Skip to main content

Happy 8th Anniversary, Abang dear...


Perkahwinan,
Penyatuan dua jiwa, melengkapi fitrah manusia,
Tanggal 1 April 2005,
Ijab dilafaz menghalalkan cinta,
Disambut Qabul, tanda menerima tanggungjawab sepenuh rela,
Bersama restu keluarga dan menggunung harapan,
Melayari bahtera lautan kehidupan,
Suami nakhoda isteri setia,
Bersama berusaha mencari bahagia,
Kadang lautan tenang,
Kadang bergelombang,
Namun badai mendatang tetap ditentang,
Berpaksikan utuhnya kasih dan sayang,
Biar beribu ujian mendatang,
Nyata cinta dan kasih tidak kan hilang,
Hingga berpisah jiwa dan badan,
Semoga di syurga Allah temukan...

Buat sang kekasih belaian jiwa,
Kasih mu ku junjung tanda setia,
Bertuahnya diri menjadi suri,
Dilindungi diri dari mara bahaya,
Didendangkan jiwa dengan lagu bahagia,
Dipujuk duka dengan kasih membara,
Diberi semangat untuk bangun semula,
Kekurangan diri ini tidak pernah menjadi kudis,
Sedikitpun cinta mu tidak pernah terhakis,
Menerima seadanya,
Mencintai sepenuhnya.

Wahai suami kekasih hati,
Terima kasih untuk 8 tahun yang telah dilalui,
8 tahun yang indah dalam memori,
Semoga kekal dari hari ke hari,
Hingga ke JannahNya diakhirat nanti...

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 8,
Buat suami tercinta, MFA.

Ayang, 10:10 pm

p/s: mode jiwang....ahaks!

Comments

  1. tak da gmbr ker? semoga bahagia selamanye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang ni pemalu umaira :-) huhuhuhu.... Tq :-)

      Delete
  2. Happy Anniversary Sweet :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:29 am

    Congratulations! Happy 8th anniversary. Here's to many-many happy years ahead.

    ReplyDelete
  4. selamat ulangthun perkhwnan yg ke8 dear....moga cinta kalian hngga ke jannah dan dikurniakan yg maha esa keturunan yg soleh&solehah....aamiin3x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.... Terima kasih mama munif :-)

      Delete
  5. sweet tooth,

    happy 8th anniversary!!!!
    semoga diberkati Allah selalu.

    tahun yg sama rupanya kite nikah.
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ai... So u pun 8 yrs juga :-) rasa cm kejap je kan.... Time really flies when u r having fun :-)

      Delete
  6. tahniah!mabruk kalian berdua..rasa bersyukur sbb aku ada di hari besar ko 8 tahun dahulu,aku dtg dgn adik lelaki..masa tu 'darah manis' n by July aku pula menurut langkah..what an 8 of love!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ zah.... Kejap je masa berlalu kan? :-)

      Delete
  7. eppy wedding anniversary

    semoga tahun ni ade rezeki untuk sweet and husband menimang cahayamata.. :)
    semoga berkekalan bahagia sampai bila2.. :)

    ReplyDelete
  8. so sweet..happy anniversary!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... Masa ni tengah jiwang karat ;-) tq axa.

      Delete
  9. Sweet, selamat hari ulangtahun perkahwinan ke-8 yer..semoga ikatan suci kalian diberkati, dirahmati selalu, berbahagia dan berkekalan di dunia, akhirat sampai ke syurgaNya..ameen... :-)

    ReplyDelete
  10. happy anniversary kakak gigi manis..semoga Allah merahmati both of u =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh....terima kasih nana :-D (senyum sambil tayang gigi) hehehhehehe....

      Delete
  11. Auwww! Bole tahan jiwang jugak cik kak sorang nih. Hehe. Sweet sgt! Happy anniversary to u & hubby :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha....sorry dear, mood tgh jiwang masa tu... X leh nk tolong.... Tq yaya :-)

      Delete
  12. Congrats kakak!!! tak sangka dalam hati ada taman bunga jugak ek. Hahahaa. Akan lagi best puisi tu klu selit foto sekeping dua :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... Bukan setakat taman bunga, hutan hujan khatulistiwa air dik.... Tu yg bila emos terus banjir... Gambar? The other half adalh sgt pemalu.... X mo glamer katanye.... Hikhikhik....

      Delete
  13. happy anniversary dear sweet tooth and hubby :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Terukn...

Mood Tak Sabar

Been reading other's people experience about it... and everytime membaca catatan mereka, semakin rasa sebak dan teruja. Ya Allah... begitu melonjak-lonjak perasaan ku ini... terasa lambatnya masa berlalu... . Counting days.... Anyway... semalam jumpa doc cantik. Ramai sungguh patient doc. I was the 16th. Dekat pkol 1.30 pm baru masuk jumpa doc (well...sampai pon lambat kan...memang la no 16 jawabnya... hehehehe). Masuk2 jumpa doc, doc pun kata, lamanya tak jumpa. Heheheh...berehat doc... so check up macam biasa and get her advice. Doc prescribed ubat, then balik umah lps amik ubat. Need to remind myself - ini hanya usaha. Allah jua yg tentukan segalanya. Semoga Allah permudahkan semua urusanku yang satu ini.... Amin...