Skip to main content

Ubah Perangai

Boleh ke perangai manusia berubah?

I think, that would be the question yang people would ask when they came across someone yg janji nak ubah perangai, tapi masih belum berubah. Bak kata orang, masa berjanji, lidah lembut dari tulang. Tapi mudahnya janji tu diingkari.... Susah sangat ke nak tukar perangai atau nak berubah?

I pernah melalui process untuk berubah ni... I can still remember, when i was in form 2 i ni jenis cepat marah. Drama queen sometimes. Cepat merajuk dengan kawan2 (duduk hostel). Pantang salah sikit, mula la i tarik muncung 14 inci (sama lebar dengan TV! hahahaha). And i remember one day tu, i dah siap2 nak pi dinner (our dinner before maghrib that time) and my friend masih ada yg baru nak mandi and iron baju. I waited for almost 20 minutes for them to get ready. And in the end, x leh tahan dah. I marah sangat sebab i dah siap, diorang dok terkial-kial lagi bersiap. I merajuk. Mogok tak nak makan. Duk kat katil baring n pejam mata. Dalam hati punya marah, Allah je yg tahu kot. Bila kengkawan i ajak makan, i gave them silent treatment. Pujuk2 i, minta maaf kat i, semua x jalan. And in the end, diorang pi la makan without me.

But, being a good friend, they remember to bring me roti from dewan makan. Takut i kelaparan agaknya... Again, diorang jumpa i, minta maaf and gave me the roti. But me,being me at that time... masih ikutkan rasa marah tu. Bila kawan i bagi roti tu kat i, i baling roti tu kat diorang and i continue sulking. OMG... bila pikir balik sekarang, i rasa... alahai...why la i did perangai like that. Kalau budak2 buat perangai baling2 makanan cam tu depan i skang, mau kena lecture ngan i. Huhuhuhu...

U know what happen after that? My friends pulak yg sulking and mcm pulaukan i. Yes it was my fault in the first place. Diorang dah minta maaf dah and i ignore it. Memang patut la kan i kena pulau. I spent a few time alone and rethink about my behaviour. In the end, i realised that perangai macam tu x leh bawak ke tua. I kena berubah and I kena belajar bersabar. I minta maaf semula ngan kawan2 i. And they being a good friend, accept it.

But let me tell you, it is not easy in the first few weeks... every time rasa nak marah atas benda yang remeh temeh, i tahan. I can feel my blood pounding in my ears and nafas i turun naik menahan marah. And i learn to shut my mouth up bila i marah (otherwise tah hapa la yg i hamburkn kat kawan2 i). Its not easy... but i did that. And until now, i rasa i adalah org yang sgt penyabar. (Hahahahahah!!! sori eh..perasan sikit).

ihsan google

Yes, i think you can change your perangai or bad habit if you have the determination to do so. Bak kata orang; hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mempunyai keinginan yang kuat untuk berubah, akan mendorong kita untuk buat perubahan. But jalan untuk berubah, tidak akan mudah. Of course la kan...u dah biasa perangai mcm tu, susah la nak berubah. Macam dah biasa menulis dengan tangan kanan, nak suruh tulis dengan tangan kiri, tentulah terkial-kial. Tapi, practice make perfect kan? So u takkan berubah tanpa practice dan latihan yang konsisten.

So, kalau orang yang x berubah perangai x elok tu, sebenarnya dia tanak berubah ke??? Hmmm.... what do u think?


p/s: My GA masih open especially untuk kategori B yang masih belum ada penyertaan. Sesiapa saja boleh join kategori B (x semestinya u kena ada blog and kena jadi my follower). And semua jawapan ada di niasouq.com.my Sgt mudah untuk memenangi kategori ini.  tarikh tutup GA esok 19/6 pkol 12 tengah malam. Moh ler join :-)

Comments

  1. bila ada prangai yg tak elok,mesti pasang niat nak brubah,tapi kalo asyik mulut jer ckap nak brubah tak jadi jgk..msti dengan usaha,terus mcuba n bila da berubah,istiqamah..insyaAllah Allah tunjukkan jalan jika kita betul2 ingin ke arah perubahan yg lbih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul tu ummi, kena usaha untuk berubah :-)

      Delete
  2. i pun ada masalah cepat marah.. especially to family and close friends la.. memang terserlah sifat panas baran..but yeah, perangai macam ni mana boleh dibawa ke tua. susha hidup nanti. masa budak-budak boleh lah ada orang pujuk, ada orang nak maafkan..

    but some people, kalau dia selesa dengan pernagai dia tu, and mungkin tak de siapa yang tegur, and dia tak pernah rasa susah dengan perangai dia tu sendiri atau terlalu ego, mungkin sebab tu dia tak boleh nak berubah, atau tak nak berubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu zura, kalao kawan2 i tu x pulaukan i, sure i'll be mcm hulk skang nih... heheheh :-)

      Delete
  3. Setuju. Kita boleh ubah bad habits kita dengan syarat determination tuh tinggi. Tapi itu laa yg paling susah nak buat. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...sgt susah... contoh paling mudah, nak ubah bad habit yg berkaitan dgn pemakanan dan kesihatan... huhuhuhu...

      Delete
  4. ... and drop by drop a person becomes good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit sikit lama lama jadi bukit eh...betul, sikit2 berubah dan perlu istiqamah :-)

      Delete
  5. saya pun sama. cepat naik angin. baru-baru ni kena kutuk dan difitnah oleh someone. rasa marah macam nak meletup2. rasa macam nak update status makian kat FB. lepas tu bila fikir balik mcm bodoh je buat mcm tu. bila org baca nanti org gelakkan je. buat malu diri sendiri. then, cara nak hilang marah pergi sembahyang dan tidur kejap. bila bangun rasa mcm dah xde apa dah. semua hilang dan lupa..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm hadis nabi, bila marah, kalau tgh berdiri, duduk, kalau tgh duduk, baring, tapi lebih afdhal kalau disirami kemarahan dengan wudhu. Sebab air wudhu mampu memadamkan api kemarahan... Wallahu a'lam :-)

      Delete
  6. mungkin belum berubah kerana ego.
    ada org ego tinggi maka tak mahu berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga... x de org berani tegur takut kena bambu balik. huhuhuhu...

      Delete
  7. Thank you for this posting...i really need it...kebetulan pulak eh.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glad that my writing is beneficial to u :-)

      Delete
  8. Org kata untuk berubah tu boleh tetapi untuk istiqomah agak susah...since bnyak sgt godaan ni...inshaallah kita sama2 istiqomah untuk terus berada kat jalan perubahan yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain dr tu, i rasa support org sekeliling pun penting utk berubah. With support, tentu lebih mudah utk istiqamah :-)

      Delete
  9. me too is a person yang suka marah orang n tak penyabar n mulut laser..haha rasanya dah banyak hati yang tersakiti dgn saya *cewaaah* but now, siap include in my doa semoga jangan la keluar perkara yang menyakitkan hati dari mulut saya ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, doa pun penting... Dgn izin Nya, insha Allah boleh :-)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B

Mood Tak Sabar

Been reading other's people experience about it... and everytime membaca catatan mereka, semakin rasa sebak dan teruja. Ya Allah... begitu melonjak-lonjak perasaan ku ini... terasa lambatnya masa berlalu... . Counting days.... Anyway... semalam jumpa doc cantik. Ramai sungguh patient doc. I was the 16th. Dekat pkol 1.30 pm baru masuk jumpa doc (well...sampai pon lambat kan...memang la no 16 jawabnya... hehehehe). Masuk2 jumpa doc, doc pun kata, lamanya tak jumpa. Heheheh...berehat doc... so check up macam biasa and get her advice. Doc prescribed ubat, then balik umah lps amik ubat. Need to remind myself - ini hanya usaha. Allah jua yg tentukan segalanya. Semoga Allah permudahkan semua urusanku yang satu ini.... Amin...