Nuffnang Ads

Monday, June 24, 2013

Minggu Bizi

Salam readers...just a quick update...

Minggu ni bizi yang amat sangat... dengan kerja la apa lagi...dah masuk separuh tahun, maka tibalah masanya untuk half year performance review... nak buat untuk anak buah yang 8 orang tu dan untuk diri sendiri juga... ades.... nampak mcm x berkesempatan nk update blog. Oleh itu, i just nak inform, blog ni may be ber'hibernasi' seketika... kalau ada kesempatan, i update :-)

till then. take care.

ihsan google

p/s: definitely will update siapa pemenang my GA... tunggguuuuu......

Thursday, June 20, 2013

Jangan menyusahkan orang boleh?

I believe in 'kalau tak nak orang susahkan kita, jangan la kita menyusahkan orang'. Sebab i rasa, apa jua tindakan kita, akan memberi impak pada orang lain. Menyusahkan orang, sama je macam menzalimi org lain. Dan doa org yg dizalimi adalah mustajab. Jadi, jgn lah nyusahkan orang....(now u see the 'drama queen' side of me...hehehhehe)

I had a workshop kat hotel C di KL ni. And memang dah maklum, kat hotel ni kalau datang lambat, memang payah la u nak carik parking. Parking kat basement memang penuh gila. Selagi ada ruang, selagi tu org parking. At last, i naik ke ground floor and I was lucky coz ada satu area kosong, and pekerja yg hotel yg jaga parking bgtau boleh parking di situ.

Petang tu, dah abis workshop, dah usai solat asar semua i nak balik lah kan.... Sekali tengok....

kereta putih i kena block daa...


 Arramak.... apsal pesen gini plak diorang ni parking. I carik penjaga parking tu and ask him to alihkan kereta2 tu... After 15 minutes menunggu, dia cakap kat i, kereta yg depan kereta i tu dia dah ada kuncinya. Yang sorang lagik owner kereta tu tak dapat dikenal pasti siapa. WHAT?? tak dapat dikenalpasti?? Dah tu nak suruh i tunggu sampai bila?? That was exactly words yang i cakap kat jaga parking tu.

Apparently, the owner of the other vehicle tu telah parking ikut suka suki dia. Kereta yg lain tu, the owner tinggalkan kunci kat jaga parking tu. So x kisah la kan nak block berapa banyak kereta pun. I have to wait another 20 minutes until budak tu come back and said, the owner tengah chk in and minta i tunggu kejap. Fuh.... baru je buat entry pasal jadik orang sabar kan... masa tu darah i rasanya zuppp!!! naik dari kaki ke kepala. Memang dah hangin satu badan... Agaknya budak tu tengok i pun muka dah merah padam, dia pun pegi dari situ. I waited for another 10 minutes. Baru la dapat keluarkan kereta i from parking area tu.

Seriously... tak considerate langsung. And i wonder masa dia parking tu dia berfikir tak yang kereta dia akan block kereta orang lain?? Lepas tu tak tinggal pulak contact number kat kereta so that kita boleh hubungi dia untuk alih kereta... I rasa that is a common courtesy untuk org yg block other car ni tinggalkan contact no kat dashboard. Ke i salah?? I understand parking kat hotel tu limited... tapi pls la...tinggalkan la nombor hp u. Senang org nak contact kalau nk keluarkan kereta. Jgn pikir nak lepaskan diri sampai nyusahkan org lain. And yg paling nak marah tu, dia tak minta maaf langsung!! Dia masuk terus dalam kereta and blah dari tempat kejadian.

So, moral of the story, kalo la tempat u pi tu parking limited and memang dah x de tempat lain nak park, please la tinggalkan no phone u kat dashboard kereta... or tinggalkan note kat wiper kereta yg di block tu minta contact anda alihkan kereta. Lepas tu bila dihubungi, jangan la pulak jalan lengang mak limah, macam  itik pulang petang... kesian kat orang yang menunggu tu... mungkin dia ada urusan urgent. And sila la berbudi bahasa sikit... minta maaf sebab terpaksa block kereta. Tak de la tuan kereta yg di block tu nak hangin satu badan....haih...tolong ye, jangan la nyusahkan org lain....

p/s: my 1st GA dah officially closed tgh malam semalam. Terima Kasih atas penyertaan. Para hakim sedang menghakimi penyertaan anda. Once keputusan dah ada i'll announce. Again, TQ for your support :-)

Wednesday, June 19, 2013

GA Closing- 12 tgh malam ini

Quick post. Ada yg kompius closing date  my GA. Its mid-night tonight. Masih ada masa untuk menyertai especially kategori B. 

Meh join my 1st GA 😄 hadiah menarik dari niasouq.com.my

P/s: tengah training... Post guna HP. 

{Sticky Post} 1st GA : Nia lil Ramadhan (tarikh tutup 19 June 2013) - Updated. Make sure u read it :-)




1st GA Banner

Yup...u read it right :-) Ladies and gentlemen, welcome to my 1st GA. This GA is sponsored by NiaSouq at niasouq.com.my

Usually, kita celebrate Eidulfitri a.k.a Hari Raya dengan meriah. Dari kecik kita dah di exposed dengan bila raya mesti ada kuih raya, ziarah kubur, bermaaf-maafan, dapat duit raya, dapat baju baru atau pakai baju cantik-cantik,lagu2 raya dan sebagainya. Don't get me wrong, mmg kita boleh meraikan Hari Kemenangan umat Islam mengerjakan puasa di bulan Ramadhan. But wouldn't it be even better if we celebrate and welcoming the month of Ramadhan as well?

Due to this, NiaSouq has launched 3 products berupa hamper as a gift or hadiah untuk family, frens or even corporate gift to celebrate and welcoming Ramadhan al-Mubarak. They have a Premium Gift which sesuai untuk corporate gift, standard gift which sgt sesuai untuk family (mak, abah, adik beradik, wife and hubby etc.) and friends. And also Aulad Gift - hadiah yang sesuai untuk anak2 menyambut Ramadhan. I paling suka yang ni sebab ada buku tentang ramadhan yg mana characternya boleh di masukkan dengan nama kanak2 yg kita nk bagi gift tu. Sgt sesuai untuk ajar anak2 kita menyambut Ramadhan al-Karim. For details, you may go to niasouq.com.my

So, apa yg perlu anda buat untuk menyertai GA ni? Let me put it in point form...senang sket nak tengok.

Kategori A: Untuk mereka yang mempunyai blog (Hadiah berupa 'Premium Gift' from niasouq.com.my)
  • Mesti jadik follower of my blog untuk join kategori ni. Bukan follower, mintak maap la yer... Heheheh...
  • Copy the above banner and buat satu entry mengenai Ramadhan. Anything about Ramadhan. Pengalaman u, or cerita ttg kemuliaan ramadhan...apa saja...And dalam ur entry tu wajib ada link to niasouq.com.my (of course la kena ada...dah dorang yg sponsorkan....).
  • Tinggalkan link of your entry in this entry's comment.
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan entry mengenai Ramadhan yg paling menarik dan menepati syarat2 di atas. Sekiranya semua cerita menarik, pemenang akan di pilih melalui cabutan nama.

Kategori B: Open (terbuka untuk yang tiada blog atau x dapat nk sertai kategori A. Hadiah berupa 'Standard Gift' from niasouq.com.my)

  • Sila jawab semua soalan berikut:
    1. Sila listkan barang-barang yang terdapat di dalam hamper 'Gift for Kids'?
    2. Apakah tajuk buku yang merupakan salah satu barang di dalam hamper 'Standard Gift'?
    3. Sila listkan jenis2 kurma yang terdapat di dalam hamper 'Premium Gift'?
  • Setiap jawapan hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entry ini berserta dengan email address anda untuk memudahkan pemenang di hubungi.
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul. Sekiranya ramai yang mempunyai jawapan yang betul, pemenang akan dipilih melalui cabutan nama.
Tarikh tutup GA ni ialah pada  19 June 2013 tepat jam 12 tengah malam.



So...apa tunggu lagi...moh ler join GA i nih... :-)

Selamat Berjaya :-)

p/s: Hari ni dah 1 Sya'ban. Selamat berpuasa kepada yg berpuasa hari ni :-) Dah tak lama dah nak masuk Ramadhan...

Tuesday, June 18, 2013

Ubah Perangai

Boleh ke perangai manusia berubah?

I think, that would be the question yang people would ask when they came across someone yg janji nak ubah perangai, tapi masih belum berubah. Bak kata orang, masa berjanji, lidah lembut dari tulang. Tapi mudahnya janji tu diingkari.... Susah sangat ke nak tukar perangai atau nak berubah?

I pernah melalui process untuk berubah ni... I can still remember, when i was in form 2 i ni jenis cepat marah. Drama queen sometimes. Cepat merajuk dengan kawan2 (duduk hostel). Pantang salah sikit, mula la i tarik muncung 14 inci (sama lebar dengan TV! hahahaha). And i remember one day tu, i dah siap2 nak pi dinner (our dinner before maghrib that time) and my friend masih ada yg baru nak mandi and iron baju. I waited for almost 20 minutes for them to get ready. And in the end, x leh tahan dah. I marah sangat sebab i dah siap, diorang dok terkial-kial lagi bersiap. I merajuk. Mogok tak nak makan. Duk kat katil baring n pejam mata. Dalam hati punya marah, Allah je yg tahu kot. Bila kengkawan i ajak makan, i gave them silent treatment. Pujuk2 i, minta maaf kat i, semua x jalan. And in the end, diorang pi la makan without me.

But, being a good friend, they remember to bring me roti from dewan makan. Takut i kelaparan agaknya... Again, diorang jumpa i, minta maaf and gave me the roti. But me,being me at that time... masih ikutkan rasa marah tu. Bila kawan i bagi roti tu kat i, i baling roti tu kat diorang and i continue sulking. OMG... bila pikir balik sekarang, i rasa... alahai...why la i did perangai like that. Kalau budak2 buat perangai baling2 makanan cam tu depan i skang, mau kena lecture ngan i. Huhuhuhu...

U know what happen after that? My friends pulak yg sulking and mcm pulaukan i. Yes it was my fault in the first place. Diorang dah minta maaf dah and i ignore it. Memang patut la kan i kena pulau. I spent a few time alone and rethink about my behaviour. In the end, i realised that perangai macam tu x leh bawak ke tua. I kena berubah and I kena belajar bersabar. I minta maaf semula ngan kawan2 i. And they being a good friend, accept it.

But let me tell you, it is not easy in the first few weeks... every time rasa nak marah atas benda yang remeh temeh, i tahan. I can feel my blood pounding in my ears and nafas i turun naik menahan marah. And i learn to shut my mouth up bila i marah (otherwise tah hapa la yg i hamburkn kat kawan2 i). Its not easy... but i did that. And until now, i rasa i adalah org yang sgt penyabar. (Hahahahahah!!! sori eh..perasan sikit).

ihsan google

Yes, i think you can change your perangai or bad habit if you have the determination to do so. Bak kata orang; hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mempunyai keinginan yang kuat untuk berubah, akan mendorong kita untuk buat perubahan. But jalan untuk berubah, tidak akan mudah. Of course la kan...u dah biasa perangai mcm tu, susah la nak berubah. Macam dah biasa menulis dengan tangan kanan, nak suruh tulis dengan tangan kiri, tentulah terkial-kial. Tapi, practice make perfect kan? So u takkan berubah tanpa practice dan latihan yang konsisten.

So, kalau orang yang x berubah perangai x elok tu, sebenarnya dia tanak berubah ke??? Hmmm.... what do u think?


p/s: My GA masih open especially untuk kategori B yang masih belum ada penyertaan. Sesiapa saja boleh join kategori B (x semestinya u kena ada blog and kena jadi my follower). And semua jawapan ada di niasouq.com.my Sgt mudah untuk memenangi kategori ini.  tarikh tutup GA esok 19/6 pkol 12 tengah malam. Moh ler join :-)

Wednesday, June 12, 2013

Hujan dan Petir

Siapa yang gembira bila hujan? I rasa most of people selalu cakap "Alamak...Hujan...." as if hujan tu x best (ngaku je la...hehehhe). Kenapa kita rasa x gembira bila hujan? Sedangkan hujan tu adalah Rahmat Allah. Dengan hujan, turun lah air yang merupakan sumber kehidupan makhluk di bumi. Allah pun ada berfirman bahawa hujan itu adalah untuk kegembiraan makhluknya...

"Allah jualah yang menghantarkan angin lalu angin itu menggerakkan awam kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendaki Nya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendaki Nya dari hamba-hamba Nya, mereka serta merta bergembira" (Ar-Rum:48)

How about guruh dan petir? Takut tak bila nampak petir and bunyi guruh berdentum di langit. Imagine, tengah2 malam, sedap2 tidur tetiba berdentum petir bunyi. Mau melompat bangun sebab terkejut sangat kan???

According to wiki:

Petir atau guruh ialah bunyi yang dihasilkan kilat, baik kuat berdentum mahupun deram-derum perlahan, bergantung pada sifat kilat itu dan jarak pendengar darinya. Sekiranya bunyi yang terhasil lebih kuat daripada biasa, ia biasanya dirujuk sebagai halilintar. Peningkatan tekanan dan suhu yang mendadak dari kilat menyebabkan udara sekeliling mengembang dengan derasnya dalam satu panahan kilat. Pengembangan udara inilah yang menghasilkan gelombang kejutan deras yang menghasilkan bunyi petir.

Sesungguhnya, setiap kejadian itu pasti ada sebab dan tiada yang sia-sia. Allah pun ada mention dalam al-Quran yang kejadian petir itu sebagai peringatan pada manusia supaya ada rasa takut dan mengharap kepada Allah.

"Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air)." (Ar-Ra'du:12)

So bila hujan, patutlah kita bersyukur dan membaca doa ini:


(Allahumma Soyyiban nafia'n)
Ya Allah, turunkan lah hujan yang bermanfaat


Dan ketika petir berdentam-dentum, ingatlah kita pada kebesaran Allah dan kita bacalah doa ini:

(Subhana maiy yusabbihur ra'du bihamdihi walmalaikatu min khifatihi)
Maha Suci Allah yang mengarahkan kilat bertasbih pada Nya dan para Malaikat yang takutkan Nya

Semoga perkongsian ini bermanfaat :-) maaf kalau tulisan jawi x dpt difahami. al maklum... lama dh tak menulis huruf jawi ni.... huhuhu. I siap2 tulis bacaan in rumi in case tulisan jawi x difahami...x de software tulisan jawi kt lappy nih.

p/s: Penyertaan my 1st GA masih terbuka... harap sudi-sudilah sertai ya :-)

Friday, June 07, 2013

Pavlova

Rasanya dah dekat 2 minggu teringin nak makan pavlova (ha...jgn nk pikir yg bukan2 ye... if u really know me by now, u'll know i ni selalu craving for food. huhuhuhu). Semalam browse internet, nengok resepi2 pavlova. Eh, sonang yo nak buek nyo... putih telur, gula, tepung jagung, esen vanila. pukul2, bakar. Hahahaha.... ada la teknik2 nya, u all bleh google sendiri.


Not bad for a first timer kan? (masuk bakul angkat sendiri nampak... kuikuikui).

Tapi kan, i nk tanya skek pd yg pandai buat pavlova ni... asal eh adunan i lps masak dia turun sikit? Coz bila dah masak, i tutup api n tinggalkn dia dlm oven dgn pintu terbuka sket. masa tu rasa mcm tinggi pavlovanya... bila dh sejuk, mcm turun plak...

Anyway, i can say jadik la hasil tangan i nih sbb teksturnya dlm kek tu mcm marshmellow... (eh, gini ke spelling nya?). Tapi nxt time buat, tanak buh whipped cream la... i rasa makan gitu saje pun sodap. hehehe...

Jemput makan sumer :-)

p/s: do u know, Pavlova was named bersempena nama Ana Pavlova, a bellerina from Russia during her visit to Aussie?

Wednesday, June 05, 2013

Give it some time

Someone said to me:

"Tabahnya u... i yang baru setahun lebih kawin ni dah sesak jiwa di acu soalan2 sebegitu. I selalu sedih and menangis bila mengenangkan keadaan i ni"

Tabah? Tabah kah i? Entah. Honestly i x label myself tabah. Sebab i always have a moment when tetiba rasa sayu mencucuk hati. And sometimes i do cry bila tetiba terusik rasa di jiwa. I am human. I have emotion. And emotion is something yang unpredictable.

I just cry when i feel i want to. I just wallow in sadness if i feel i want to. It didn't do me good pun if i just bottle up my feeling inside. I pour down my feelings by crying my eyes out, and sharing my thought with my hubby. And I'm lucky to have such a strong support from my hubby and family (mine n in laws). I can't ask for more.


Mungkin u cakap i tabah sebab u tak nampak i nangis guling2 masa my 1st and 2nd IVF fail. And may be sebab u tak perasan muka i merah bila sorang hamba Allah yg tak sayang mulut tanya i "Ko tak subur eh?". I tidak lah setabah mana. Ada masanya, i sedih jugak. Cuma i try not to dwell on my sadness and not to think about it too much. Sebab pada i, banyak lagi benda2 lain selain dari yang 'ini' yang memberikan i bahagia.

I dulu pun macam u jugak... Awal2 tahun perkahwinan, i stress bila org2 keliling heboh bertanya bila nak ada baby. kenapa la diorang ni asik tanya jer... apasal diorang tanak paham? Ini soal rezeki, hanya Allah yg tahu. But over the time, dah jadik macam 'Alah bisa, tegal biasa'. Semakin lama, dah makin kurang rasa sentap tu (kadang2 jer nak sentap2 ni..hehehehhe). May be sebab dah boleh expect org akan tanya soalan2 cm tu. So dah prepare dengan jawapan standard. I siap ber 'experiment' which answer would make the asker (err...is there such a word?) shut their mouth without asking follow up question. Huhuhuhu...

You have to give it some time. Rezeki bukan lah hak kita untuk difikirkan bilakah waktunya akan tiba. Only Allah knows. Yang perlu kita lakukan, adalah usaha. Usaha la cara mana pun. Perubatan moden, tradisional, alternative atau religous approach... whatever it is (as long as x langgar syariat) usahalah.

Give it some time. Bukan usaha hari ini, esok lusa boleh dapat. X ada 'gerenti' usaha kita membuahkan hasil tanpa izin Nya. Sebab tu kena selalu doa, mohon Dia murahkan rezeki kita untuk merasai nikmat itu. Kemudian tawakkal lah padaNya, yakin akan doa kita dimakbulkan atau digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Sentiasa bersangka baik dengan Nya. Yakin, ada hikmah disebalik ujian ini.

You have to give it some time. Use the time that u have now untuk lebih mengenali pasangan u. Gunakan masa ini untuk eratkan hubungan antara both of u as well as your family. And use this time to do things that would make u happy. Kalau u x cuba hidup bahagia, siapa lagi yg boleh membahagiakan u? Pi melancong or tumpukan pada career progression or whatever la yg make u happy. Enjoy your life. Don't sit back and waste your time menangisi ketiadaan 'yang satu' itu. Because you'll miss other thing that can actually make u happy too.

You have to give it some time... coz time will heals all wound. Perhaps not totally heal, but the pain is lessen as you move along your life. Give it some time.

 

Tuesday, June 04, 2013

Global March to Jerusalam - Mark your calendar!

Have you ever heard about Global March to Jerusalam a.k.a GMJ? Actually, i pun baru tau pasal ni hari ni... hehehheh... memang x mengikuti perkembangan semasa betul i nih... blame it on politic-related-news-yg-i-malas-nk-dengar/baca-kt-TV/paper that causing me x tengok berita or baca paper (read: malas...huhuhuhu).

Anyway, GMJ is actually an international organisation that organised an annual marching to Jerusalam or the nearest point to it, to raise international awareness on Palestinian right to freedom. Last year diorang buat on 30 March 2012. This year the whole world will do it on 7th June 2013, which is this coming Friday. Tapi idok ler u all kena pi Palestin nun nak join this march. Actually, this event will also be conducted at major cities kat dunia ni. Kat malaysia nih, diorang buat kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pkol 8 - 11 malam.

Sapa free bleh le join...
So if u all berkelapangan, pi la join eh... Selain dari tu, u all bleh juga buat sumbangan bersempena Ramadhan yang akan datang ni... Sedikit pemberian buat bekalan anak-anak shuhada' dan balu-balu pejuang Palestin. Caner nak sumbangkan? Beli bunga :-)

kalo kecik, click gambor kasik besor...
Tapi for those yg dah ada commitment lain at that time, x dapat nk pi, masih juga boleh memberikan sumbangan berbentuk penajaan bunga2 tu... Or sumbangan untuk melancarkan the event itself (of course they need some money to organise the event kan...). You can bank in your contribution to my fren's account (she is one of the volunteer for GMJ) and don't forget to e-mail her dan bagitau about your contribution tu ya...

Maybank Islamic Account: 1643 5114 3002
Erna Waty Salihuddin (erna.salihuddin@gmail.com)

For further info on GMJ, visit here
For further info on Rose2Rose project visit here

Hanya Allah saja lah yang boleh membalas sumbangan kalian untuk bumi Aqsa dan warganya. Walaupun kita tak mampu nak menyumbang dalam bentuk jihad perang untuk membebaskan Palestin, hopefully Allah terima sumbangan kita yang x seberapa ni... Amin.


Sunday, June 02, 2013

Weekend

Quick entry. Starting yesterday, anak2 buah berkampung kt umah i. Their parent gi umrah. In welcoming them i buat kek durian. Tapi sebab buat pakai lempuk durian, tak ler rasa durian sgt. Tapi kek ni mmg simple. bahan2 basic kek, tepung, gula, susu cair, lempuk durian, telur, minyak, garam, baking powder n soda bikarbonat. Semua bahan basah di blender, pastu cmpurkn dgn bahan kering. Gaul sebati n blender semula. Masukkn dlm loyang n bakar. After 30 minutes.... walla!


Takut gak kalo x jadik.... alhamdulillah, ok... x bantat. hehehe.... cuma kurang rasa durian. original resepi pakai buah durian 3-4 ulas. I tambah frosting cream cheese. Actually resepi2 ni semua i google jek. hehehe.... senang nk masak skang... browse internet jek.

So my nices n nephews akanstay at my house dlm 2 minggu. No problem to keep them amused, Ada game, ada internet, ada TV, pilih je la nk yg mana... hehehe...

Seronok rumah ni bising ngan budak2 ni... We (me n hubby) are going to enjoy having them here :-)