Nuffnang Ads

Wednesday, October 29, 2014

Majlis Nikah & Sengatan Lipan

Hahahaha... tajuk memang suka bagi gempak...

Ya..tahun ni, memang tahun kenduri kahwin... ni majlis ke 3 tahun ni, tu x campur majlis kawin sepupu2 i...

Last week, i pi mengantar my BIL untuk majlis nikah dia di Kedah. Gerak hari kamis (amik coti) around 9 pagi. Alhamdulillah, perjalanan lancar... kereta pon x banyak. Kami duk di homestay kawan my hubby.

This time around, we just recycle bekas hantaran masa kahwin adik i yg baru lepas tu. Malam jumaat tu, kami duk la ramai2, membega hantaran...

telekung...first time belajar hias gaya gini...

Sirih junjung, my SIL buat

kasut & handbeg... seb baik muat dulang...eheheh...
Kali ni kejap je membeganya...sebab bahan semua dah ada. Dah siap, semua masuk tido awal, may be sebab penat sangat travel hari tu.

I tido dekat dengan pintu bilik. Sebelah i anak sedara i umur 5 tahun. Dalam pkol sepuluh gitu la kot kitorang dah tido. Tengah sedap2 tido tu, around pkol 1 pagi, tetiba i terjaga sebab i rasa kaki i sakit sangat... masa nak bangun dari keadaan baring tu, mata ni macam ternampak2 benda color hitam merayap menghala keluar pintu... dalam keadaan sakit tu, i terus terdetik dalam hati 'ni macam kena sengat lipan ni'...

Bangun, bukak lampu, terus i tengok kaki i, ada satu mata sengatan...ye la kot ni lipan...and alhamdulillah, bukan 2 mata sengatan (kalo 2 takut ular la pulak). Terus i kejut adik ipar i, suh angkat anak2 dia naik atas katil...sebab takut lipan tu ada dekat2... my SIL kejutkan my hubby, so hubby i pon mencari mana la pegi lipan ni... dekat 45 minit cari, angkat beg baju yg dekat2 i tu, baru jumpa...rupanya nyorok bawah meja... hubby sembur racun serangga...bila lipan tu dah mamai, dia buang la lipan tu kat luar umah.

Kaki i masa tu memang sakit gila... lama x rasa sakit berdenyut-denyut macam tu...sampai ke tulang kaki bisanya...kena sengat kat bahagian belakang kaki, atas tumit. Tulang kat buku lali semua sakit... Memang rasa nak nangis, tapi x de la nangis (ahahah...control macho gitu???)..

Yg my SIL terus surf internet kat HP dia, cari petua redakan sengatan lipan. Ada petua buh asam jawa la,,, buh garam la... tapi kitorang kan kat homestay...mana la ada benda2 tu... At last, jumpa petua pakai tembakau... kitorang belasah rokok my BIL, tambah air sikit and hancur2 tembakau tu... air tembakau tu, my MIL sapu kat kaki i sambil2 baca selawat (by this time almost semua org dlm bilik tu dah bangun). Nampak berkesan la jugak...sebab mata sengatan tu terus hilang lepas sapu air tembakau tu. and air tu pun sejuk... kurang rasa bisa tu... (petua asal, kunyah tembakau and tembakau tu sapu kat kaki...sapa ke orang yg nk kunyah tembakau rokok batang tu... huhuhu).

Lepas letak tembakau tu, i tried to sleep... x tau la mata lelap pkol berapa. By pkol 4.30 pg, i terjaga balik sebab berdenyut sangat kaki ni... so letak lagi air tembakau tu... and lelap balik... bila bangun pagi tu, kaki i dah bengkak. but still boleh jalan. Alhamdulillah...x teruk sangat...and sakitnya pun bearable...cuma once a while je dia sakit berdenyut-denyut...

Alhamdulillah jugak, majlis nikah my BIL berjalan lancar. Sakit2 kaki i pon, i still enjoy the majlis. hehehe...tapi petang tu, i pi jugak ke klinik...sebab rasa mcm lutut i plak sakit...takut bisa nya naik kai. doc bagi ubat buang bisa... and the next day tu, masa nak balik ke rumah semula dah hilang rasa sakit tu walaupun bengkak ada sikit lagi.

Huhuhu...lama dah i x kena sengat lipan...last i kena masa i darjah 5. So ni kali kedua la... harap2 x de la kali ke tiga kan... huhhu...


Monday, October 27, 2014

To Tell or Not To Tell

I rasa, salah satu perkara yang kadang2 berlegar di pemikiran i, ialah sama ada nak come clean with those around us that we are embarking on another IVF journey. Have u ever contemplate the same? Sama ada nak bagitau kat org lain tak yg u all tengah dalam treatment?

Ada pro and cons.... Pronya, those yg diberitahu boleh lebih memahami apa yg kita lalui. Maklum lah...bila buat IVF ni banyak nak kena lalui dari segi mental dan fizikal. Kadang tu rasa penat, sampai nak marah2... So bila orang keliling tahu yg kita tengah treatment, mungkin mereka akan lebih memahami. Tu belum kira tang nak kena ambik cuti. Kalau tetiba hilang 3 minggu, sapa yg x tertanya-tanya mana pi kita ni? Sakit apa sampai 3 minggu cuti? Nak tak nak, kena la bagitau boss juga kan... supaya boss dan kawan2 opis memahami, dan sanggup bantu cover keje kita dalam tempoh kita cuti tu...

And bila kita bagitau to family member, bleh la mereka doakan keselamatan dan keberkatan treatment tu... ye dak? Especially nya doa ibu2 kita ni kan makbul... mana tau berkat doa mak or MIL, berjaya plak treatment kali ni... Our family members sure akan bagi support to us, dari segi emosi dan keperluan. Mungkin siap tolong kemas umah n masak untuk kita sepanjang waktu kita treatment tu...

Tapi apa cons nye eh?

Yg i terpikir, bila treatment tu result negative, susah rasanya nak berdepan dgn org keliling ni... susah sebab nak kena bagitau mereka yg bertanya bahawa treatment kali ni gagal. And proses menjawab ni bukan la sekali, tentunya berkali-kali bila yg bertanya tu lain2 orang nya... And to me, everytime menceritakan perkara negative itu, tentunya perasaan akan terusik sebab kita seolah diingatkan tentang harapan yang tak tercapai...

Entah la... just my 2 cents... How about you... would u choose to tell, or not to tell?

Tuesday, October 21, 2014

Pesanan buat yg masih mencari...Ciri-Ciri Calon Suami (antaranya...)

Apa yg i tulis ni, hanyalah sekadar dari pemerhatian i... kalau baik, ambiklah sebagai tauladan...kalau buruk, jadikanlah sempadan...

Untuk yg masih mencari, apa sebenarnya yg dicari tu? Nak cari calon yg bagaimana? bertanggugjawab? beriman? Yang pasti, semua nak yang baik2 kan...

A big red flag, kalau masa bercinta pon dia dah pandai nak pinjam duit. sekali dua x apa...kalau berkali-kali tu??? dah tu janji nak bayar balik, tapi x bayar2 pun... huhuhuhu.... red alert ye... kalau sekarang ni pun dia x tepati janji, jgn harap la dia nak berubah bila dah kawin. Only few lucky people yg berjaya berubah. The rest, macam manusia biasa juga... begitulah perangainya sampai ke sudah... bukan masalah x tepati janji je...masalah tentang pengurusan duit juga... kalau sekarang pun ekonominya x stabil, macammana dia nak uruskan kewangan rumahtangga nanti? Apa pun, u all lagi tau kan...nilai la sebaiknya...

Kemudian, tengok macam mana orang tu menepati masa. Kenapa? Ada apa dengan menepati masa tu? Sebab dari situ kita dapat tengok macammana orang tu treat kita. Kalau orang tu suka2 tak menepati masa, menyebabkan kita ternanti-nanti ketibaannya.... x de usaha nak maklumkan kita kalau dia lewat tiba... itu tandanya dia tak hormat kita. Kalaupun dia tak sengaja, pastinya 'lewat tiba dimasa temujanji' bukanlah sesuatu yang menjadi kebiasaan. So, adik2 yg masih mencari, this is one of the characteristics yg u all boleh tengok.... 

Another characteristics, tengok macammana dia treat mak dan adik beradik perempuan dia. Kalau dgn mak pun dia tak hormat, jgn la mimpi dia nak bertanggungjawab pada kita sebagai suami. Sebab, tanggungjawab pada ibu, lagi sukar nak dilunaskan, dari tanggungjawab kepada seorang isteri. Kalau dia hormat dan kasih ibunya, ada high chances dia akan hormat dan kasih dengan kita.  

Kalau nak yang berakhlak macam Rasulullah, adakah kita sendiri seperti Khadijah? Kalau nak suami yg seperti Saidina Ali, adakah kita sendiri seperti Saidatina Fatimah? Don't put up high hope kalau kita sendiri pun x macam apa yg diharapkan... So, perbaiki diri, dan berdoalah supaya Allah jodohkan dengan orang yg terbaik untuk kita...

Dan bila sudah berjumpa, terima lah seadanya... Jangan harap dia untuk berubah kepada bentuk yg kita mahu. Kalau kita mahu dia berubah, maka kita perlu berubah dahulu. Sebab Allah takkan jodohkan kita tanpa ada hikmahnya...percayalah, dia yg terbaik buat kita.

Smg Allah panjangkan jodoh kalian hingga ke syurga.... 

p/s: cer reader lain share tips jugak utk yg masih mencari ni :-)

Thursday, October 16, 2014

Hati Perempuan

Betul ke...
Perempuan ni lembut jiwanya,
Mudah terasa dengan kata2,
Betul ke...
Jika terluka hati perempuan,
Dia boleh memaafkan,
Tapi sakitnya sukar dilupakan,
Bagai ada parut yg sering mengingatkan.

Betul ke?

Tuesday, October 14, 2014

Halia


sapa x kenal halia??? ihsan google


Few days ni, perut i memang rasa x selesa... hormone changing may be? Nak dekat dah dengan kunjungan AF ni. Usually, few hours after my meal, I akan start pening kepala sebab angin...And usually, that would happen around maghrib onwards. May be sbb perut in the process menghadamkan makanan/lunch i? So angin naik kepala... pening la....

And when that happen, memang halia is the best remedy. I crushed halia sikit ngan lesung, and campur dgn air panas and teh uncang. Without sugar. Biar kejap so that air tu resap rasa halia. Then minum... MasyaAllah... nikmat betui bila angin keluar dari atas dan bawah (ahahaha...TMI!). sikit demi sikit, hilang pening kepala i... kalau nak sedap lagi, may be bleh tambah madu sket kot...

 Banyak sebenarnya khasiat halia ni... antaranya, untuk buang angin dalam perut n usus kita, untuk hilangkan morning sickness pun boleh... Halia juga boleh melancarkan perjalanan darah kita, juga sesuai dimakan untuk meningkatkan tahap imunisasi badan menentang batuk dan selsema. A study at University of Minnesota telah membuktikan bahawa pertumbuhan kanser usus menjadi lambat dengan pengamalan halia. Well... u can read detail of kebaikan halia ni kat sini.

So, nxt time u mabuk kenderaan, or pening kepala, why not try halia... mudah je nak sediakan, And dapat kelegaan cepat dari pening kepala tu...

Wednesday, October 08, 2014

Gerhana Bulan 8 Oktober 2014 dan Solat Sunat Khusuf

Malam ni fenomena gerhana bulan akan berlaku. Ada juga yg panggil fenomena bulan berdarah (coz bulan jadik color merah2 sket...

Detail about this fenomena, u all can refer to this link.

This year 2 kali dah berlaku...last 15th April and hari ni. Nxt year, on 4th April pulak kalau x silap. Since this is kind of rare occassion, i nak ajak kawan2 solat sunat bersempana dengan gerhana ini.

Solat sunat gerhana ni, dikenali sebagai solat sunat khusuf, dikerjakan dengan 2 rakaat yang mengandungi 4 alfatihah, 4 ruku' dan 4 sujud.

Cara solat sunat gerhana bulan
Setakat ni, InshaAllah, di Negeri Sembilan, Jabatan Mufti NS dah keluarkan pekeliling menggalakkan solat sunat ni dikerjakan di masjid seluruh negeri sembilan. Penang pon cam tu gak... Tapi bagi yg nak buat di rumah, boleh saja... waktu solat adalah antara pukul 7.24 pm sehingga 8.24 pm. So lepas solat Maghrib, boleh dah kalau nak kerjakan solat sunat gerhana ni... Lagipun waktu gerhana adalah antara waktu2 yang mustajab doanya, InshaAllah... boleh lah kita berdoa banyak2 di waktu ini...


Friday, October 03, 2014

Salam Aidil Adha

BZ BZ BZ....

lately ni banyak sangat keje... sebab Internal Audit tengah buat audit. Haih...kemain banyak dokumen mintak... i ni dah le agak baru kat sini...kadang x penah dengar pon nama document/agreement yg dia mintak tu.... huhuhu...bertabah je la...

Minggu ni long weekend. I expect ramai yg nak balik kampung kan... Maklum la... musim perayaan... Pesanan Penaja: Berhati-hati di jalan raya...berwaspada selalu...kalau mengantuk, berenti la kat tempat yg sesuai, and ambik nap. Or u can sing along dalam kereta (macam yg i selalu buat...padahal hubby yg drive, i yg berkaraoke dalam kereta...pasrah je dia dengar suara 'merdu' bak buluh lemang i ni... hehehhe).

Hayatilah pengertian Aidil Adha...smg Allah menerima amalan kita...amin....

Eid Mubarak! Selamat Menyambut Aidil Adha...

credit to owner...