Nuffnang Ads

Friday, July 19, 2013

Isteri, Jadilah seorang yang pelupa!

Apa kes nak jadi pelupa ni? Huhuhuhu... Bukan apa... hari ni, tengah2 browse internet terjumpa plak forum and they were discussing about si isteri ni yang sakit hati pada suaminya. Diceritakan lah di forum tu tentang apa yang suaminya dah buat sampai la dia kecik ati (benda kecik je pun). Banyak komen yang membalas, bagitau suruh bersabar, and x kurang jugak yang membela si isteri dengan cara menghentam semula si suami...

I just wanna share my opinion. Sebelum tu, disclaimer la kan... this is my personal opinion. Kalau ada yg tak setuju, terserah. And my opinion is formed based on sang suami adalah manusia normal macam kita juga dan layak dihormati. Bukan untuk kes2 yang mana suaminya memang spesis ular atau buaya atau harimau atau singa atau lintah (pandai2 la read between lines yer maksudnya di sini...heheheh).

Pertama sekali, suka atau tidak, suami tetap suami. Darjatnya tinggi untuk seorang isteri. Even Nabi pun ada bersabda “Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku akan memerintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya.” (Riwayatkan At-Tirmidzi). Wajib hormati suami dan wajib mengikut katanya selagi mana dia tidak menyuruh berbuat mungkar. Redha Allah untuk seorang isteri, hanya bilamana suaminya meredhainya.

Normal la kan wanita, hati mudah tersentuh. 'Ter' kecik hati dengan suami... mungkin sebab sikap, tingkah laku atau kata2 yang pada kita menusuk qalbu tapi pada sang suami 'tak-rasa-apa2-pun-cakap-cam-tu...biasa2-je...memang-gitu-intonasi-suara.-bukan-nak-marah-pun'. Tipu la kalo ada yg kata tak pernah kecik hati ngan somi (ada ke?). Sebab wanita ni hatinya Allah jadikan lembut. Akalnya kurang, nafsunya banyak, emosinya lebih.

I kurang setuju bila penulis tersebut meminta nasihat dengan cara menceritakan keburukan suaminya. Well, may be kat forum or web ni orang tak kenal. But still, menjaga keaiban suami adalah tanggungjawab isteri. Berdosa kita menceritakan aib suami kepada sesiapa pun, hatta ibu bapa kita.

Abis tu??? Nak simpan sengsorang??? Makan Hati?? Tak.... kita ada 'Yang Satu' itu, yang Maha Mendengar. Dia yang menjodohkan kita dengan suami. Pastinya Dia tahu suami itulah yang terbaik untuk kita. Kalau nak ngadu, bermunajatlah padaNya, agar dikurniakan sabar dan ketabahan menghadapi karenah suami.

Dan jadilah seorang yang pelupa. Lupakan keburukan suami. lupakan kesilapan suami. lupakan perkara yg kita sakit hati. Jangan diungkit benda2 yang kita sakit hati di depan suami. Tapi carilah kelebihannya. Carilah kebaikannya. Carilah perkara2 yang kita suka yang ada padanya, supaya boleh menambah rasa kasih.

Hai...senangnya nak lupa sakit hati? boleh ke?

InshaAllah boleh...bila kita fikir dunia ni sementara. Akhirat yang kekal. Masa hidup ni singkat. Jangan habiskan dengan rasa sakit hati. Hidup kita pun tak aman.

Sekian. (Eh! dah abis??heheheheh).

p/s: kalo ada yg nak menambah apa yg perlu di 'lupa'kan oleh seorang isteri atau di'cari' sila la tambah ya....

16 comments:

  1. entry yang menarik. marilah kite semua sama2 jadi isteri yang pelupa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, kita muliakan suami, Allah muliakan kita :-)

      Delete
  2. LIKE sangat²...ada sorang kawan pernah cerita, cara dia nak happy..dia doa minta Allah lupakan apa² perkara yg buat dia sedih dan ingatkan segala perkara yg happy² jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan untuk hidup gembira ada, cuma terpulang pada kita jalan mana yang kita nak pilih kan... :-)

      Delete
  3. hmmppp..sweet tooth.. saya pun kategori isteriYangSusahNakLupa.. Kenkadang terbawak2 juga marah tu.. Tapi lastly memang saya juga kena ngalah sebabnya sang suami memang tak rasa apa2.. Memang lumrah kan.. :) Selamat berbuka yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carl, bukan senang nk melupakn, tapi sekiranya kita berusaha demi menghormati suami, pasti Allah bantu. Marah kejap x pe, asal jgn tunjuk kurang ajar pd suami sudah. Kita pun manusia kan :-) i pun jenis sensitip gak.... Huhuhuhu....

      Delete
  4. hi, betul tu, bila sakit hati dengan suami, jangan layan sangat perasaan tu, fikirkan kebaikan yang dia dah buat, sedang buat dan akan buat pada kita.. lagipun tak ada faedah nak sakit hati terus..banyak2 bersabar dan berdoa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nur, bak kata org tua, sabar tu kunci bahagia rumahtangga :-)

      Delete
  5. setuju, kak. kat parents pun kena simpan juga. biar diorang tau yang baik-baik je. tapi dengan orang lain, even yang baik-baik tu pun kena tapis juga. supaya orang tak sakit hati/kata kita menunjuk. pendek kata amek jalan tengah.

    i masih belajar lagi nak mengawal. so far, yang pahit masih berjaya ditelan cuma baik tu kadang terlepas juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, setuju anis, bersederhana adalah yg terbaik. Asik dok cerita kebaikn suami, x sedar yg org rasa mcm nk bragging about hubby sendri. Bukan semua org suka. Silap2, nnti dikata mcm la somi kita je yg baik, ye dak? Hehehe :-)

      Delete
  6. hehe teringat kisah diri sendiri..Baru semalam terasa hati dgn suami. Tp cepat2 ingat yg sedang puasa. Tapi sal selalu buat camni, bila marah kat suami, cepat2 istighfar n igt balik betapa byk kebaikan suami berbanding kelemahan dia...itulah suami kita, jadi terima kelemahan dia sebab dia dh lama terima kelemahan kita. Sal biasanya marah sekejap je. yang paling penting ialah KOMUNIKASI. If marah memang sal akan diam,,,,tapi lepas tu sal akan bincang dgn suami apa yg sal x puas hati..itulah kehidupan suami isteri, tak pernah lari dari PAHIT dan MANIS nya.. Happy ya dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sal, communication tu sgt penting. Coz somi bukan la mind reader n dia x paham kias2. Straight to the point je :-)

      Delete
  7. salam Nina,

    pada pendapat Ai, kite kena saling memaafkan pasangan.
    lagi pun kalau simpan lama2 nanti hati kita penuh perkara negatif je.

    setuju kalau Nina kata kite kena melupakan sbb dengan lupakan benda2 yg menyakitkan hati tu secara tak langsung kita akan memelihara hati. bila hati banyak perkara baik2 maka wajah pun akan awet muda Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ai, kena jadi pemaaf. Org yg pemaaf jiwanya tenang :-)

      Delete
  8. ish...kalau ada konflik pun, jgnlah cerita keburukan suami tu kat org..

    ReplyDelete
  9. my hubby dulu kerja shift..kadang balik rumah 2 3 pagi..kalau nak jadi pencemburu memang kurus lah jadinya..even its a good way to lose weight tp taknak laa ;p

    apa saya buat untuk menenangkan hati is, sentiasa fikir positif..and macam kak nina cakap..bercakap or mengadu dgn Allah..sebab Allah je yg maha mengetahui..saya just fikir i'll do my best to be the best wife and kalau la dia nak buat jahat jugak its between him and Allah..saya dah lepas..hehe

    ReplyDelete