Skip to main content

Yakin kah?

During this 2WW, i mencari hikmah di sebalik dugaan yang Allah beri. Berbekalkn kata kata mutiara seorang sahabat (u know who u r), i mula research internet on the topic that i need to understand.

Kata mutiara sahabat i "Kita percaya pada Allah, tapi kita x yakin dengan Dia".

Benarkah? Persoalan ini benar benar membuka mata dan hati i untuk bermuhasabah diri....

Rasa seperti satu tamparan hebat bilamana i menyedari sesuatu... Apabila usai berdoa, kadang2 terlintas di hati ini "Apakah Allah akan menerima doaku?"... Astaghfirullahalazim.... Ampuni aku ya Allah.... betapa berdosanya diri ini kerana tidak yakin Engkau akan menerima doaku...

Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah S.A.W berkata : Bahawasanya Allah telah berfirman "Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada Ku" (hadis qudsi).

Wahai diri yg hina ini, bersangka baiklah dengan Allah! Allah akan memberi ampun, jika keampunan yang kau pinta.... Allah akan beri kebahagiaan, jika bahagia yg kau inginkan... Jika kau ragu2 dan tidak yakin, bagaimana Allah mahu makbulkan doamu? Sedangkn iblis yg sudah tentu dilaknat ketika berdoa mahu dipanjangkn umur sehingga kiamat pun Allah perkenankan, apalagi doa kita hambanya yg sudah tentu disayangiNya, walaupun banyak dosa kita... Astaghfirullah.....ampuni aku ya Allah....

Sekadar perkongsian buat rakan2 semua, i suka nk share article dari iluvislam.com ini Termakbulkah Doaku

p/s: update on ivf progress - hanya satu embrio survived, itupun according to the embryologist pertumbuhannya sgt lambat dan masih belum menjadi blastocyst walaupun sudah hari ke 5 slps persenyawaan. Yang satu ini telah selamat dimasukkn semula ke dalam rahim. Hari khamis n jumaat i spotting... Wallahu a'lam...hanya Dia yg tahu apa keputusannya nanti. Sementara itu, i x putus putus berdoa dan tanamkan keyakinan pasti Allah akan mendengar doa i....Hanya kepada Nya i berserah. Alhamdulillah, hati ini lebih tenang...

Comments

  1. Betul.. Saya sendiri pun macamtu.. Ada perasaan tak yakin.. Tapi apapun teruskan juga berdoa.. Sebab itu saja cara untuk tambahkan keyakinan..
    Insyaallah.. Semoga ada berita baik yer.. Saya doakan yang terbaik untuk you yer..

    ReplyDelete
  2. salam sweet tooth,

    Insyaallah semoga blastocyst itu berkembang baik menjadi embryo seterusnya baby yg dinanti2kan.

    *hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ai, inshaAllah ada rezeki kali ini.

      Delete
  3. Insya'Allah... K doakan awk berjaya kali ni.. Always think positif ye? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ K :-) inshaAllah will always think positive.

      Delete
  4. Nina dearie, semoga doamu dimakbulkan, yakinlah Allah Maha Mendengar..:)

    ReplyDelete
  5. Kak Nina, jangan berhenti berdoa yer. Allah Maha Mengetahui. Dia tahu yg terbaik untuk kita, Insyaallah. Berita baik tak lama lagi tu. Big Fat Positive!! Kita sama sama doa :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.... Tq sash dear, berkat la doa sash :-)

      Delete
  6. Sama2lah kita berfikiran positif. Sy pun kdg2 byk yg difikirkan.. makbulkah doa sy ni dan sbginyer....apa2 pun sy sentiasa berdoa sy dan kwn2 sekalian mendapat apa yg diinginkan. Insya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anna, i cuba sungguh2 untuk keep positive vibe je skang ni...

      Delete
  7. always think +ve...fikirkan benda yang indah je...in shaa allah

    ReplyDelete
  8. Implantation blood tu.. Fuh fuhhh~

    Go baby, go mommydaddy! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....akak pun harap mcm tu.... :-)

      Delete
  9. sweet, sgt2 setuju tu...benar, PERCAYA tapi belum tentu YAKIN..teringat juga kata-kata ustaz pahrol di radio IKIM..kata beliau "Ada beza antara TAHU dan SEDAR. Contohnya ramai yang TAHU dia hamba Alah tetapi tidak SEDAR yang dia adalah hamba Allah - pun dia masih tetap melakukan maksiat, dosa, abaikan yang wajib dsb. Orang yang TAHU tidak semestinya SEDAR tetapi orang yang SEDAR semestinya dia TAHU.." begitu juga dengan percaya dan yakin kan...kita percaya di hati dan yakin dgn iman Allah itu Wujud..maka, fikirlah dgn pandangan mata hati..mudah2an kita nampak apa yg tersirat di sebalik yg tersurat..sekadar utk perkongsian dan ingatan buat kita bersama ye..insyaAllah semoga diberi kelancaran dan segala yang terbaik buat sweet..ameen :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih umie... InshaAllah... Sentiasa cuba utk perbaiki diri ini :-)

      Delete
  10. saya plak berdebar2 bila baca.. erm... saya doakan semoga kali ni rezeki berpihak pada sweet..
    sweet pun jgn stress2 sgt pikir tau.. inshaa Allah ade rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....inshaAllah.... Tq sue :-)

      Delete
  11. sweet...walaupun lambat ly komen kat sini sbb sblm ni ly tak jumpe blog awk la...atau ly terkial2 nak cari blog tak reti sbb bdk br belajar buat blog...gitu la gayenye...hehe...

    keyakinan kita Allah makbulkan doa kita bukan kita tak yakin...tapi ragu itu sifatsyaitan...syaitan suke timbulkan rase ragu2 kita terutama sekali bila kita mula rase yakin dengan sesuatu...

    bukan la pandai sgt...tapi...kita doa semoga Allah tetapkan hati kita menyakini kekuasaan Allah dan jauhkan kita dr sifat ragu2 juga jauhkan kita dr gangguan dan hasutan syaitan yg direjam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ ly, memang nak kena ingat tu....syaitan memang suka bila kita was was kan...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B