Nuffnang Ads

Thursday, January 31, 2013

Cerita Ceriti

Last Tuesday, went to a tazkirah session kat surau opis nih. Excited nak pi coz the penceramah was....

Sapa tak kenal ustaz ni??

Alhamdulillah...memang syukur sgt dapat menghadiri kuliah Ustaz Don ni. Memang seronok dengar tazkirah beliau. Tak sedar masa berlalu....

Dalam kuliahnya kali ini, ustaz diberi tajuk 'Ayah & Kepimpinan'. Tapi ustaz berseloroh... katanya, "saya ni baru je kahwin, mcammana nak cerita pasal tajuk ni?" (imagine ustaz cakap dengan loghat penang pekatnya tu...).

Ustaz banyak bercerita dalam kuliahnya kali ini. Tak tau la sama ada kena dengan tajuk ke tidak. Tapi bagi i, ceritanya itu memang banyak manfaat.... ustaz banyak bercerita berkisarkan surah 'tabbat yada'. Tapi ustaz banyak lompat2 cerita, kejap cerita tentang surah tu, pastu cerita lain pulak, pastu patah balik cerita tu... . jadi i akan cuba share cerita2 ustaz tu satu persatu ya...

Cerita 1 (Tiada Zuriat)
Masa tu ustaz baru sampai. I tengok tajuk kuliah ni, tetiba i terfikir... kan best kalau ustaz bagi kuliah berkenaan org yg masih belum dikurniakan cahayamata...boleh jadikan pedoman dan panduan. Lepas tu dok terfikir, ada tak org tanya kat ustaz pasal ni ya....

Masha Allah! Memang Allah dengar kata hati i nih. Dalam kuliah ustaz tu ketika ustaz mention tentang anak2 Abu Lahab, tetiba ustaz masuk cerita tentang orang yg tiada zuriat. Ustaz kata ramai yg tanya dia ada tak dikalangan shabat yg tiada anak. Ada juga yang tanya ada tak dikalangan Nabi yang tiada anak. Ustaz jawab, memang ada... i tak ingat dia sebut nama siapa dikalangan sahabat. Tapi dikalangan nabi, ustaz kata Nabi Sulaiman tiada anak. Walaupun Nabi Sulaiman mempunyai 99 orang isteri, namun beliau tidak mempunyai walau seorang pun anak. Kemudian ustaz kata lagi, Nabi Zakaria & Nabi yahya lambat dikurniakan anak. Setelah baginda mencapai usia lebih 80 tahun, barulah Allah makbulkan doa mereka dan mengurniakan mereka anak...

Cuba fikir, doa nabi pun Allah lambat makbulkan, apa lagi doa manusia biasa macam kita ni yang kompem banyak dosa.... Fuh...memang insaf rasa masa tu. Ustaz kata, kenapa nak rasa sedih... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mana kita nak tahu kan, mungkin jika kita ada anak, anak2 itulah yang menyebabkan kita suami isteri bergaduh. Ini semua ujian. Kena sabar dan redha...

Bercakap mengenai Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, ustaz cerita pulak mengenai 'mak cik tempe'.

Cerita 2 (Mak Cik Tempe)
U all tau tak tempe tu apa? Kalau org jawa, memang ni la makanannya...hehehehe...saya mmg suka tempe :-) tak tau? kalo x tau tempe tu caner rupanya, google sendiri ye....hehehehe

Ok, cerita tentang mak cik tempe ni begini....Ada seorang mak cik, yang kerjanya menjual tempe. Hari-hari dia akan bangun sebelum subuh, untuk masak tempenya supaya dapat dijual pagi2. Kalau dia lambat bangun, tak masak tempe, memang tak de lah pendapatannya hari itu.

Takdir Allah pada satu hari tu, mak cik ni bangun selepas azan subuh...lepas solat, dia masak tempe tu. Dia doa banyak2 kat Allah.... "Ya allah, kalau tempe ni tak masak, tak de la rezeki aku sekeluarga hari ni....tolonglah aku ya Allah, masakkan la tempe ni...". Bila mak cik tu buka periuk, tempe tu masih belum masak. Time tu dia dah nak kena keluar ke kedainya. Jadi makcik ni pun tawakkal je la....dia tutup api, periuk tu pun diangkutnya ke kedai. Dalam perjalanan, dia berdoa tak putus-putus minta kat Allah supaya tempe tu masak. Bila sampai kat kedai, mak cik tu pun dengan penuh harapan, membuka periuk tu.... U all rasa Allah makbulkan tak?

Hehehehehe.... saje je i tanya.... ustaz sambung cerita lagi....ustaz kata, rupanya masih tak masak tempe tu. Tanpa putus asa, mak cik tu berdoa lagi. Sehinggalah ada seorang pembeli datang ke kedai mak cik tu. Dia cakap kat mak cik tu, "mak cik, ada jual tempe?". Mak cik tu dengan penuh harapan sambil berdoa supaya tempe tu masak, membuka tudung periuknya tu. Tapi tempe tu masih tak masak...Dengan nada sedih, mak cik tu kata la kat pelanggan tu, "tempe ada, tapi tak masak."

Kata pelanggan tu "Alhamdulillah....saya memang nak cari yang tak masak...sebab saya nak export keluar negara. Kalau yg dah masak, nanti cepat rosak." Maka pelanggan tu beli semua tempe yang tak masak tu.

Rupanya, itulah rezeki mak cik tu... Kalau tempe tu masak, belum tentu habis jualannya hari itu. Kat sini kita boleh tengok, walau macammana pun yang kita mahu, yang kita inginkan atau berkehendak, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Betapa hebatnya perancangan Allah....nak dibandingkan dengan perancangan manusia ni.... Apabila sesuatu berlaku tu, pasti ada hikmahnya... Tak ada kejadian yang sia2. Cuma kita je yg kadang2 tak tau apa hikmah di sebalik jeadian tu...

Sebut tentang perancangan dan hikmah kejadian ni, ustaz masuk pulak cerita tentang Nabi Musa.... Nanti i sambung yer :-) Stay tune....

Monday, January 28, 2013

At last....

After 80 days, at last she came with vengence... yup....period pain. 80 Days huh... Aunt flo has goes around the world before came and visit me again (around the world in 80 days...get it?). This is the longest cycle so far...

and so it begin... need to set appointment for hsg in CD 10. then, need to see my gynea before my referral letter expired...


on my 90 days challenge... it's been aweek since my last exercise. The flue and coughing is getting better, yet not totally cured. Still have some left. Hopefully would regain my health back soon.

Till then :-)

Wednesday, January 23, 2013

Sob...Sob....


Tak.... sob sob ni bukan sebab saya sedih n nangis. Tah kenapa... tetiba jek i dapat selsema. Huwaaaa!!!!! Hingus (gross!) Meleleh je ni.... Badan sumer dah sakit, rasa cam nak demam.

My colleague said may be i allergy habuk. hmmm...may b kot. bilik meeting tu tingkap dia jenis cermin. Takut bilik eeting tu dah lama x dianginkan. And i mmg ada allergy habuk. Bila selsema, batuk payah nak berenti. Admittedly, the past week selalu skip my vit c intake. Heheheh...padan muka kat diri sendiri....

Okeh..ramai yg tanya kat mana i pegi outstation nih.. huhuhu.... bukn la jauh mana pun...dokek je ngan umah i. In 30 minutes dah bleh sampai. Ni i attachkn gak gambar2 sekitar tempat tu. Enjoy...







Tuesday, January 22, 2013

Dugaan...

Memang dugaan... ke cabaran?

Im outstation until wednesday. Hubby x leh ikut coz keje (sob...sob...) But, this is not the challenge.

Mcm biasa la... bila program di hotel, boleh ke kalo x makan melampau? Muahaha... tu la cabaran i skna nih...

Nampaknya, baru hari pertama smalam i dah menderhaka kepada program diet i. Kemain nanysk calories intake sampai i x sanggup nk kira dah... (dessert! dessert is the culprit!). Mlm plak belasah nasi arab kambing....Adoi... x mustahil i'll gain back my weight yg dah hilang x seberapa tu...

Ya Allah, berikan aku kekuatan....Amin...

In the meantime, enjoy the pic of the room. Quite awesome kan? Sesuai kalo nk honeymoon.... (sob...sob...wish u were here abg...).



Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday






source : google image

Thursday, January 10, 2013

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Begitulah I nisbahkan usaha I dalam menurunkan my overweight ni. Tak perlu berusaha bombastik sangat kalau usaha tu setakat HHCD (hot hot chicken dung) je... I cuma berharap this time around I akan lebih consistent and semangat ni x luntur...

Am so happy when I found out that ramai lagi dikalangan rakan2 (bloggers or not) yang mempunyai matlamat yg sama dengan I. Nak turunkan berat badan. According to my reading, if you have frens that also want to reduce their weight, your journey would be easier and you are likely to reduce your weight. Sebab tu I nak ajak seramai yang boleh join this 90 days challenge ni. So that kita bleh support each other. I also share about this with kawan2 se'lunch' dengan I. So that they would support and remind me should I went overboard with my lunch... heheheh...

pic frm google


Talking about 'sikit-sikit' ni, I think it applies in all aspect of 'weight loss' process ni. Contohnya bab2 makan... I dulu memang selalu cuba crash diet by skipping meals. This is so not healthy... why? we need to eat so that we can maintain our muscle. why? coz muscle ni la yang akan burn fat. And, muscle need energy to burn fat. If kita x de energy, our body will convert muscle protein into energy, hence loss of muscle tissue. FYI muscle tissue burn 70% of fat in our body. So in the long run, we may loose our ability to loose fat. Sebab tu lepas crash diet, berat naik balik and sometimes we gain even more than before.

So, do not be afraid to eat for loosing weight... BUT (besar but tu!) of course makanan yang berkhasiat, in moderation and in accordance to your lifestyle requirement. Kalo dah duduk ngadap komputer je kat opis, jgn la pulak selera makan macam orang yang kerja construction building... heheheh... Or... if you are the type yang suka mengunyah, you can eat frequently tapi dalam quantity yang sedikit. Make sure total calories intake masih bersesuaian dengan your lifestyle ya.

At the same time, jangan lupa exercise to increase our chances in loosing weight. Tak perlu menghabiskan masa sejam dua sehari... 30 minit dah cukup.sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu (not even hari2 pun kan...). Kalau x de gym membership atau peralatan bersenam kat umah, u can dance :-) menari la apa pun asal berpeluh... or you can sweat out doing house chores. Kemas umah, cuci bilik air, gardening etc. Walaupun x sebanyak mana kalori terbakar, tapi it is better than nothing.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. In the long run, akan nampak hasilnya. Loosing weight is a journey, takkan hilang lemak2 tu sekelip mata.Jadi mari kita teruskan usaha & sabar! Seperti yg I baca di blog Yaya

"It takes 4 weeks for you to notice your body changing, 8 weeks for your friends to notice and 12 weeks for the rest of the world to notice.... 
Don't Quit!"



 p/s: Disclaimer - fakta2 dalam nih adalah hasil kajian dan reading menggunakan Encik Google. Saya bukan dietician apalagi health trainer. Oleh itu, sila rujuk kepada yg bertauliah untuk penjelasan yang lebih baik tentang gayahidup sihat. Terima Kasih  :-)



Tuesday, January 08, 2013

Renewal of Resolution.

I think almost every year i had to renew my resolution on 'this'. But in the end, I still ended up the same... nothing goes down...instead 'it' goes up. Year in, year out... Sama je.

I'm sure you can tell what 'this' means... ye.... saya nak turunkan berat badan saya. I think, my current weight is the heaviest I have so far in my entire life. I need to shed off this excessive weight soon.

As per written by one of the blogger, kita tak rasa the urgency nak turunkan berat badan sebab we think we have an entire year to do it. I pun rasa tu ada betulnya... Ada juga yang kata target tak realistik untuk dicapai menyebabkan kita putus asa di tengah jalan... ya...ada juga betulnya... And some says lack of motivation and urgency causing us to 'delay' the weight loss process. Maklum la...ada masa setahun kan... Well... that is so true....

Tapi sekarang ni, I do have the urgency to shed off my weight. My health condition need to be tip top for the IVF process that we planned sometime this year. I read it in the internet that ovum cycle is 90 days. To maximise our chance in IVF, we need to have good eggs (huhuu...everytime referring the ovum as telur makes me feel like chicken). And to have good eggs, we need to ensure my hormon is stable and ok. For my hormon to be ok, i need to have a healthy body. A healthy body = not overweight + regular exercise. Hence, the weight loss and the recent exercise regime (hahaha...x la regime sgt, sikit-sikit je...)

Sekarang ni I watch what goes in and what goes out... the calories I mean. I started to jot down apa yg masuk perut I and I congak2 (or the exec word is tengok kat internet) how many calories I burned after I exercise. Actually this routine is very new. Since new year hari tu... Mula2 mmg malas nak catat... tapi lama2 dah ok.  In addition to that, I started using stairs more than I use lift. More walking is equal to more calories burn. I also ensure I drink at least 8 glasses of water in a day. Semua2 ni I recorded using myfitnesspal. Hopefully I akan teruskan good habit ni. Bukan la hot hot chicken dung... Hahahaha

I tak target tinggi. I just want to reduce 5% of my body weight within this 3 months. which is equivalent to 3 kilos. (Hahahaha...now u know what is my current weight!) A kilo per month... Can I do it? Hopefully I can. Doakan I ye...

And now, I'm officially in my 90 days challenge. Anyone wants to join me? :-)

Tuesday, January 01, 2013

New Year @ Office

Happy New Year!


Yup... you read it right... I'm in the office.

It has been a while since the last time i had to come to office during weekend or public holiday. 2 years back kot... That was the last time when i had to do monthly and yearly account closing. My current job doesn't require me to do month end or year end closing anymore. 

So, why did i came to the office today? Actually our company had to change into latest version of accounting system. So the old system was frozen to allow the consultant to extract and carried over data to new system. As such, the automated collection system from our customer account was also frozen. We have to do it manually. Just imagine, extracting data from 19 terminals all over the country... tu belum lagi part checking and verifying the info to ensure its correctness... Nightmare... such a nightmare... Just hope for the best and do the best during this downtime period. Pls pray for me and my team.

On the other note;

Happy new year to all... tak sempat nak summarised the ups and the downs sepanjang 2012 ni... But I am thankful to Allah for all the things happend to me in 2012. Semuanya ada hikmah yang tersendiri.

Semoga di tahun 2013, Allah masih memanjangkan Hidayah dan Rahmat Nya ke atas kita semua. Semoga impian anda tercapai dan doa anda juga dimakbulkan di tahun 2013. Amin...