Nuffnang Ads

Saturday, September 28, 2013

90 Days Challenge - Part 3 : The summary

Dah lama i tak tulis pasal my 90 days challenge. So today i'm gonna update what happend to my weight loss challenge.

During early of the year hari tu, i ada mentioned about one of my resolution for this year is to loose a bit of my weight. I need to prepare my body for next IVF. And i want it to be in its best condition.

It is not an easy journey, i tell u. I ni memang suka makan. I love food and i know how to enjoy it. Kalau masa zaman2 belajar dulu, my fren selalu cakap kalau tgk i makan, mesti dia rasa mcm makanan tu sedap sgt. Hahahaha... Tapi when i'm getting older, sukan pun dah tak main dah, metabolism pun makin merudum and dok opis je and jarang exercise, i gained weight year by year until i realised i taking tol on my health. Not really serious yet, but it started to scares me.

I need to shed at least 8 kilos to gain a healthy weight and healthy BMI. Tapi saje nak target tinggi sikit and to round up the figure i target 10 kgs. And to make it easier for me, instead of targeting 10 kilos at once, i start it slow and steady (sometimes tak steady pun... selalu gak sangkut....huhuhuhu). I pecahkan my weight loss journey to small target and small time frame. Degn cara ni, i tak rasa terbeban and i tak rasa demotivated sebab jauh lagi journey i. Hence the 90 days challenge.

Tapi 90 days tu pun x la very consistent sangat i punya weight loss program. Selalu sangkut and selalu de-motivated. But since I join my frens and have kind of 'buddy' in my weight loss journey last month, I rasa i lebih strong sekarang kalau nak di banding dengan masa i nak turunkan berat sorang2. With my fren, we share our weight loss activity...share pasal pemakanan, share pasal exercise and motivate each other. I'm so thankful for my frens for their tips and support. And it really feel easier this time around.

For those yang nk loose weight, its good if u have buddy to support u. And FYI, i read it somewhere that u stood 3 times chance better to loose weight when u do it with your frens. Macam i, we share it in a wasssap group of our schoolmate (ladies je... tapi x de la sentiasa on topic weight loss. but we often discuss it and it helps). You may do it cara yg sama or via fb, email or dgn kawan2 opis.

OK...so far, it's been 9 months journey so far, where 3 cycle of 90 days challenge was done. 

The journey so far

I managed to loss 4.3 kgs so far. Alhamdulillah...walaupun masih jauh, at least better dari i tak buat apa. Sepanjang this program, my weight loss punya graph ni secara keseluruhan memang semakin menurun. Cuma in between ada ternaik sikit and then turun balik and naik sikit then turun balik... menunjukkan my program ni tak consistent. But i do feel the difference. I rasa my body is lighter...ringan sikit badan. I dah kurang sakit lutut (heheheh...). And generally i rasa myself more healthy.

Skang nih my wight stuck at the same weight range. And since 1st Oct ni is my final 90 days Challenge (Part 4) cycle, i need to work hard with my exercises and eating right.

Less 0.7 kg to reach my 3 kilos target.
Walaupun this cycle tak dapat achieve my target, but it it was a good effort. Insha Allah i'll do better in the 4th cycle. Doakan i berjaya ye kawan2 :-) And I doakan u all yang nak loss weight juga berjaya.

Let's live a healthy life! :-)

Monday, September 23, 2013

Iman

Kalau i tanya... Adakah anda percaya pada Allah? Apa jawapan anda?

I pasti... ramai yang akan berkata "Ya....saya percaya pada Allah". TAPI...... adakah kita percaya dengan sebenar-benar percaya?

I ingin memetik maksud surah al-Ankabut, ayat 2-3:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

Menurut Sayyid Qutb, iman itu bukan sekadar menyatakan yang kita beriman, malahan lebih dari itu. Ia adalah satu kesanggupan untuk membuktikan dengan apa cara sekali pun yang kita beriman pada Nya. Mungkin melalui perbuatan, mungkin melalui kesabaran, mungkin melalui pengorbanan. Manusia akan diuji untuk melihat adakah mereka benar-benar beriman.

Kita kata kita beriman,
tapi bila diuji dengan kurangnya harta, mengapa kita mengeluh?
Kita kata kita beriman pada Allah,
Tapi bila diuji dengan ketiadaan/kehilangan zuriat, mengapa kita rasa Allah tidak adil?
Kita kata kita beriman pada Allah,
tapi mengapa kita keluh kesah dan marah dengan ujian yang diberikan itu?
Kita kata kita percaya pada Allah,
tapi mengapa kita tidak percaya yang Allah akan sentiasa bersama dengan org yang sabar dan memakbulkan permintaan kita?
Benarkah kita sudah beriman dengan sebenar-benar iman?

"Perumpamaan orang yang beriman, apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja"

Itulah hakikat ujian. Ujian di timpakan untuk membersihkan hati kita, mendekatkan diri kita pada Allah, mempercayai bahawa Allah tidak akan menzalimi kita, percaya ada kebaikan disebalik kesulitan yang dihadapi. Allah mahu kita kembali kepada fitrah, kembali kepadaNya, dengan cara merintih dan memohon kekuatan dan kebaikan dari ujian yang ditimpakan. Orang yang berjaya mengharungi ujian, akan keluar dari rasa sedih, marah dan gundah gulana, kepada perasaan tenang, syukur dan redha dengan ujianNya. Besarlah ganjaran Allah buat mereka.

Tapi berapa ramai antara kita yang kembali kepadaNya? Berapa ramai yang berdoa kepadaNya? Berapa ramai antara kita yang apabila diuji, dia terima dengan rasa penuh kehambaan dan menyedari bawaha dia adalah insan terpilih, yang Allah beri peluang untuk menambahkan rasa kebergantungan hanya pada Nya? Kerana kita selalu lupa bahawa, Allah yang memberikan ujian itu, Dia juga akan menyediakan jalan keluar.

Berapa ramaikah antara kita yang berjaya dalam ujian Allah ini?

"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya akan diberikannya jalan keluar (dari kesusahannya) dan diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakkal (berserah sepenuhnya) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu" (At-Talaq:2-3)


Percayakah kita pada Allah? Yakinkah kita pada Allah? Berimankah kita pada Allah?

Tepuk dada, tanya iman...

Hasbunallahu wa ni'mal wakil.... Cukuplah Allah sebagai penolong kami...  Semoga kami keluar dari ujian ini sebagai orang yang berjaya dan bertambahnya iman di hati kami...amin...
 

Tuesday, September 17, 2013

Ada, Beri, Dapat

Those yang selalu dengat Prof Muhaya's talk, mesti dah biasa dengan 3 perkataan ini : ADA, BERI, DAPAT. The concept is very simple. Apa yang kita ada, itulah yang kita akan beri. Dan apa yang kita beri, itulah yang kita akan dapat. Kita tak akan beri, kalau benda tu tak ada dalam diri kita.

Ada cinta; cinta lah yang kita beri pada orang lain, dan cinta itu juga yang dipulangkan kepada kita.

Ada sayang; sayang lah yang kita beri pada org lain, dan sayang juga kita dapat sebagai balasan.

Ada rasa hormat; kita akan menghormati orang lain, dan orang lain juga akan hormat pada kita.


Jadi....
Jika dibenci orang, lihat balik diri kita... Adakah kita juga ada benci sesiapa?
Jika tidak dihormati, cermin diri.... Adakah kita sudah cukup menghormati orang sekeliling kita?
Jika tidak disenangi, refleksi diri... Adakah kita menyenangi orang lain.

Mahukan cinta, berikan cinta
Mahukan hormat, berikan hormat
Mahukan sayang, berikan sayang




Kita hanya boleh memberi sekiranya kita mempunyai.
Kita akan dapat, setimpal dengan apa yang kita beri.

ADA, BERI, DAPAT.

Monday, September 16, 2013

Reunion Puteri Batch SPM 96

Assalamualaikum...

Dear readers, sorry for the long silence. Been busy lately with office work. Memang seronok bila dapat cuti 3 hari ni.

Yesterday, buat julung2 kalinya i attended reunion sekolah i. I haven't been to any reunion since.... Can't remember. The reunion was only for the girls of our batch. Almaklum la... Zaman skolah dulu mana kenai sgt pun dgn bebudak putra. And reunion ni pun only those yg duduk area lembah klang je yg datang. Ada gak yg from kuantan, tu pun kebetulan dia ada di KL. 

We were from batch SPM 96 of KISAS. Hohohoho... Sebut SPM 96, terus rasa diri ni tua. Some of them, mmg i x pernah jumpa for 17 years. Seronok sgt dapat jumpa kawan2 lama. But it would be even seronok if my best fren masa zaman skolah tu ada skali. Fara, we must meet sometime later! Izah, kau pun... lama x jumpa. Nonetheless, my other best fren yg sekelas ada skali. Ni pun dah almost 10 years x jumpa. It was fun seeing u again McGee.

Of course bila jumpa balik macam2 la kenangan yg di recall balik. Mmg kami borak sakan! Huhuhu...really missed those time when life was so simple and easy. 

Us

It was nice meeting u all and hopefully this ukhuwwah fillah will continue on... Amin.

Monday, September 09, 2013

Off to Penang

Back on roadshow. Today off to Penang and tomorrow venue terakhir di Kota Bharu.


Till then. Have a Blast monday everyone... :-)

Friday, September 06, 2013

Please 'like' my suggestion!

Dear All,

Would really appreciate your support by 'liking' my suggestion on our PM's 'Bajet 2014'. Hopefully he would consider it...

Tax Deduction/Relief for fertility related treatment
Pls click this link
You have to scroll down the page and find the entry. Or better yet use search option by using word 'fertility'.

If you have to register, please register. It just a simple step.

Thanks for your support! :-)

Wednesday, September 04, 2013

Wordy Wednesday: Kompas Hidup

Acapkali ketika kecil dulu, orang bertanya...dah besar mahu jadi apa? Apa cita-cita kamu?

Dan jawapan yang sering kita dengar mau jadi doktor, jadi cikgu, jadi pegawai, jadi engineer, jadi penyanyi, pelakon dan macam2 lagi jenis pekerjaan yg ada.

Dari kecil, minda kita dah di bentuk - hidup mesti ada cita-cita. Mesti ada matlamat, mau jadi apa kita ini bila sudah dewasa. Sehingga akhirnya, itulah yang menjadi kompas hidup kita. Itulah matlamat hidup kita. Berjaya mengejar cita-cita.

Makna hidup yang sempurna diukur dengan kejayaan duniawi. Kalau tak belajar tinggi-tinggi, hidup tak sempurna. Kalau tak kerja bagus-bagus, hidup tidak sempurna. Selagi tak naik pangkat, hidup tak sempurna. Tak ada kereta mewah, hidup tak sempurna. Tak ada rumah besar, hidup tak sempurna. Tak ada anak, hidup tak sempurna.

Hidup akan terus membandingkan diri dengan orang lain. Sentiasa mahu apa yang org lain ada dan tidak pernah merasakan cukup dengan apa yang ada. Sentiasa risau apa orang lain kata dan sugul memikirkan persepsi orang tentang diri kita.

Ketahuilah, hidup tidak pernah akan sempurna bila kompasnya adalah dunia. Hidup sentiasa tidak sempurna sebab dunia ini sifatnya sementara.

Mahu hidup yang sempurna? Tukarlah arah kompas hidup anda kepada akhirat.

Belajar tak tinggi? Hidup dirasakan sempurna sebab ilmu tidak diukur dengan ijazah/master/phd tetapi mengamalkan ilmu itu lebih penting.

Kerja tak bagus? Ukuran kerja yang bagus bagi manusia dan Allah sangat berbeza. Selagi kerja itu halal dan ikhlas serta amanah menyempurnakan tugasan, hidup dirasakan sangat mudah.

Tak naik pangkat? Semua manusia adalah sama...yang membezakan manusia dari pandangan Allah adalah iman dan taqwa.

Tak ada kereta mewah? Tak ada rumah besar? Tak ada anak? Orang yang merasai nikmat dalam kekurangan dan sabar serta redha menghadapi ujian, diampunkan Allah dosanya dan ditinggikan Allah darjatnya. Hanya Allah yg tahu besar ganjaran diatas kesabaran itu.

Hidup berkompaskan akhirat, jiwa menjadi lebih tenang, dan diri akan merasa cukup dengan apa yang ada. Tidak gundah memikirkan apa persepsi orang kerana pandangan Allah lebih utama.

Dunia ini ladang untuk kita menanam amalan, supaya dapat kita tuai pahalanya di akhirat kelak. Jangan mudah terpesona dengan nikmat dunia.

Mari kita check semula, apakah arah kompas hidup kita?



p/s: Home Sweet Home petang semalam. InshaAllah esok ke JB pula meneruskan sesi jelajah Malaysia. Heheheh :-)
 

Monday, September 02, 2013

Off to Kuching

Tgh tunggu nk board masuk flight to kuching... Transit kat miri dulu... Cuaca nampak cerah... Harap2 cerah juga sepanjang perjalanan. Semalam punya flight banyak turbulance sampai air dlm cawan pun bleh terkeluar dr cawan... Hujan semalam... 

Ni naik ATR, kalo langgar air pocket.... Huhuhuhu... Mcm naik roller coster la rasa kat perut tu... 

Flight dah sedia menanti... 5.20 pm off to Kuching.

Sunday, September 01, 2013

Roadshow


I'm on roadshow since last week. Hence the lack of update. Shall write more soon as this trip is over.

Till then...