Nuffnang Ads

Wednesday, May 29, 2013

Komen

Komen....comment.



Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary).
Komentar: huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4)

I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…  Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe).

Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya BM!) and si pendengar cakap. Sama mcm blogging jugak. Bila kita write something, and if other people respond, baru rasa ada interaction pada cerita yg kita tulis tu. Lagipun, tak salah kalau nak kongsi pandangan kan? May be u have similar experience or you ada idea yg lebih baik untuk di kongsi bersama. Sharing is caring :-)

For those yg pernah tinggalkan komen kat blog I (yg selalu dan yg x berapa selalu…heheheh) thank you for making me feel that someone out there is reading my thought. I really appreciate it. Jangan serik komen entry2 di blog i ye :-)

Till then…

Hahaha...macam la org takut... kiut! Ihsan google.

Sunday, May 26, 2013

Organising : Make up table

Seriously, i rasa kali terakhir i beriya mengemas rumah was masa raya. (Hahahahah...nampak nau kepemalasan i neh). Kalo hari2 biasa, selalunya i kemas alternately...kalo ari tuh dah kemas atas, nxt week tu (or next next next week...ikut tahap kerajinan... huhuhuhu...) kemas bawah pulak... kalau minggu nih dah basuh bilik air atas, next week basuh bilik air bawah plak... But this time around, i kemas semua.

Hari jumaat, i kemas bahagian bawah...i vacuum bilik and lap segala habuk. Basuh cadar bilik belakang (kat bawah ada satu bilik). Ruang tamu kasik buang segala habuk. Ubah sikit susunan kerusi (lapang skek ruang tamu tuh). Hari Sabtu, I kemas atas lak... vacuum semua bilik, lap habuk2 and ganti cadar. Walaupun nampak sikit je jenis kerja tu, tapi letihnya.... fuh!! I memang salute la kat homemaker sumer yang tiap2 hari mengemas rumah... penat betol i buat keje ni...

Dalam mengemas tu, i organise sikit my make-up table. Nama je make-up table, x de pun make-up atas table tu. Yang ada cuma minyak wangi yg i jarang gila pakai. So purpose meja tu cuma nak letak barang2 seperti barang hiasan i (keronsang and all the jeweleries... kat umah i x suka pakai cincin gelang semua...), my hair dryer, tabung duit shiling and other things.


My messy make up table 'BEFORE'
The above is 'BEFORE' look. I just susun minyak wangi i and other things tu atas meja. So, untuk lebih organised, i find a box (used to be gift box to my hubby...dari dok dalam store, baik kita guna kan...). Box tu i guna as container for the barang2... Here is the 'AFTER' look.


AFTER... better?
Bila dah letak minyak wangi, tabung and my jewelery box tu dalam kotak, nampak la tersusun sikit. And meja tu pun x semak sgt la...

And as a reward to myself atas segala kerja keras i (keras sgt la tu...), hari nih i masak 'Ketam masak lemak'. Sodap gila..(hah! puji diri sendiri plak!). Nasib baik nasik masak mmg cukup2 je... x de la adegan tambah menambah nasik... huhuhuhu (x smpat amik gambo...dah belasah makan baru teringat nak amik...).

Tu je la my weekend activity. Esok monday, nasib baik cuti sekolah...hopefully traffic clear... Have a nice monday everyone :-)

p/s: U all buat apa weekend ari tuh?

Friday, May 24, 2013

Sabotaj diri sendiri ;-)


Kali ni versi cheesy rendang daging. Ada extra rendang masak semalam... yummeh! :-) Same base (spageti sos) n cheese.

Tuesday, May 21, 2013

Ibu

Mungkin entry basi. Tapi, i tetap nk luahkn rasa x setuju i.

Last Sunday, i tgh baca paper, tetiba ada citer pasal sorang retis baru yg gaduh ngan ibunya. Pastu, nengok dlm tv pun ada disiarkan citer pasal salah faham anak n ibu nih. I x mau la citer pepanjang apsal diorang nih gaduh... if u all nk tau, google je la... banyak kot citer psl diorang nih.

I cuma nk menyatakn ke'tidak berkenan'an i dgn cara sang anak menghandle situsi nih. pada i, dia cuma memburukkn keadaan dgn membalas kenyataan ibunya tu.

Mmg betul i x tau sapa yg benar n siapa yg salah. Tapi ibu tetap ibu. Buruk macam mana pun, jahat macam mana pun, busuk macam mana pun, ibu tetap seorang ibu. Wajib untuk anak2 menghormatinya. Bukan memalukannya di khalayak ramai dgn menceritakn keburukan ibunya di kaca tv. Bukan dengan menunjukkn bukti2 sms yg ibunya mencerca dia. X tau kenapa, i rasa sakit hati dan x suka tgk dia buat kenyataan mcm tu di tv.

Sepatutnya carilah cara berhikmah jika benar ibu tu salah. Jgn diikutkn sangat kehendak wartawan. Mereka cuma menjalankan tugas mencari berita sensasi.

Bagi i, lebih baik la pelakon baru ni berdiam diri, refrain dari buat statement dan selesaikan hal peribadi ini secara peribadi. Yang the GF pun x perlu buat kenyataan... cukup kalau ibu bapa anda tahu apa cerita sebenar. Tak perlu tambah minyak pada api yg membara. Sekurang kurang nya itu menunjukkn yg anda hormat kepada ibu BF anda sebagai org tua.Bak kata org bijak pandai, if u have nothing good to say, say nothing at all. Lagipun, apalah sangat pandangan manusia di dunia yg sementara ini? Esok lusa, org pun dah lupa cerita sensasi tu.

What am i trying to say is, ibu is ibu. Wajib kita hormat.

Saturday, May 18, 2013

May yang ke laut....

Ever since i did my ivf, i dah start makan mcm biasa balik. no more calories watching, no more calories counting. After that ivf process done pun, i still makan mcm biasa. Start bulan 5 i promise myself nk resume my diet.  Tapi, janji tinggal janji....pagi i diet, sampai lunch hour, i fail. Or sampai ke lunch i diet, tetiba time dinner rasa diri sendiri macam masak sedap, makan nasik tak hengat.... huhuhuhu, again, fail di situ.

Kiranya bulan may i diet memang ke laut la... Susah betul kan nak start balik... May b sbb i x betul2 serious about it.

Anyway, nak tau what did i have for dinner for the past 2 nights?



pizza roti 
It certainly delicious! Tapi ni resepi menderhaka dr tuan asal punya resepi. Diilhamkan oleh Ida, mmg x cukup sekeping... i bantai 3 keping! With melted cheese yg sedap gila.

bahan2

I guna sos spageti sbg base, garlic spread nk tmbh rasa, n of course cheese... i guna mozarella n cheddar. letak banyak2....hmmm... mmg kebabom! Nk tmbah perisa, i letak sosej gak.

Tq ida sbb buat entry resepi ni dulu.... mmg mudah n sedap! 

ok, i nk pi bersenam.... muahahaha! Have a blast weekend everyone :-)

Wednesday, May 15, 2013

I have it all, you have it all.

Dua keadaan yang TTCian have to brave themselves melaluinya... Hari Raya dan Hari Ibu.

Why?

Raya - hari berkumpulnya saudara mara, berjumpa setelah sekian lama tidak bertemu, kunjung mengunjung...makanya pasti akan ada soalan 'Bila Lagi?'...'Eh, masih berdua?'... 'Nak tunggu sampai bila?'...dan yang sewaktu dengannya. Kalau nasib baik, dapat jenis orang yang bertanya itu kerana ikhlas mengambil berat, balasan kepada apa jua jawapan yg dilontarkn oleh TTCian akan bersifat positive dan menenangkan hati. Nasib tak baik, TTCian jawab la apa pun, balasannya kepada jawapan itu menyesakkan jiwa dan menyakitkan hati. Either way, hati TTCian memang akan tetap tersentuh...cuma sedikit atau banyak bergantung kepada cara si penyoal...

Mothers Day - Hari yang mengingatkan TTCian yang kami belum menjadi ibu. Masih belum layak untuk menyambutnya. FB wall dipenuhi dengan ucapan2 hari ibu. Blog2 dipenuhi dengan entry2 hari ibu. Even TV pun menyiarkan cerita mengenai hari ibu. Tipu lah kalau i kata i x tersentuh langsung bila moters day diraikan oleh sesiapa pun di sekeliling i. Positive2 i pun, I'm still human. Have emotion. And this year, ada la terasa sikit bila tengok kt TV cerita2 about mothers, bila budak2 opis cerita anak2 mereka sambut hari ibu, bila baca blog2 para ibu yg diraikan anaknya... it would come in a way that reminds me that I'm not a mother yet. Bila la nak rasa sambut hari ibu. That was what i felt.

And usually, on these two days are the days where i would count my blessing more often than i usually do (taktik pujuk hati gak ni...). Apa yang i x de? Apa lagi yg i nak? I have it all. Cuma yang satu tu je Allah belum nak beri. Kenapa nak menidakkan nikmat lain yang i ada just because of that 'one' wish yang belum tertunai...

And one thing that happend recently that made me feel i am really blessed;

I was cooking for dinner after maghrib at my kitchen (op coz la kat kitchen, sapa masak kt ruang tamu?). Tengah masak, tetiba dengar bunyi benda jatuh terhempas kat tingkat atas... cepat2 i lari nak tengok what happend coz my hubby was upstairs. Tengok2 rupanya iron board terjatuh. He was trying to iron his clothes for meeting tomorrow morning (my hubby keje kilang, selalunya pakai coverall je pi keje. But esok tu dia ada meeting kat PJ so nk pakai kemeja la). With sheepish smile, dia betulkn balik iron board tu (iron board tu mmg mudah tercabut kakinya...but kalo iron 'lemah lembut' ok je... sepanjang i pakai x pernah tercabut kakinya tu...hehehehe). I said to him, tinggal je baju tu, nanti i ironkan lepas masak. He said x pe. And he try again - again tercabut kaki iron board tu. And since api kt dapur tu i x tutup, i rush turun n said, tinggal je, x pe...i can iron for him. He said ok.

Usai memasak, I naik balik nak tolong iron. But he finished it already. Dah siap iron seluar semua...

Why i feel so blessed? Sebab my hubby x pernah nak susahkan i. He would try to do everything himself. Sepanjang kawin ngan dia, dia x pernah bising pun if i x sempat (read malas... muahahahhaha) nak kemas rumah. He would beli lauk2 kat pasar and siang siap2 ikan, udang, ayam, sotong semua before simpan dalam peti sejuk. Dia akan tolong basuh baju if dia tengok bakul baju kotor dah penuh. Siap tolong sidai and angkat baju bila dah kering. Dia tak pernah membebel kat i kalau baju yg dah kering tu dok berhari-hari dalam bakul x berlipat. see... how pemalas bini dia ni, and he still sabar and love me.

So what else do i need? I have been blessed to have a hubby that really love me... terima i seadanya. X pernah persoalkan tentang anak. X pernah persoalkan kekurangan i. For now, I have enough. For now, I have it all.

So, everytime we feel sorry for ourselves for the thing that we didn't have, let's count our blessing. I'm sure you fill find that you have it all... at least for now :-)

Thursday, May 09, 2013

Bersara

Kerajaan dah wartakan had umur persaraan dinaikkan ke umur 60. Hohoho.... lama lagi tu...almost another 25 tahun lagik.

Apsal tetiba cerita pasal bersara? Sebab hari ni division i buat majlis farewell for a colleague of us yg bersara. He had been with the company for 30 years! Again, 30 years! I baru umur 4 tahun masa dia start kerja. Punya la lama and loyal dia dengan the company.


I wonder... Sempat ke i sampai ke umur persaraan i? I x bermaksud sempat atas faktor umur. Actually what i meant is mampukah i bekerja selama itu di satu syarikat yg sama? And kalau ditakdirkan stay kat tempat tu je, makanya buat benda yang sama for 30 years? Or kalau nasib baik, ada la lain2 sikit bidang tugasan... di transfer dari satu department ke dept lain, and end up balik ke dept asal?

Seriously... mampu ke i nak kerja benda yg sama for 30 years? Mampu ke i nak kerja sampai umur i 60?

huhuhuhuu.... it makes me think - do i really like my job now? That i would do it for 30 years? But if i don't like my job now, what will i do? Resign when i feel like i can't do it anymore? Dah tu nanti nak buat apa?

Think....think....think....

Hmmmm.....tamo pikir la... let's take a step at a time. And let's think of it when we cross the bridge. So far, masih boleh dan mampu bekerja di sini. But i do hope my boss won't let me do the same thing for more than 5 years. Boring la buat benda yg sama.... heheheheh...

But if there is an option I don't want to work until I'm 60. I nak retire early... like at 55 max.Why? ntah....may b rasa mcm dah tua... and nak tempuh jammed dah x larat... Nak dok umah... dgn hubby, anak2 (InshaAllah...amin!) and spent time with family. And also take this chance to banyakkn amal ibadah... maklum la... umur dah capai tahap rumah kata pegi kubur kata mari... hehehehe....

How about u? If u r given option, when would u want to retire?


Tuesday, May 07, 2013

Dah Sampai?

I have posted the small gift to the lucky winner last Friday. (except for Nieta & nhimran. I still didn't get your details. If u baca entry ni, pls kindly e-mail me ya...). If by end of this week u masih tak dapat, pls do inform me juga ya. Nanti i check tracking pos tu.

Hopefully, semua yg menang tu dah terima hadiah kecik tu... hehehhe... and a few dah whatsap i bgtau dah dapat. TQ. I takot hadiah tu x sampai sebab it was a bit bulky.

For those yang wondering apa benda yg i bagi... ni la dia....

Handbeg holder. Pls pardon me for the messy picture of my workstation...siap ada selipar lagik belakang tu... hehehehe

Hadiah kecik je... Harapnya benda ni bermanfaat buat u all. Lepas ni pi makan kat kedai dah tak yah pangku handbeg dah... bleh letak kat holder tu je :-) Tapi jgn letak kat tempat yg mudah dicapai org lain. Tak pasal kena sambar ngan pencurik je... i suggest letak celah kaki. heheheh...

Okey...till then :-)


Monday, May 06, 2013

PRU, Beratur, Dakwat Kekal, Bangla, MB and Cuti - My rambling

ihsan google


Alhamdulillah... Proses pilihanraya selamat berjalan. Lancar tak lancar, wallahua'lam. Setakat yg i nampak, kat tempat i nak ngundi ok jer. Semua org bersopan santun...beratur sambil kenal-kenal org depan n org belakang. Ada gak yang buat hal sendiri.

Lama tak u all beratur? I kena beratur sejam lebih sikit jer... ok la tu kan... lama dah x berdiri lelama macam kat perhimpunan sekolah. Nasib baik jugak adik yg beratur depan i tu peramah. berborak-borak la kami. kadang tu, i main puzzle kat hp untuk hilangkn bosan. memang saluran mengundi i tu untuk org yang muda-muda (hahahaha...kira muda lagik i nih!). So ramai la yang beratur di situ. My 2 sisters x yah beratur pun. Coz bawa baby, dapat lah diorang masuk dafter n terus ngundi. Huhuhuhu...so target in the next 5 years, kena make sure ada baby by the time nak ngundi lepas nih... x yah la i penat2 beratur... boleh? heheheheheh.....

Anyway, dakwat kekal yg dicalit tu, memang hilang pun bila dah kena sabun semua. tapi x la ilang terus. ada sakit baki comotnya kat celah2 kuku. Isu ke tu? ntah la... may be SPR kena tukar nama dakwat tu kot... baru la x isu. Sebab skang nih namanya dakwat kekal, so org ramai pertikaikan. Bagi nama dakwat penanda je... tapi seriously, i rasa stamp pad yang biasa tu pun lagi kekal dakwatnya dari dakwat nih. Mind u, i basuh tangan hanya selepas sejam lebih. Tapi mungkin petugas tu tak goncang botol tu betul2 kot... wallahua'lam....

Pengundi bangla? so far tak de la pulak i nampak mana2 bangla datang mengundi. Tapi i pun hanya berada di tempat ngundi dari pkol 11.30 pg sampai pkol 1 petang. so tak tau la pulak kalo petang2 tu ada bangla datang ngundi kan... again, wallahua'lam.

Tapi dalam pada beratur panjang tu, sempat la i melihat kelibat menteri besar selangor membuang undi. of course dia kat saluran untuk org2 yg berumur sepertinya. I nampak dia masa register jer. And dia pun datang ngundi and kluar dari ngundi tu cepat. May b sebab org2 di salurannya sikit, so x yah beratur. Or sebab dia MB.Ada ke MB yg beratur? Hmmm... x tau pulak MB Selangor nih orang kawasan i. May be dia dah tukar address kot. Ha... i pun nak kena tukar address la... nak ngundi kat tempat yg dekat ngan umah i. Kalo tak jenuh nak balik kampung hanya untuk beratur lama2 n membuang undi. Tu tak campur lagi ngan jalan yang jam sebab penyokong-penyokong parti dok kat tengah2 jalan mengibarkan bendera masing2. Adoi la... kan ke bahaya tu...kena langgar kang, masuk berita pulak kata parti lawan saja langgar and it'll be blown out of proportion. Tak pasal je...

Cuma satu yang i terkilan.... sebab KL x ishtiharkan coti. Sedeyy!!!!! I ingatkan sapa2 yg menang nak umumkan coti hari nih. Sampai hati tak bagik coti. Kecik ati i... Mujur jugak jalan pi kerja pagi tadik lapang gila. X de la stress nak pi keje. I kluar umah pkol 7.50 and by 8.20 i dah sampai opis. Kalo hari biasa, especially ari isnin, mau pkol 9 lebih i sampai opis kalo i kluo pkol 7.50 pg. Yang tak best, sebab petang ni ada meeting pkol 5.30 pm. Adeh... sbb nak meeting ngan CEO, tu je time yg dia ada. Ingatkan coti ari nih... dah nak bergumbira dah x yah gi meeting nih.

Kan best kalo ari nih coti.... (sigh...)

p/s: bagaimana pengalaman PRU anda?

Friday, May 03, 2013

I love Anggur!

I memang peminat buah anggur. U all minat tak?? Siapa minat angkat tangan.... hehehehe.... Kalau u all nak tau, perkataan anggur ni sebenarnya dari bahasa Parsi (sumber-wiki). Biasa la...bahasa melayukan banyak pinjam bahasa lain...

 
ihsan google
And u all tahu tak anggur ni adalah antara buah2 yang disebutkan dalam al-Quran? Ianya disebut di dalam al-Quran sebanyak 14 kali. Antara ayat yg menyebut nama buah anggur ni:

''Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.'' ( QS: An Nahl: ayat 11)


Banyak khasiat buah anggur ni. Menurut Ibn al-Baitar, seorang ahli botani terkemuka masa zaman Andalusia, buah anggur dapat membersihkan darah, melancarkan salur pencernaan, memulihkan org sakit dan menguatkan jantung.


Buah anggur also known to have high vitamin C (hence menyihatkan org sakit) dan sangat bagus untuk mencantikkan kulit wajah. It also contain phytonutrien - bahan yang melindungi daripada penyakit jantung (hence menguatkan jantung), mampu mencegah kanser, kekejangan otot, lelah dan kerosakan gigi.


Biji anggur pula dikatakan 50 kali ganda lebih baik sebagai antiokdisa berbanding vitamin E dan boleh membantu melembapkan kulit. Daunnya mengandungi polyphenols yang dapat membantu dalam proses pembuangan toksin dari dalam badan.

Buah anggur kering a.k.a kismis pula mempunyai konsentrasi gula dan zat besi yang lebih tinggi. Menurut Hisham Thalbah dalam karyanya (Ensiklopedia Mukjizat Al-Quran dan Hadis), kismis dapat mehilangkan rasa sakit di hati (bukan sakit hati berbentuk emosi ya! heheheh), dada, paru-paru dan ginjal. Biji kismis pula sangat baik untuk pencernaan, hati dan limpa.

Kalau rasa susah nak tidur, u can try drink a glass of grape juice coz it is good for those yang ada  insomnia.  Selain dari itu, jus anggur juga baik untuk orang-orang yang keracunan, keletihan atau ada penyakit batu karang.

Do u know that buah anggur ni rendah kalorinya? Cuma 70 kalori dalam semangkuk buah anggur.  Sifat anggur ni, buahnya mengandungi 80% air. Sangat sesuai dijadikan snek ketika lapar sebab kandungan air yg tinggi lebih cepat mengenyangkn (at least better dari kunyah kerepek kan?). Kandungan antioksidan yang tinggi juga dapat mencegah pembentukan lemak dalam perut.

Personally, I memang selalu keep stock buah anggur ni kat peti sejuk umah i. I suka simpan buah anggur ni dalam freezer. So bila makan, dah macam makan 'ais anggur' sebab buah anggur tu membeku :-)  sedap! and cara ni akan buat buah anggur tu tahan lebih lama. X caya cuba lah... hehehhehe


 "Anggur adalah salah satu buah yang memiliki banyak manfaat. Anggur adalah salah satu buah dari sekian banyak buah, salah satu makanan bergizi dari sekian banyak makanan bergizi, salah satu ubat dari sekian banyak ubat dan salah satu minuman dari sekian banyak minuman"

                                                                                                                     - Ibn Qayyim-

So, u all suka buah apa eh?