Skip to main content

Amalan Sunnah menyejukkan rumahtangga

Pagi tadi dengar ustazah Laila di slot motivasi pagi, berkenaan cara menyejukkn rumahtangga dengan amalan harian. Banyak sebenarnya sunnah Rasulullah yang mudah2, tapi kita tinggalkan... Doa ketika tidur, doa bangun tidur, doa masuk n keluar bilik air, doa memakai pakaian, doa melihat cermin, doa makan dan sebagainya... And today, surf around internet dpt article ni... sgt bermanfaat terutamanya untuk para ibu dan isteri... semoga dengan amalan ini, lahirlah keluarga yg solehah. Sumber dari fb sihat ikut sunnah. siapa yg ada fb, bleh la layarinya...


Doa dan Zikir ketika Memasak


Makanan yang dimasak dengan hati yang ikhlas, penuh adab dan terjaga kesuciannya adalah rahsia air tangan ibu solehah dan penambat kasih sayang keluarga.

Mulakan dengan lafaz Bismillah setiap kali memasak.
"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus daripada rahmat Allah SAW"

Lidah dan hati hendaklah sentiasa berzikir dan berselawat. Bukan sahaja memperolehi pahala malah menambahkan lagi keberkatan rezeki yang dikurniakan Ilahi. Makanan yang berkah sumber kesihatan badan yang baik, Insya Allah.

Doa Masuk Dapur 

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.


Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
 
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)


Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)


Doa Potong Sayur & Buah(Baca 3 kali)

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]


Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]


Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ


Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Comments

  1. tq..tak tahu pun ada semua doa ni..khusus utk di dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun baru tahu Umaira :-) Meh kita amalkan sesama eh...

      Delete
    2. Good info dear. InshaAllah, meh kita amalkan :)

      Delete
  2. tq Sweet, Yani pun ada dengar maghrib semalam, ulangan untuk motivasi pagi....yg pagi ni punya pun ada juga, tentang macam mana nak cukupkan rasa lauk kalau kita rasa was2 masakan kita cukup rasa/bahan tak....ustazah suruh amalkan membaca Zikir Waktu Masak

    لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

    Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
    (Kacau lawan jam)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la yani...pagi tadi dengar kat radio...eh, sama pulak ngan topic entry ni :-) kebetulan...

      Delete
  3. Nice sharing sweet..

    ReplyDelete
  4. ilmu yang sangat berguna.
    tq sweet tooth :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. No prob Ai, sharing is caring :-)

      Delete
  5. tq for sharing sweet :-)..selalu pagi2 pun i cuba xterlepas dgr motivasi pg kt radio tu...mmg bagus utk permakanan rohani kita kan..ulangannya waktu maghrib..i teringat satu motivasi pagi tu dari ustazah laila juga..dia kata kalaulah bila tiap kali kita sembahyang tu (pupp..jatuh seketul jongkong emas atau segumpal duit depan kita..),pastinya semua orang takkan tinggal sembahyang, semua org nak sembahyang..cuma kita tak nmpk ganjaran yg Allah nk bagi bila tiap kali kita solat tu..sepanjang i drive keta nk pg keje pagi tu i dok fikir kata2 dia..ermm.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kn tazkirah ustazah... I wonder sapa plak next month :-)

      Delete
  6. terima kasih atas perkongsian..selalu mak2 suruh baca bismillah je..ni ada zikir khas lagi, dan semua zikir ni mudah dihafal pula tu kan..Insya Allah lepas ni boleh amalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, sama-sama kita amalkan. I print out and tampal kat dapur i :-)

      Delete
  7. nice sharing...nice blog...saya S.U.K.A...!! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh...terharunya :-) terima kasih fizah

      Delete
  8. nice nice.. ida print tampal dekat freezer. heheheee

    ReplyDelete
  9. thanks byk2 for the sharing.... byk cara nak dpatkan pahala n keberkatan kan? :)

    ReplyDelete
  10. Thank you kak for sharing. Hari ni baru leh khatam suma entry. Last week jenguk kejap kejap aje. Ha ha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B