la gitu. Kotak tu recycle dari kotak hantaran SIL dulu

Jam & Kasut
Selain dari yg i mention SIL i buat, the rest tu semua hasil kerja tangan i. hehehhe...seronok tgk hasilnya memuaskann hati (masuk bakul neh!!). 

Tips: Gabus tu sebenarnya dah 4 kali recycle. Rupa asalnya dah buruk dah, sampaikan bila i balut ngan kertas crepe baru, nampak lekuk2 di sisi dan permukaan gabus yang dah sopek2. Untuk jadikan dia nampak baru, I balut semua gabus dengan kertas mahjong dulu. Macam balut hadiah tu... then baru hias hantaran tu ngan crepe paper (or kain etc), baru la line sisi dan permukaan dia smooth ja...

Pagi sabtu tu, selamat la majlis pernikahan my BIL. Tengaharinya, bersanding. Walaupun ada dugaan sket, alhamdulillah settle semua dugaan tu... lega akhirnya majlis belah perempuan nih dah settle. 

Lepas nih, majlis kenduri belah kami pulak... x banyak sgt pun persiapan nk kena buat, sbb buat kat dewan and pakai catering... Door gift pun order ja. Cuma mungkin nak siapkan goodies untuk kanak2 nanti. 

OK la... till then :-)

p/s: Since ni kenduri akhir my MIL, and adik2 i pon dah kawin sume, mungkin lps ni x de la peluang nk bercreative buat hantaran lagi... huhuhu... 

Friday, April 01, 2016

We are 11th!

Hari ni, MDH masih ber kursus, while i'm at my mil's house since yesterday. Pagi2 lg hubby dah msg n wish me happy anniversary... Terharu, MDHmasih ingat even after 11 years... :-)

 It's our 11th wedding anniversary today :-) Doakan kami terus bahagia dlm mawaddah dan rahmat Allah... Doakn smg Allah mudahkn usaha kami dan smg Allah kurniakn cahaya mata buat kami... :-)

Till then :-)

P/s: Semalam n hari ni bz sket... My BIL nk nikah esok. Malam td pun i sibuk dgn persiapan hantaran... Ptg ni lps jumaat gerak ke homestay berdekatan umah pengantin perempuan. Doakn juga majlis bjalan lancar ya...