Nuffnang Ads

Saturday, February 11, 2017

Alhamdulillah....

My friend said;

"Cantiknya aturan Allah, menjadi saudara walaupun tanpa hubungan darah"

Sungguh, i sangat bersyukur. Doa i sudah Allah kabulkan...

Tanggal 9 Februari, Amna is officially anak susuan i. Ya, susuan ke 5 completed! Rasa macam x percaya, tercapai juga niat i nak completekan penyusuan sebelum Amna 6 bulan. 

Penyusuan kali ke 5

Masa awal2 dulu, rasa macam mustahil ja dapat completekan penyusuan amna dgn jumlah pengeluaran susu yg sgt sikit ni. Tapi mmg betul la... sikit2, lama2 jadi bukit. Puas dan berbaloi bila usaha tu membuahkan hasil.

Happy tummy... dah kenyang

Terima kasih atas semua support dan doa para pembaca blog ni. Doakan amna membesar menjadi anak yg solehah, berjaya dunia dan akhirat.

Officially anak susuan 

Dan nikmat Tuhan mu yg manakah yg mahu kamu dustakan?

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...



Sunday, January 22, 2017

Susuan kali ke 4

Alhamdulillah... amna dah selesai kali ke empat susuan! Yeay!!! One more to go...

Here is happy amna after menyusu


Kali ni ambik masa 3 minggu juga nak cukupkan 5oz. Lambat sebab i x berapa konsisten mengepam. Huhuhu... Bz ngan keje, sampai kadang lupa nk ngepam. Balik umah dah penat, pun kadang lupa nk ngepam. Kena usaha kuat lagi nih... 

Semoga Allah mudahkan... amin...

Thursday, January 12, 2017

Amna is 5 months!

Wow... cepat sungguh masa berlalu. My lil Amna dah 5 bulan.

the apple of my eyes

Masih lagi belum pandai meniarap sendiri. It's ok...setiap baby ada milestone dia sendiri. Amna dah pandai gelak bila papa gurau2 dgn dia, dah pandai jerit kalau x puas hati... hehehe... And rasanya mcm makin panjang/tinggi. Baju dia yg sepatutnya untuk 3-6 months baby ada yg dah ngam2 je panjangnya. Sikit hari lagi bleh jadi senteng...

Alhamdulillah ala kulli hal... Papa n Mummy luv u darling... smg Amna membesar dgn sihat dan menjadi anak yg solehah... amin...

Friday, January 06, 2017

Perihal susu - tips menyusukan anak angkat melalui induce lactation

Alhamdulillah... since 2 hari lepas pengeluaran susu dah meningkat kepada 9ml sehari.

alhamdulillah...


Yeay (clap!clap!clap!) memang seronok bila dah meningkat naik. Makin semangat nak mengepam. Terkejut juga mula2 tu... sebab macam x de apa2 kelainan dalam my routine. But may be sebab konsisten pumping. 

I know... nak pam ni memang jenuh. Bukan apa... dah la x dak susu kluar banyak mcm mak2 lain yg bersalin, nak mengepam selama 30 minit seperti saranan my lactation consultant... huhuhu... penat pegang corong tu. Jadi, untuk ilangkan kebosanan n penat memegang breast shield tu, i pakai freemie cup.
freemie cup


I siap2 perah manual susu sampai abis n collect pakai syringe, lepas tu pakai freemie cup tu. Selit je ke bra, so ur hands are free nak buat apa2. Nak pam sambil masak pun buleh. Memang menyenangkan idup. Actually kalo x nak kosongkan breast pun x pe, sbb freemie cup tu boleh collect susu yg keluar. But utk org yg sikit sgt susu mcm i ni, rugi kalo x kosongkan sbb nanti susu tu lekat kat corong, x leh nak collect pakai syringe. 

Another tips, since kita tau dah kita ni induce lactation, x penah preggy, x yah la stresskan diri bila susu x kluar sebanyak moms yg penah preggy. Just usaha sehabis baik, and  Whatever yg ada, itulah rezeki kita n anak susuan kita. Just perah susu (guna teknik marmet), collect dgn syringe n kumpul sampai cukup untuk anak susuan minum sampai kenyang. 

Cara mudah x nak stress, setkan target bila boleh bagi anak susuan kita kenyang dgn sekali susuan. Kalau sehari dapat 5ml susu yg kita collect pakai syringe, anak pula minum 3oz (equivalent to 90ml), kira berapa hari kita dapat kumpul susu untuk cukupkan 3oz (dalam masa 18 hari dah buleh dapat 3oz). So targetnya, sehari kena collect susu sekurang kurangnya 5ml. Bila buat target mcm ni, kita akan rasa kurang stress sbb target ni achievable. If exceed target daily tu, lagi cepat dapat buat susuan kenyang tu. Kalau nak tunggu susu banyak mcm normal mothers lain baru nak bagi direct feed, takut sampai 2 tahun x sempat nak bagi cukup 5x kenyang... owh... ingat ya, 2 tahun bulan qamariah/bulan islam. Bukan kalendar masehi. 

Hope this tips help other mums lain yg susukan anak angkat tanpa pernah mengandung. Yang penting pam dan pam dan pam utk stimulate susu. Smg Allah mudahkan untuk kalian juga... amin...

Kalau u all ada tips nak banyakkan susu, bleh share kat sini ya :-) Till then...

Sunday, January 01, 2017

Happy New Year

Alhamdulillah... masih diberi izin untuk bernafas di tahun baru.

2016, pastinya menjadi tahun bersejarah dlm kehidupan i. Kehadiran Amna dalam hidup kami merupakan detik yang tak pernah kami terfikir untuk mengalaminya pada tahun ini. 

Awal tahun 2016, azam i memang sama ja tiap2 tahun. To loose weight, to have a baby and to complete my ACCA. Ini la yg diulang ulang setiap tahun 😅. 

Weight Loss Journey

Manage to reduce around 6 kgs gitu. Tapi lps dapat amna, mencanak canak naik i dah gain balik all the weight yg i dah loss hari tu. Huhuhu... well, insyaAllah, nak restart balik lps ni. Hopefully in 2017, bleh berjaya. Stress bila baju dah start rasa sendat ni tau!

Career and ACCA

The first half of 2016, mmg ditumpukan utk career. X de la naik pangkat ka apa... just focus on cleaning up the accounts n year end audit. The 2nd half was suppose to focus on completing my ACCA. But bila Amna datang, my focus dah shifted 😅. Totally my fault, x pandai nk bahagi masa dgn betul. And of course i focus more on Amna. 

Result exam will be arriving in January 2017. Doakan la i pass. Tapi kalo kena repeat pun i is redha 😂.

Baby and usaha2 TTC.

I was not actively ber'TTC'. Sbb kenkunon focus nk abiskan ACCA. Apa lagi nak ambik anak angkat. Mmg x terlintas. Little that i know yg Allah dah tuliskan, Amna will come into our life as a gift from Him. We are truely Blessed with her. Doakan kami dapat mendidik amanah Allah ini menjadi anak yg solehah dan berjaya. 

Alhamdulillah, the last day of 2016 also marked as the third susuan for Amna. Around 3 wks juga la i ambil masa utk dapatkan almost 5oz. Mmg saja kumpul lebih sbb nk confirmkan amna kenyang betul2. So tinggal 2 kali saja lagi susuan utk amna officially jadi anak susuan. Doakan i ok.

For 2017, i just wish that i could loose my weight, i would finally pass my final ACCA paper and complete it. Also for Amna to grow up well... 

Wish u all utk perkara yg baik2 saja di tahun 2017. Smg 2017 menjadi tahun yg lebih baik dr 2016. Till then... 

Happy New Year!



Thursday, December 15, 2016

it's been a while

kan... lama x menulis di sini. been busy with work, study n banyak update kt insta je...

How are u dear readers? Masih ada lagi kah pembaca blog suam2 kuku ni? Kadang tu sampai terpikir nak tutup ja blog ni... sbb penyakit malas nak update. Sebab lebih mudah update di insta...

Anyway, I alhamdulillah...sihat walafiat. Bagai di pam pam rasanya. Now berat adalah yg paling maksima penah i alami. Huhuhuhu.... thanks to pemakanan yg tidak dijaga and tidur yg x teratur. Kehkehkeh...But i know it is an alasan je... Boleh je nak diet... cuma bila nak diet, mesti ada terpikir 'esok la...', 'nxt monday la'. Huhuhuhu... Siapa geng ngan i perangai cam ni sila angkat tangan.

Life is great. Amna is now 4 months old. Belum buleh memusing lagi untuk meniarap. Tapi kalau ditiarapkan, boleh la dia bertahan agak lama. Skang tengah belajar nak memusing. Dia rajin 'membebel'. I slalu post bebelan amna kat my insta. Memang banyak gambar and video amna ja kat my insta tu... coz now my world is revolved around her :-)

I juga dah berjaya menyusukan amna untuk kenyang kali yang ke dua. Alhamdulillah, syukur sangat. Senggang waktu antara susuan pertama dan kedua pun x jauh. Dalam 3 minggu kot. First susuan 14 Nov. 2nd susuan 8 Dec. Doakan susu i makin banyak. Sekarang nih masih kutip pakai syringe, dapat la sehari around 6ml. Alhamdulillah... Now tengah mengumpul untuk susuan yg ketiga. So far, horlicks and oats work wonder for me. I rasa banyak susu i bila minum horlicks and makan oat.

OK uolls, x tau nak update apa lagi... but before i go, meh nak belanja satu gambar amna ;-)

My cutepie - Amna



Till then :-)


Anak Susuan - My journey so far

As mentioned before, i memang dah niat nak jadikan Amna anak susuan i. Selain dari memudahkan isu aurat, i want Amna to grow up with my milk and nak lagi kuatkan bonding kami as mother and child.

It is not an easy journey...

Masa bulan pertama ambik amna, rutin pam i terganggu. Masih x biasakan diri lagi dgn new routine of having a baby. Bila x konsisten pam, pengeluaran susu terbantut. elok2 i dah ada susu sikit2, pengeluaran susu tu jadi x meningkat and ada penurunan sikit... 

Kalau nak ikutkan give up, banyak kali dah i give up. Penat. Sebab Amna x mau nyusu direct feed coz susu i sikit sangat. Pls bear in mind, i dapat Amna masa dia dah 2 minggu. She was already fully breast feed with her biological mother. So bila i try nak susukan dia, (supaya dia dapat rangsang susu i), dia meraung raung x nak sebab sikit gila susu i. 2-3 kali sedut abih dah. Huhuhu... Bila i bagi masa dia dah kenyang, dia tak nak pulak. I tried use medela nursing system, susahnya ya Allah... susah nak control baby yg x sabar nk susu, susah nak control flow susu. So the first 2 months tu mmg usaha nak direct feed hancur. 

Everytime org/nurse kata kat i 'bagi ja breast feed kat dia' i stress.... Coz that person x nampak cemana Amna nangis dgn teruk tak nak direct breast feed. Pastu, tak nak pulak guide i cemana cara nak bagi Amna direct feed. My lactation consultant terus MIA. She didn't answer my msg. Sedih sgt... I banyak baca from internet ja. 

And now, Amna dah biasa dgn botol, memang dia tolak terus direct feed. X reti dah nak isap. Siap 'gag' lagi bila try direct feed. Now i dah masuk kerja, and my exam is in another 3 weeks, Memang i x tumpu pun nak ajar Amna breast feed direct again. X sempat, coz it requires effort. What i do now, memang mengharapkan pam je la... And squeez all the milk manually, kumpul pakai syringe.

Last week i pi mengurut, alhamdulillah ada la meningkat sikit. But still I have a long way to go.

Sepanjang 2 bulan setengah Amna bersama kami, i kumpul la sikit2 susu i. 



Max i pernah dapat dalam satu hari ialah 4-5ml. Average - 3ml. Huhuhuhu...just imagine... 1 oz equivalent to 30ml. Amna kenyang betul with 3oz. And in a day i cuma dapat 3 ml. Akhirnya dalam 2 bulan setengah mengumpul tu, Last monday, baru i dapat kumpul 3.5oz. And Alhamdulillah Amna dah berjaya disusukan sekali kenyang. 

Sebak sangat bila dah susukan Amna sekali kenyang tu. Remembering all the effort, mmg mengalir la air mata happy sbb dapat dah sekali kenyang. So, 4 more to go. I know it is not an easy journey, But i will get there... doa x pernah putus. Harap u all pun dapat doakan i supaya dapat susukan Amna not only cukup untuk jadi anak susuan, but cukup untuk dia sehingga dia berumur dua tahun. Amin...

Till then :-)