Nuffnang Ads

Tuesday, July 30, 2013

Dulu dan Sekarang... Final entry for Ramadhan.

Kalau dulu, Hari Raya was one of the day that i dreaded so much. Why? I think all TTCian knows. I was so afraid to hear 'the question'.

Kalau dulu, memang malas nak pegi beraya umah sedara mara. Juga sebab 'soalan itu'.

Balik balik, soalan itu....asal disapa, soalan itu jugak la yg keluar.

Tapi tu dulu....

Tahun ni, Alhamdulillah... rasa tenang. Tak rasa seresah tahun2 yang sudah. Mungkin 'alah bisa tegal biasa'. Atau mungkin kali ini i melihatnya dari sudut yang berbeza.

Semuanya bermula bila i start dengar slot 'Islam itu Indah' bersama Prof Muhaya di IKIM. I x ikut siaran langsungnya pun...I download session tu and dengar masa driving pegi n balik kerja. It really is an eye opener and reset minda I to think more positive. Positive people attracts positive things. If sekarang pun kita dah pikir yang negative2, those negative charges would follow us on. And as expected, what we dreaded so much would happend.

Prof jugak selalu menekankan, pentingnya kita yang memulakan perubahan. Jangan harap org lain berubah untuk kita. Kita yg perlu berubah, supaya perubahan kita dapat merubah sekitar kita juga. Jangan fikirkan apa orang kata, sebaliknya fikir apa Allah kata, apa pandangan Allah pada kita. Hidup kita bukan untuk manusia, hidup kita untuk Allah. Jaga urusan kita dengan Allah, maka Allah akan jaga urusan dunia kita.

Kita kena look at the bigger picture. Hidup kita ni sementara je... dunia ni sekejap je... x perlu la kita buang masa dengan merasa sedih dengan perkara dunia. Percaya Allah tidak akan menzalimi hambaNya, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Apa yg kita perlu fikirkan, apakah nasib kita di akhirat kelak...

Semoga kita graduate dengan cemerlang pada Ramadhan kali ini....Amin...

p/s: I realy2 encourage kawan2 yang belum pernah dengar slot Prof Muhaya ni utk download and listen to her talk. Sangat2 bermanfaat. Anda boleh download di sini

p/s2: Blog ini juga akan ber'hibernate' sementara untuk meraikan hari2 terakhir Ramadhan. InshaAllah kita resume blogging lepas Raya ya :-) Maaf kalau x sempat singgah menjejaki blog kawan2...Juga maaf atas segala salah silap I sepanjang I menulis di blog picisan ini... Kalau ada yg terasa, kalau ada yg terkecil hati, itu semua adalah kekurangan diri I dan tiada niat untuk menyakiti. Selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal beberapa hari lagi ini...Semoga kita menemui malam Lailatul Qadar... Semoga Allah terima amalan kita di bulan Ramadhan ini...Semoga kita berpeluang menemui Ramadhan akan datang....

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kullu Amin wa antum bikhair... Maaf Zahir Batin.

Masak!

Ni memang entry pasal masak :-)

Last week beli magic pan. Huhuhhu...orang lain lama dah beli magic pan tu. I je baru nak beli. Tergoda tengok iklannya yang bleh masak macam2... nak2 i punya microwave dah rosak (lama dah rosak...tak baiki2 lagik...ada gak yg beli baru nih...abang...(panggil hubby sambil kelip2 mata buat muka comel). hhuhuhuhuu

Lama dah i x masak ikan bakor. Yer...ni resepi paling mudah... Kita bakor je! (gaya usop wilcha).

Bahan2: cili kering 5 lai (nak pedas tambah la lagi berhelai2), serai sebatang dua, bawang merah sebijik dua, bawang putih sebijik dua. Kasik blender je semua ni ye adik2...

Pastu, perapkan la ikan dengan bahan2 yg dah di blend tadik, campuq skali ngan garam kunyit. Tak letak garam kang tak berperisa plak ikan tu. Perap la dalam 20-30 menit.

Lepas tu, bleh la 'kita bakor je' dengan menggunakan magic pan ni...

Alahai...terbalik la pulak uploadnye...malas nk tukor...



Hmmm, sama gak...sila la telengkan kepala u all eh... hehehehe

Sangat mudah dan cepat. Nak basuh pun sonang... x melekat2 pun.

Konon masak 4 ketui ikan dengan harapan dapat simpan tuk makan sahur skali...tapi tak sempat pun... selamat dibelasah abis makan sambil mencicah air asam. Fuh! Sodap! Heheheh....

Mano nak dapat nih? bleh beli kat sini
Sekian, timo kasih.

p/s: Entry minggu lps yg duduk dalam draft sebab gambo x leh upload. Dah upload gini plak ropanya... terima je la seadanya ya :-)







Tuesday, July 23, 2013

Masalah! Sila bagi cadangan penyelesaian.

Hahahhaa... tajuk x buleh blah. Bukan masalah dunia pun...

My hubby's bday is just around the corner (alamak! minggu depan daaaa!!!). And I have NOOOO idea nak bagik apa. Serious... susah benor nak pikior hadiah tuk org lelaki ni kot... I dah pernah bagi jam tangan, iPad, hand phone, baju. My hubby kerja kat kilang, pegi keje pakai coverall n safety shoes. Kompem x pakai perfume. Nak bagik kasut pun cam x practical.

Tulon..... bagik i idea.... i really need it. S.O.S
huhuuhu.... Have a blessed day everyone!

p/s: Pagi tadi pi keje, nampak bulan bulat, cantik color ke'oren-oren'nan. Malam ni dah masuk 15 Ramadhan. Apa progress ibadah kita ya?? Smg lebih baik dari tahun yg sudah.... Amin. :-)


Friday, July 19, 2013

Isteri, Jadilah seorang yang pelupa!

Apa kes nak jadi pelupa ni? Huhuhuhu... Bukan apa... hari ni, tengah2 browse internet terjumpa plak forum and they were discussing about si isteri ni yang sakit hati pada suaminya. Diceritakan lah di forum tu tentang apa yang suaminya dah buat sampai la dia kecik ati (benda kecik je pun). Banyak komen yang membalas, bagitau suruh bersabar, and x kurang jugak yang membela si isteri dengan cara menghentam semula si suami...

I just wanna share my opinion. Sebelum tu, disclaimer la kan... this is my personal opinion. Kalau ada yg tak setuju, terserah. And my opinion is formed based on sang suami adalah manusia normal macam kita juga dan layak dihormati. Bukan untuk kes2 yang mana suaminya memang spesis ular atau buaya atau harimau atau singa atau lintah (pandai2 la read between lines yer maksudnya di sini...heheheh).

Pertama sekali, suka atau tidak, suami tetap suami. Darjatnya tinggi untuk seorang isteri. Even Nabi pun ada bersabda “Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku akan memerintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya.” (Riwayatkan At-Tirmidzi). Wajib hormati suami dan wajib mengikut katanya selagi mana dia tidak menyuruh berbuat mungkar. Redha Allah untuk seorang isteri, hanya bilamana suaminya meredhainya.

Normal la kan wanita, hati mudah tersentuh. 'Ter' kecik hati dengan suami... mungkin sebab sikap, tingkah laku atau kata2 yang pada kita menusuk qalbu tapi pada sang suami 'tak-rasa-apa2-pun-cakap-cam-tu...biasa2-je...memang-gitu-intonasi-suara.-bukan-nak-marah-pun'. Tipu la kalo ada yg kata tak pernah kecik hati ngan somi (ada ke?). Sebab wanita ni hatinya Allah jadikan lembut. Akalnya kurang, nafsunya banyak, emosinya lebih.

I kurang setuju bila penulis tersebut meminta nasihat dengan cara menceritakan keburukan suaminya. Well, may be kat forum or web ni orang tak kenal. But still, menjaga keaiban suami adalah tanggungjawab isteri. Berdosa kita menceritakan aib suami kepada sesiapa pun, hatta ibu bapa kita.

Abis tu??? Nak simpan sengsorang??? Makan Hati?? Tak.... kita ada 'Yang Satu' itu, yang Maha Mendengar. Dia yang menjodohkan kita dengan suami. Pastinya Dia tahu suami itulah yang terbaik untuk kita. Kalau nak ngadu, bermunajatlah padaNya, agar dikurniakan sabar dan ketabahan menghadapi karenah suami.

Dan jadilah seorang yang pelupa. Lupakan keburukan suami. lupakan kesilapan suami. lupakan perkara yg kita sakit hati. Jangan diungkit benda2 yang kita sakit hati di depan suami. Tapi carilah kelebihannya. Carilah kebaikannya. Carilah perkara2 yang kita suka yang ada padanya, supaya boleh menambah rasa kasih.

Hai...senangnya nak lupa sakit hati? boleh ke?

InshaAllah boleh...bila kita fikir dunia ni sementara. Akhirat yang kekal. Masa hidup ni singkat. Jangan habiskan dengan rasa sakit hati. Hidup kita pun tak aman.

Sekian. (Eh! dah abis??heheheheh).

p/s: kalo ada yg nak menambah apa yg perlu di 'lupa'kan oleh seorang isteri atau di'cari' sila la tambah ya....

Wednesday, July 17, 2013

1st update for Ramadhan

Aish... kena minta ampun to all readers. Nampak gayanya blog i ni, selang seminggu je updatenya. I am so sorry... busy kat opis. balik rumah sibuk kejar time nak memasak untuk berbuka. malamnya pun tak sempat. Tidur pun dah awal. Jadi maaf la sebab x sempat nak update.

Setakat 8 hari berpuasa, alhamdulillah... masih penuh, masih sihat walaupun sgt busy di opis. Sekali je i balik lambat sebab ada meeting yang drag. Sangat bersyukur sebab management memberi perkenan untuk pulang pada pukul 4 petang (dgn syarat masuk 8 pagi. lewat masuk, lewat la balik). Bz cemana pun, i cuba balik seawal mungkin. Alhamdulillah, setakat ni, memang memasak untuk berbuka. Lauk simple je...lauk biasa yang makan hari2. Tak de masak istimewa pun. Dah gitu selera nya laki n bini... heheheh... Cuma yg luar biasanya, ada addition kuih muih yg hubby rajin beli bila dia off day.

Setakat 8 hari berpuasa, masih banyak ruang untuk i memperbaiki diri dan memperbanyakkan ibadah kepadaNya. Semoga ibadah tahun ini, lebih meriah dari tahun lepas.... Buat anda semua juga...Amin....

A few tips yg i nak share dari ustaz Shed Norhisham Tuan Padang (dengar ceramah beliau masa 1st day puasa):
  • Yang membezakan puasa umat terdahulu dgn umat Muhammad adalah dengan bersahur. Sahur tu bukan pukul 12.30 malam atau satu pagi. Sahur tu adalah di waktu 1/3 yang terakhir malam (menghampiri waktu subuh). Ambil kesempatan buat solat sunat sebelum bersahur. Sunnah melewat-lewatkan bersahur. Sabda nabi bermaksud : Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada barakah.
  • Urusan puasa berkait rapat dengan hati. Sesungguhnya setiap amal itu, bergantung pada niatnya. Niatkan puasa kerana Allah supaya tidak lari niat untuk beribadah. Berhati-hati dengan kata2 'nak puasa, nanti boleh kurus/turun berat'. Takut niat dah lari, bukan puasa kerana Allah suruh, tetapi sebab nak turun berat.
  • Matlamat puasa adalah untuk melahirkan Taqwa. Puasa adalah ibadah yang tidak perlu 'buat'. Maksudnya, kalau solat, zakat dan haji, itu adalah ibadah yang pro-aktif di mana kita kena 'buat'. Kena lakukan dan nampak secara physical, kita sedang solat/zakat/buat haji. Tapi Puasa, hanya antara kita dan Allah. Kalau puasa 'yang yuk, tengahari buka periuk pun, hanya diri sendiri dan Allah sahaja yg tahu.
  • Puasa juga ibadah yang berbentuk preventive. Tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh bersetubuh di siang hari etc. Puasa ajar kita supaya 'tekan brek'. Nak ngumpat orang je, ingat...eh, aku puasa hari ni. x nak la ngumpat, kurang pahala puasa. Nak marah orang je...sabar, aku puasa hari ni. Jadi puasa itu melatih kita supaya tak buat perkara yang dilarang dan berdosa.
  • Dinisbahkan Ramadhan sebagai training ground, untuk melatih diri kita dan supaya kita apply apa yang kita dah buat di bulan mulia ini pada bulan2 lain juga.
  • Doa sejurus sebelum berbuka puasa itu mustajab.
  • Untuk banyakkan amalan, kita mesti berfikir yang kalau bukan bulan Ramadhan kali ini, bila pula kita nak dapat pahala sebanyak yang di offer bulan Ramadhan ni. Belum tentu kita jumpa Ramadhan tahun depan. Bila lagi kalau bukan ramadhan kali ini?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita bersama. Selamat meneruskan ibadah puasa :-)

Monday, July 08, 2013

Salam Ramadhan & Announcement of GA winners! :-)

Salam Ramadhan to my dear readers....

First of all, ampun ya u all coz i've been hibernating for a while. Ni pun curik masa and gagahkan jugak diri menulis blog yg semakin bersawang ni...Maaf ya... terutama pada yg ternanti-nanti my entry (ceh! macam la ada org yg tertunggu nak baca entry i ....perasan! kuikuikui...).

Anyway... for the past weeks and now ni memang la tersangat bz. al-maklum... keje makan gaji, makanya 'patik menjunjung titah' la kan. Banyak kerja yang perlu di'settle'kan. Tapi, kerja kan...memang x pernah habis pun...Other than that, my life is superb! Nothing to complaint, except that my diet need to be re-re-re-re-re-restarted again (hahahaha...imagine berapa kali dah i kick off my diet regim...). and InshaAllah, memang mengharapkan di bulan Ramadhan yg mulia nih, berjaya la menurunkan barang sekilo dua lemak degil... hahahaha....

And talking about Ramadhan, I must say Alhamdulillah.... semakin hampir dengan Ramadhan, semakin terasa keseronokan nak berpuasa dan merebut keberkatan bulan ini. Pengertian Ramadhan juga sgt berbeza buat i sejak2 dah dewasa ni. Kalau dulu masa zaman kanak2, seronok berpuasa sebab ada upah (i rasa standard kot parent bagik upah RM1 sehari. 30 hari puasa, memang rasa 'mak cik kayo' sebab dapat RM 30. Satu jumlah yg banyak utk budak2 cam i... heheheh). Sekarang ni pulak, seronok nak merebut ganjaran Allah di bulan yg mulia ini. Marhaban ya Ramadhan... Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa Rahmat dan Maghfirah Allah kepada kita semua. Dan semoga amalan puasa kita diterima Nya...Amin.

OK... now, seperti yang di janjikan, tibalah masa untuk mengumumkan pemenang GA i (ha...mcm sesuai je lepas TV annouce bila puasa, i annouce sapa menang GA i... hehehehe). Terima kasih buat semua yang join my GA Kategori A as follows:
  1. iwannabeumie
  2. AiTotYati Mat
  3. Ana
  4. Suraya Hafizi Jafar
  5. aNis LeMoN aBu
  6. Cik Puan Tipah
Please read their story ye... memang menarik :-) sampai i x tau nak pilih pemenang. And memandangkan i tak de majlis Raja2 untuk bermuzakarah mencari pemenang, makanya i telah consult Random Line Picker untuk memilih pemenang i. So the winner for kategori A is..... (insert drum roll...)

Cik Puan Tipah!!!!! (clap clap clap clap)

Tahniah untuk cik puan tipah. Sila contact i on my e-mail nina_afida@yahoo.com untuk urusan penghantaran hadiah (name,address, hp no.). Pada yang tak menang, harap tak kecewa dan tak serik nak join GA anjuran i.

Untuk winner kategori B pula, sama gak la... i consult Random Line Picker  juga walaupun peserta hanya dua sahaja... ini adalah supaya pemilihan pemenang dapat dijalankan dengan telus (cewah! bleh keje ngan SPR dah ni... hihihi) And the winner is...

sis Zack yang menggunakan e-mail zackzarina@gmail.com
Tahniah...tahniah... sis Zack akan dihubungi melalui e-mail selepas i post entry ni :-)

Tetiba tak tau nak buat closing entry ni pulak. Hahahaha... OK la... i'd like to take this opportunity untuk minta ampun dan maaf, jika ada entry2 i yang menyinggung perasaan readers semua. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!

Akhir kata, saya sudahi entry saya ini dengan lafaz wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...(baca dengan menggunakan intonasi peserta pertandingan syarahan)  :-) Till then!