Skip to main content

Kisah Tok Guru Dengan Anak Muda : Pengajaran yg patut kita ambil...

Salam Saiyyidul Ayyam, Jumaat yg penuh barakah....

Entry yang sgt menarik dari seorang yg saya ikuti penulisannya.... mari kita renung2 kan...



KISAH TOK GURU DENGAN BUDAK MUDA

Pengerusi Masjid, semasa mempengerusikan sesi telah berkongsi cerita menarik.

Katanya ada seorang budak muda mahu mengaji dengan seorang Tok Guru. Tok Guru itu mengajak budak berkenaan berjalan-jalan dengannya.

Semasa lalu di ladang anggur, Tok Guru itu bertanya, “buah apa tu?”

Kata budak muda, “buang anggur.”

Tok Guru berkenaan bertanya lagi, “tuan dia bolehkah makan buah anggur tersebut?”

Budak muda menjawab, “tentulah boleh. Jika tidak, masakan dia tanam pokok anggur tiu”

Kemudian mereka melintasi keramaian yang sedang menguruskan kematian. Tok Guru bertanya, “ada apa itu?”

Budak muda itu menjawab, “ada kematian”.

Tok Guru berkenaan menyoal, “mayat tu hidup atau mati?”

Dengan perasaan jengkel terhadap soalan mengarut ‘orang tua’ ini, budak muda tersebut menjawab, “tentulah dia sudah mati!”

Kata Tok Guru berkenaan, “baliklah. Pergilah belajar dengan orang lain. Aku tidak boleh mengajar kamu. Kamu tidak boleh belajar dengan aku!”

Budak muda itu terkejut.

Mengapakah reaksi Tok Guru berkenaan begitu?

Kata Tok Guru, “apakah engkau ingat aku bodoh bertanyakan engkau tentang anggur itu? Yang aku maksudkan, adakah peladang anggur itu pernah meminjam wang untuk membuka ladang, adakah dia sudah membayar hutang, membayar zakat? Jika dia belum menyelesaikan semua itu, dia tidak boleh makan anggur tersebut”

Katanya lagi, “apakah engkau ingat aku ini bodoh, bertanyakan mayat itu hidup atau mati? Maksudku, jika mayat itu ada anak soleh, mayat itu akan hidup kerana amal yang ditinggalkannya, melalui anaknya yang soleh itu”

Sesungguhnya…

Apabila engkau hai anak muda, ada jawapan untuk semua soalan, engkau tidak cukup syarat untuk menjadi penuntut ilmu. Engkau tidak cukup telinga, untuk mendengar sebelum berkata. Tanda dunia ini dibelenggu kebodohan, apabila hidup kita dibingitkan oleh pendapat dan komen semua orang dalam semua perkara.

Bawa-bawalah diam.

Banyak-banyakkan berfikir, berzikir, membaca dan memahami.

You can read full entry here: Hasrizal @ www.saifulislam.com.

Comments

  1. bawak2 la diam tu sesuai sgt dgn keyboard warrior ..ramai sgt nak jadi warrior..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhe...tu la...moh le kita diam je...wait n see, banyakkan doa smg Allah tamatkan kemelut ini dgn selamat dan kesudahan yg baik...Amin...

      Delete
  2. Perkongsian yg menarik.
    tq berkongsi.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Terukn...

Hello!

Masya Allah.... lamanya i x menulis di sini... masih adakah lagi pembaca di blog picisan ni? huhuuhu... Life has been busy. Especially, perihal keje. Balik rumah, uruskan perihal rumah pulak... Masa yg terluang, memang nak rehat jee... Nak blog hopping pun x dan. Thus, my updates banyak di instagram. Sebab senang nak update... hehehhe... But still, I'll be writing here once in a while. Sebab kat sini, boleh menulis dengan lebih panjang dan meluahkan isi hati. Cepat betul masa berlalu. Dah nak masuk Ramadhan dah... sekarang bila nak masuk Ramadhan, I'll be more sentimental. Rasa bersyukur yg amat sangat, because it was in Ramadhan last year when Allah kabulkan doa i. I still rmember my doa. I asked Allah, kalau jalan terbaik untuk memperolehi cahaya mata adalah dari zuriat keturunan kami sendiri, maka permudahkan untuk kami, murahkan rezeki kami supaya dapat kami tampung perbelanjaan usaha kami. Tapi jika jalan memperolehi anak adalah melalui anak angkat, maka lorongkanlah...