Nuffnang Ads

Friday, August 23, 2013

Mari Protes!


Silence is Not an Option!

Ha... buat-buat entry, terus jadik garang... hehehhe... Pada sesiapa yang kaki protes tu, meh, la I nak ajak jom kita protes kezaliman yang berlaku di Mesir. Yang tak kaki protes pun I nak ajak jugak... Macam I, x mampu nak pi berperang untuk mendaulatkan syiar Islam. But this is something that I can do.

Ada 3 langkah yang boleh kita buat untuk menyatakn protes kita... Let me paste the e-mail that I received from my dear friend Erna :-)



Langkah Pertama:

kami menjemput anda untuk bersama kami dalam petisyen
‘Silence Is Not An Option: Stop Killing & Restore Democracy In Egypt’,

sila klik link ini dan nyatakan pendirian anda (
http://bit.ly/17JmHKH)

Langkah Kedua:

Menghantar sebanyak mungkin poskad kepada Kedutaan Mesir, Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan Arab Saudi.

Rujukan kempen - http://on.fb.me/14Boq2A

Langkah ketiga:

Kami menjemput anda untuk memberi email tekanan kepada:

Kedutaan Arab Saudi: myemb@mofa.gov.sa
Kedutaan Mesir: embassy.kualalumpur@mfa.gov.eg
Kedutaan Amerika Syarikat: embassyklpa@state.gov

Anda boleh menggunakan kenyataan di bawah ini untuk diemailkan.

"To the Embassy of …………………

I am deeply concerned to the appalling massacre of peaceful demonstrators by security forces in Egypt that had claimed a large number of lives (more than 4000 lives according to some reports) and over thousands more injured and detained, yet without strong rebuke from regional as well as international key players. On the contrary, the crime against humanity committed by military junta under pretext of restoring democracy enjoyed open support from neighboring Arab states such as Saudi Arabia, UAE, Jordan and Bahrain, while US and EU hesitant to express strong condemnation and stern reaction consistently, despite the fact that the fallout of the military coup breached every aspect democratic values and free world.

I am perplexed with the world’s inaction especially the regional powers towards this heinous crime that literally gives the military ruler license to commit more killings at unimaginable scale, exercising selective justice, arbitrary arrests and detention that potentially drag Egypt further into a bloody civil conflict. The world’s hypocrisy to such violation deprives Egyptians the fruits of 25 January 2011 revolution that guaranteed their civil rights through democratic process, throws Egypt back into its dark past of authoritarian rule and threatens the future civil states recently founded through democratic process in the region.

I urge your government to uphold Egyptians’ rights, to let them get what they want, and allow them to fight for their democratic choice. Withdraw your support for the Egyptian’s Army. Discontinue your funding to them. And with all due respect, please warn the Egyptian’s army concerning the illegal massacre they’re committing.

Encourage civil liberties, your country would then continue to be respected by all nations.

We thank your kind attention to our plea and appeal.
Yours truly,

NAME IN CAPITAL LETTER

State (eg Selangor)

Country of origin (eg Malaysia)"

Dapatkan lebih banyak maklumat mengenai kempen ini dengan melayari FB page "Silence is Not an Option" - https://www.facebook.com/sinao.campaign

 


Ha.... siap ada wording siap2...u all tinggal copy paste je kat e-mail... (tapi jgn le guna e-mail company...tak pasal jer kang...). So, apa tunggu lagi... meh la kita sama support kempen ni... Say YES to Democracy and Peace, say NO to the Killings!

Wednesday, August 21, 2013

Wordy Wednesday

Cer cuba try test tengok....

Lihat angka terakhir no hp anda.

Nombor tersebut sila kalikan dengan 2
Kemudian tambah 5
Kemudian kali 50
Kemudian tambah 1763
dan akhir sekali, tolak dengan tahun kelahiran anda.

Hasilnya, anda akan mendapat 3 angka.

angka pertama adalah no terakhir hp anda.
dua angka terakhir adalah umur anda.

Betul tak? Hehehehe.....

Selamat mencuba :-)

Monday, August 19, 2013

Cermin

Sikap dan tindak tanduk kita adalah cermin dunia dalaman kita... apa yg kita fikir, apa yg ada dalam hati kita semuanya diserlahkan melalui kata2 dan perlakuan kita.

Hati yg resah, akan menunjukkan sikap yang tergesa gesa dan serabut.

Jiwa yang ada rasa marah dan benci akan meluahkan kemarahan dan kebencian itu pada sesiapa pun di sekelilingnya

Fikiran yang negative akan menarik perkara perkara negative mengikut dirinya.

Mahu tahu perangai sebenar kita? Lihat sikap kita kepada org lain... kalau kita ada benci org, tandanya kita bukanlah seorang yg pemaaf. Kalau kita dok mengata orang, tandanya kita seorang yg iri hati dan suka menjaja keburukan org lain. Kalau kita tak hormat orang, tandanya kita ego.

Kita selalu hidup dalam keadaan seolah olah kita tak akan mati. Pentingkan kejayaan dunia, seolah olah kita hidup selamanya. Dok pikir apa org kata dan apa tanggapan orang pada kita, tapi sangat kurang fikir apa tanggapan dan pandangan Allah pada kita.

Org yg bijak adalah org yg selalu memikirkan apakah cukup bekalan dunianya utk dibawa ke akhirat... sudah cukupkah bekalan kita?

Cuba kita renungkan dan cermin diri kita. Apakah refleksi wajah ahli syurga atau ahli neraka yang terbayang di cermin itu? Peringatan buat diri sendiri yg selalu lupa dan alpa...semoga kita semua di bawah Rahmat Allah, dan diizinkan bertaubat sebelum dijemput Izrail... Amin...

*refleksi diri, simpulan yg dpt dibuat dr beberapa siri ceramah prof muhaya.

Tuesday, August 13, 2013

Satu Hari di hari Raya....

Salam Shawal buat semua readers blog ni :-) Amacam raya u all? Hopefully semua rasa kemeriahan menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa, menyucikan diri dan kini kembali kepada fitrah. Juga kembali kepada fitrah, dengan mengharapkan keampunan Allah, dan keampunan sesama manusia agar diri suci dari dosa.

I punya raya? Alhamdulillah... seronok menyambut raya dengan keluarga mertua. This year memang turn belah hubby. Cuma sedih sikit sebab hubby have to work on night shift since malam raya sampai la ke malam raya ke empat. Tak pe la... berkorban untuk negara! (ye la... kang tak kije, terputus plak bekalan minyak negara... tak balik rayo korang kang... hehehhehe). Soalan cepumas? So far sorang je yg berani tanya face to face. I minta mak cik tu doakan i and after she said 'yo lah...mak cik doakan' it ended there. The rest, ada la 2 ke 3 org yang tanya my MIL instead of me. I'm ok. Tak de rasa tersinggung, x de rasa kecil hati. Rasa itu cuma soalan biasa2 saje sebab dah lama x jumpa sanak saudara.

Enough with my raya story. Yang i nak cerita, kejadian di hari raya ke-3. Or exectly, pagi raya ke 3. My MIL pagi2 selalu minta pendapat i nak masak apa sarapan pagi ni. But usually, i asked her back, mak ada plan nak masak apa2 ke? And that morning, she said, rasa nak buat nasi lemak. So, I pun meng'offer'kan diri nak masak nasi lemak. Memang i dah selalu buat pun nasi lemak. So nothing to worry about.

Masak nasi nya dalam 4 pot. Then i pi la rebus telur and masak sambalnya. Bila dah siap sumer, i pi la check nasiknya semula. OMG!!!! Nasi i jelantah! i.e hanya separuh masak. Bila makan memang rasa ke'berasan'nya! Adusssss!!!!!! I dah stress dah.... tu belum campur ngan rasa malu lagik kat my MIL (walaupun my MIL x kisah pun sebenarnya... dia ok je...i je yg rasa malu...). Sebelum ni pernah je masak nasi lemak kt umah my MIL. OK jer... why la in this critical time bleh jelantah pulok nasi lemak i...

Alahai... apo la i nk bagi sumer org makan sarapan nih... my hubby yg dah ready nk makan suggest i masak lain. Tapi takkan la nak buang nasi yang 4 pot tu? sayang oooo nak buang seperiuk nasi tu.... at last, dalam kelam kelibut dgn rasa tak tentu arah i tu, i masak jugak 2 pot nasi lemak baru just in case nasi jelantah tu x leh buat dibaiki lagi. Then, i google 'petua baiki nasi mentah'. Hahahahaha... (sila gelakkan i!).

At last, i jumpa satu petua and i nak share lah ngan u all... cara nak baiki nasi mentah, ambil semangkuk air dan isikan air panas di dalam mangkuk tersebut. Pastu, buat lubang kat tengah2 periuk yang berisi nasi mentah tu, letakkan mangkuk yang berisi air panas tadi di lubang tersebut. Pastu, tutup periuk and tanak atas api yang kecil. Check once in a while, and bila nasi dah masak, bleh la tutup api tu.

Alhamdulillah...petua tu memang menjadi. nasi lemak yang jelantah tadi, elok jadi nasi lemak yang masak sepenuhnya. Lega i... And alhamdulillah, nasi lemak yang 4 pot campur 2 pot yang i masak tu habis semuanya.

Huhuhuhu...bila dipikir balik, memang kelakor. Siap google segala... Mujur juga skang nih boleh google je segala info yang kita nak. mudah hidup! Cuma bila difikir-fikir dgn lebih mendalam, mungkin Allah nak tunjuk kat i supaya tak over kompiden bila memasak tu. Kalau Allah tak izinkan nasi tu masak, memang tak masak la dia. Astaghfirullah.... Pengajaran untuk i supaya lebih menjaga hati, jgn ada rasa riya' dan over confident yang nasi tu akan masak dan sedap. Juga pengajaran supaya bergantung harap hanya pada Nya... memang i banyak berdoa semoga Allah bantu, supaya x berlaku pembaziran dan agar my family dapat rezeki untuk sarapan nasi lemak pagi tu....

How a small and simple thing that happened in our life actually teach us to be more grateful to Him....Semoga kita semua menjadi hambaNya yang bersyukur...Amin :-)

p/s: i bercuti sampai Rabu ni. kamis baru naik keje... seronoknya cuti lelama! heheheheh....