Apa yg i tulis ni, hanyalah sekadar dari pemerhatian i... kalau baik, ambiklah sebagai tauladan...kalau buruk, jadikanlah sempadan...
Untuk yg masih mencari, apa sebenarnya yg dicari tu? Nak cari calon yg bagaimana? bertanggugjawab? beriman? Yang pasti, semua nak yang baik2 kan...
A big red flag, kalau masa bercinta pon dia dah pandai nak pinjam duit. sekali dua x apa...kalau berkali-kali tu??? dah tu janji nak bayar balik, tapi x bayar2 pun... huhuhuhu.... red alert ye... kalau sekarang ni pun dia x tepati janji, jgn harap la dia nak berubah bila dah kawin. Only few lucky people yg berjaya berubah. The rest, macam manusia biasa juga... begitulah perangainya sampai ke sudah... bukan masalah x tepati janji je...masalah tentang pengurusan duit juga... kalau sekarang pun ekonominya x stabil, macammana dia nak uruskan kewangan rumahtangga nanti? Apa pun, u all lagi tau kan...nilai la sebaiknya...
Kemudian, tengok macam mana orang tu menepati masa. Kenapa? Ada apa dengan menepati masa tu? Sebab dari situ kita dapat tengok macammana orang tu treat kita. Kalau orang tu suka2 tak menepati masa, menyebabkan kita ternanti-nanti ketibaannya.... x de usaha nak maklumkan kita kalau dia lewat tiba... itu tandanya dia tak hormat kita. Kalaupun dia tak sengaja, pastinya 'lewat tiba dimasa temujanji' bukanlah sesuatu yang menjadi kebiasaan. So, adik2 yg masih mencari, this is one of the characteristics yg u all boleh tengok....
Another characteristics, tengok macammana dia treat mak dan adik beradik perempuan dia. Kalau dgn mak pun dia tak hormat, jgn la mimpi dia nak bertanggungjawab pada kita sebagai suami. Sebab, tanggungjawab pada ibu, lagi sukar nak dilunaskan, dari tanggungjawab kepada seorang isteri. Kalau dia hormat dan kasih ibunya, ada high chances dia akan hormat dan kasih dengan kita.
Kalau nak yang berakhlak macam Rasulullah, adakah kita sendiri seperti Khadijah? Kalau nak suami yg seperti Saidina Ali, adakah kita sendiri seperti Saidatina Fatimah? Don't put up high hope kalau kita sendiri pun x macam apa yg diharapkan... So, perbaiki diri, dan berdoalah supaya Allah jodohkan dengan orang yg terbaik untuk kita...
Dan bila sudah berjumpa, terima lah seadanya... Jangan harap dia untuk berubah kepada bentuk yg kita mahu. Kalau kita mahu dia berubah, maka kita perlu berubah dahulu. Sebab Allah takkan jodohkan kita tanpa ada hikmahnya...percayalah, dia yg terbaik buat kita.
Smg Allah panjangkan jodoh kalian hingga ke syurga....
p/s: cer reader lain share tips jugak utk yg masih mencari ni :-)
nice sharing :)
ReplyDeleteBetul tu nina..halal menghalal je bila dah suami isteri.,hehe
ReplyDeleteFor me simple je.. takde la sampai nak yg tahap ustaz kan (kalau dapat tu.. satu bonus la kan. Alhamdulillah..)
ReplyDeleteCuma.. cari lah yg tak tinggal solat :)