Nuffnang Ads

Friday, July 25, 2014

Selamat Kembali kepada Fitrah!

27 Ramadhan.

Sekejap benar Ramadhan sudah hampir nak berlalu. Bulan di mana pesta ibadah berlangsung. Dengan harapan dapat mendidik jiwa dan nafsu supaya kembali kepada fitrah. Fitrah hidup sebagai hamba Nya, yang tujuan kejadiannya adalah untuk beribadah kepada Allah.

Di peghujung perjalanan ini, let us reflect on our achievement in Ramadhan. Makin dekatkah kita kepada fitrah diri kita yang sebenar? Atau makin jauhkah kita? Atau status quo - tiada perubahan.

Semoga jiwa dan nafsu kita terdidik dengan baik sebagai bekalan menghadapi 11 bulan yang seterusnya. Semoga tahun hadapan, Allah panjangkan umur kita untuk kembali bertemu dengan Ramadhan. Semoga Allah menerima ibadah kita. Semoga Allah mengampunkan dosa kita.

Semoga kita kembali kepada fitrah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat kembali kepada fitrah.

TQ google

Dikesempatan ini, i nak memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa atau terasa hati dengan penulisan i di blog picisan ini.Semoga sedikit sebanyak sahabat sekalian beroleh manfaat dari penulisan i.

Buat yg memandu, berhati-hati dijalan raya. Buat yg x memandu, kesian la kat pemandu tu...ajak2 la dia berborak supaya tak boring drive (hahaha...peringatan tuk i sebab i suka tido bila hubby i drive. tapi kampung i tak jauh, so ok la kot...).

Sehingga bertemu lagi in next entry...

Eid Mubarak everyone :-)


Tuesday, July 22, 2014

Bebelan Tengahari...

Macammana Ramadhan u all? Hopefully semua masih bersemangat meneruskan ibadah di akhir2 Ramadhan ni. And how is your life going on in this Ramadhan?

I, alhamdulillah...This Ramadhan rasa cepat sangat berlalu. Apart from nak kena ganti doblas hari (nanges!) seronok melalui Ramadhan tahun ni... Alhamdulillah, tak missed sahur (walaupon hari 'coti' sbb prepare sahur for hubby). And alhamdulillah, tak missed terawih (except during red flag day). Syukur Ramadhan dipermudahkan tahun ni.

My diet program? Heheheh... lepas raya la... bulan posa ni makan x jaga sangat... portion nasi tu kejap ok kejap 'banyaknye'.... and i memang x exercise langsung. Paling2 pun, banyak berjalan je... Buleh pulak last week kena pegi Sabah for meeting. Pegi jugak la... first time berbuka dalam kapal tbg. Alhamdulillah, steward tu announce waktu berbuka and siap bacakan doa berbuka puasa. So penurunan berat badan bulan puasa ni hanyalah berat air i guess... InshaAllah, lepas raya kena all out sebab dah nak makin dekat dgn treatment date. Smg Allah permudahkan...

Hari ni rasa macam best sket... remember by post pasal down kena bash masa Board Meeting dulu? Today ada meeting with all Board Members. After the meeting, the director jumpa I and congratulated me on my performance so far. He said he has seen a lot of improvement since i took over the department. Alhamdulillah...pujian untuk Allah jua... Cuma I rasa happy coz my work and effort is appreciated. Rasa semangat nak teruskan kerja2 penambahbaikan kat department ni... This also remind me to appreciate my staff as well for te work that they deserve to be appreciated. Rasa seronok tu boleh memotivasi utk teruskan kerja dengan baik... InshaAllah...

Till then :-)

p/s: Sedikit tersentak ketika medengar berita MH17. Wallahua'lam apa yang sebenarnya berlaku. Tak mau nak ingat bagaimanakah saat2 akhir mereka... Sampainya hati menembak pesawat penumpang sebegitu... kejam betul manusia... Tu belum lagi cerita di Gaza...Allahuakbar... Innalillahi wainna ilaih rajiun... Kepada Allah kita akan kembali, tiada daya kita mengatasi taqdir Allah. Smg Allah cucuri Rahmat buat muslimin dan muslimat yang terkorban akibat perbuatan manusia yang tak berhati perut itu...


Wednesday, July 16, 2014

Amalan Seribu Bulan...Kisah Shamsun Al-Ghazi

Hari ni i nak story telling sket... Jgn tido plak lps baca eh...ni bukan bed time story... heheheh...

Begini kisahnya...

Sebelum zaman Rasululullah, ada seorang hamba Allah yang bernama Shamsun Al-Ghazi. Beliau berasal dari Gaza (Hence al-Ghazi). Kalau dalam English versionnya namanya Samson. Beliau merupakan seorang yang sangat gagah perkasa. Kekuatannya digunakan untuk berjuang menentang kekufaran dan mempertahankan agama Allah.

Shamsun ni gagah perkasa, tiada tali yang dapat menyekat kekuatannya. Orang kafir berusaha dengan mengupah isteri Shamsun supaya merisik kelemahan suaminya dan bersekutu dgn mereka untuk membunuh suaminya. Setelah dirisik-risik, barulah diketahui rupanya Shamsun akan jadi lemah jika diikat dengan rambutnya sendiri.

Maka pada suatu malam, ketika Shamsun sedang tidur, isterinya yang khianat telah menggunting rambut Shamsun dan mengikat tangan dan kakinya dengan rambutnya sendiri. Apabila Shamsun terjaga, dilihatnya orang2 kafir sudah berada disekelilingnya. Dia telah dibawa ke Talsafi, di mana dia telah disiksa. Badannya dikelar-kelar dan matanya dibutakan...

Setelah sekian lama, Shamsun pun bernazar, sekiranya Allah melepaskan dia dari siksaan ini dan dipulihkan semula kesihatanya, maka dia akan terus berjuang di jalan Allah sehinggalah dia mati. Maka dengan izin Allah, diturunkan embun untuk memulihkan luka dan matanya, dan dilonggarkan ikatannya... Setelah dia bebas, maka dia telah berjuang di jalan Allah selama 83 tahun 4 bulan.... menyamai 1000 bulan...

Kisah ini telah didengari oleh para sahabat Rasulullah melalui penceritaan ahli kitab. Mereka merasakan, beruntungnya umat terdahulu kerana mempunyai umur yang panjang sehingga boleh berjuang dan beramal sehingga seribu bulan...

Maka Allah turunkan surah al-qadr, yang menyatakan bahawa satu malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan ini, adalah lebih baik dari seribu bulan....

Wallahu a'lam....

Kawan2, jom kita buat misi mencari Lailatul Qadar.... Smg ada peluang kita utk beramal pada malam tersebut, yang menyamai amalan seribu bulan....Amin...

Source dari ceramah ustaz amin:

Meh dengar ustaz amin bagi ceramah tentang perbezaan puasa Ramadhan dengan puasa bulan2 biasa. Just 30 minutes... :-)

Tuesday, July 08, 2014

Why do Bad Things Happend?

Last week, sambil2 masak, i dengar Ustaz Nouman Ali Khan's khutbah on the above title. Tak sampai setengah jam pun khutbah dia, but it really meaningful. I like his talk/delivery... sgt bersahaja, tapi penuh berisi.

Ramai antara kita yg keliru, kenapa bad things happend to us. Why umah kita terbakar? Why kita sakit? Why kita tak de anak? Most people would call these bad thing as Musibah, which is synonym to calamity/disaster. But in old Arabic, Musibah come from verb 'asabah' and asabah mean to hit a target. So the word musibah, is something that hit you, and hit u exactly where it was supposed to hit you. That is why in Al-Quran, Allah using the word musibah to describe any bad things that happend, because as far as His qadar/planning is concern, ia berlaku seperti yang telah diputuskan. It is a perfect hit, in every single thing.

Did i picked your interest? Come and hear more from the ustaz himself. Tak lama... tak sampai setengah jam...but pengisiannya, Subhanallah....sangat bermanfaat buat kita....


Among of the discussion in the talk:
- Why we say Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun bila ditimpa Musibah
- How to differentiate which musibah that was caused by us, and which musibah was decreed by Allah.

Happy viewing/listening. And let's share what is ur taking from this khutbah, shall we? :-)

Thursday, July 03, 2014

Bahasa Jiwa Bangsa

Biasa dengar kan? (errr... ni nak panggil apa eh? bukan pepatah kot... kata-kata hikmat? sapa bleh tolong? heheheh... mau kena luku ngan cikgu BM ni...)

Anyway... the point is... is it true? Benarkah bahasa jiwa bangsa?

Kadang tu, bila baca blog or facebook entry or tweet masyarakat kita yang suka guna bahasa kasar, i really feel embarrassed. Dah hilang adab sopan melayu tu. Dah hilang rasa hormat kita sesama bangsa, apatah lagi dengan bangsa lain.

Kadang tu, i heran...kenapa tak boleh diberikan pendapat/ditegur secara berhikmah. Pantang kalau berbeza pendapat, masing2 berlumba nak tunjuk dia yang betul, sehinggalah instead of membahaskan hujah, serangan peribadi dilakukan utuk memuaskan hati.

No wonder Islam semakin dipandang serong ...sebab yang menganutinya tidak langsung menunjukkan akhlak yg sepatutnya...

Ya Allah, kurniakanlah kami akhlak yang mulia, supaya kami tidak menjadi fitnah kepada agama Islam yg indah dan mulia ini.... Amin...

p/s: Kalau bahasa menunjukkan akhlak bangsa, apa agaknya keadaan akhlak org kita sekarang ni ya...