Acapkali ketika kecil dulu, orang bertanya...dah besar mahu jadi apa? Apa cita-cita kamu?
Dan jawapan yang sering kita dengar mau jadi doktor, jadi cikgu, jadi pegawai, jadi engineer, jadi penyanyi, pelakon dan macam2 lagi jenis pekerjaan yg ada.
Dari kecil, minda kita dah di bentuk - hidup mesti ada cita-cita. Mesti ada matlamat, mau jadi apa kita ini bila sudah dewasa. Sehingga akhirnya, itulah yang menjadi kompas hidup kita. Itulah matlamat hidup kita. Berjaya mengejar cita-cita.
Makna hidup yang sempurna diukur dengan kejayaan duniawi. Kalau tak belajar tinggi-tinggi, hidup tak sempurna. Kalau tak kerja bagus-bagus, hidup tidak sempurna. Selagi tak naik pangkat, hidup tak sempurna. Tak ada kereta mewah, hidup tak sempurna. Tak ada rumah besar, hidup tak sempurna. Tak ada anak, hidup tak sempurna.
Hidup akan terus membandingkan diri dengan orang lain. Sentiasa mahu apa yang org lain ada dan tidak pernah merasakan cukup dengan apa yang ada. Sentiasa risau apa orang lain kata dan sugul memikirkan persepsi orang tentang diri kita.
Ketahuilah, hidup tidak pernah akan sempurna bila kompasnya adalah dunia. Hidup sentiasa tidak sempurna sebab dunia ini sifatnya sementara.
Mahu hidup yang sempurna? Tukarlah arah kompas hidup anda kepada akhirat.
Belajar tak tinggi? Hidup dirasakan sempurna sebab ilmu tidak diukur dengan ijazah/master/phd tetapi mengamalkan ilmu itu lebih penting.
Kerja tak bagus? Ukuran kerja yang bagus bagi manusia dan Allah sangat berbeza. Selagi kerja itu halal dan ikhlas serta amanah menyempurnakan tugasan, hidup dirasakan sangat mudah.
Tak naik pangkat? Semua manusia adalah sama...yang membezakan manusia dari pandangan Allah adalah iman dan taqwa.
Tak ada kereta mewah? Tak ada rumah besar? Tak ada anak? Orang yang merasai nikmat dalam kekurangan dan sabar serta redha menghadapi ujian, diampunkan Allah dosanya dan ditinggikan Allah darjatnya. Hanya Allah yg tahu besar ganjaran diatas kesabaran itu.
Hidup berkompaskan akhirat, jiwa menjadi lebih tenang, dan diri akan merasa cukup dengan apa yang ada. Tidak gundah memikirkan apa persepsi orang kerana pandangan Allah lebih utama.
Dunia ini ladang untuk kita menanam amalan, supaya dapat kita tuai pahalanya di akhirat kelak. Jangan mudah terpesona dengan nikmat dunia.
Mari kita check semula, apakah arah kompas hidup kita?
p/s: Home Sweet Home petang semalam. InshaAllah esok ke JB pula meneruskan sesi jelajah Malaysia. Heheheh :-)

nice tot sahabat!selamat menjelajah...:)
ReplyDeleteThanks zah, 3 more location to go :-)
DeleteBagus...sedap dibaca..
ReplyDeleteTq noli, smg dapat manfaat bersama :-)
Deletenina, JB stay berapa lama? jom jumpa. i'll visit you at hotel if need be... hehe
ReplyDeleteAdah, thanks sudi jumpa aku....susahkn ko je antor sampai airport.... Huhuhu....x puas borak ngan ko. Nxt time datang, InshaAllah pi restoren ko pulak :-)
Deletei am lucky sebab kebetulan rezeki dapat kerja dekat company yang jual al-quran dan buku-buku agama..pemilik company ni boleh dikatakan mementingkan akhirat di samping duniawi..jadi kami as staff sedikit sebanyak terikut..memang betul, apabila dunia yg dikejar, kita akan dapat dunia je..kalau kejar akhirat, insyaAllah akan dapat keduanya =)nice sharing kak!
ReplyDeleteAlhamdulillah....beruntung nana. Jarang nk dapat majikan yg begitu. Tu la... Jadi tanggungjawab bossess juga utk remind staff solat n tegur mana yg patut... Hopefully Allah berikan kekuatan buat para bossess utk wujudkn suasana yg baik di office.
DeleteSuka dengan post it. Simple yet very inspiring.
ReplyDeleteTerima kasih mrs ARK, am glad to share it :-) lama dah dok dlm kepala ni... Baru berkesempatan nk menzahirkan...
Deleteselamat datang ke JB...hehehe :)
ReplyDeleteTq yuslin :-)
Deletebetulla Nina,
ReplyDeletemasa Ai mula2 kerja dulu rasa stress bila bos tak puji lepas tu fikir. Ai ni kerja kerana boss ke kerana Allah. dan selepas betulkan niat kerja kerana Allah maka alhamdulillah hati lebih tenang kerana bukan pujian dan penghargaan manusia yang kita cari namun, redha Allah :D
Same here ai...bila dh keje teruk2 frust bila x dpt pengiktirafan boss. Sampai la my fren talk to me, if kita nak dunia, dunia je la yg kita dapat. And bila dah dapat, kita tak akan puas. Dunia ni mcm air laut...semakin minum, semakin haus.
Deleteterime kasih kak. utk kata2 semangat di atas. farhah sangat hargai. semoga akak dirahmati Allah selalu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok bila org lain mendapat manfaat dari apa yg i tulis. Terima kasih atas doa farhah, akak juga doakan smg Allah merahmati kita semua...amin...
Deletehuhu... thanks 4 da entry sweet.. bila rase diri down, kata2 camni yg boleh naikkan semnagat..huhu
ReplyDeleteGlad to share sue :-)
Delete