Skip to main content

Buat insan yang di uji... Berbahagialah!

Buat insan yang diuji,
Apa jua ujian yg menimpa mu, 
Sesungguhnya...
Itu adalah tanda engkau manusia yang terpilih,
Berbahagialah....

Jika kau mahu menangis kerana kecewa,
Biarkan air mata itu luruh untuk mengubat luka...
Air mata itu hadiah dari Allah buat mu... 
Semoga terlerai kekusutan perasaan mu.
Namun...
Jangan biar air mata itu membanjiri hatimu,
Dengan rasa kemarahan atas apa yang berlaku,
Jangan biar air mata itu membajai hatimu,
Dengan rasa putus asa dengan Rahmat Tuhan mu,
Lebih baik air mata itu ditangisi,
Dengan diiringi doa dan pengharapan kepada Ilahi,
Usai tahajjud di sepertiga malam,
Kerana itulah sumber kekuatan, 
Ketika kita ditimpa ujian...

Buat insan yang diuji,
Janganlah kau harapkan kepada manusia,
Untuk merubah isi hati mereka,
Pasti kau akan kecewa dan merana,
Sebaliknya...
Sampaikan pengharapan mu kepada Pemilik hati-hati manusia,
Dialah Allah yang Maha Esa,
Yang Memegang hati-hati insan,
Yang Membolak Balikkan hati-hati mereka,
Dengan Kekuasaan Nya...

Buat insan yang diuji,
Janganlah kau kecewa sekiranya keinginanmu tidak dipenuhi,
Kerana sesungguhnya, 
Pengetahuan mu sangat terbatas,
Dan Tuhan mu tidak mungkin akan menzalimi mu,
Malahan kerana Rahmat dan Rahim Nya lah, 
Ketentuan yang diberikan itu adalah yang terbaik buatmu.

Buat insan yang diuji,
carilah hikmah dalam musibah,
Tanamkanlah sabar dan redha,
nescaya buah-buah ketenangan akan berputik,
Bilamana hati mu percaya,
Allah sentiasa bersama...

Buat insan yang diuji,
Berbahagialah,
Kerana Allah sedang mengampunkan dosamu,
Berbahagialah, 
Kerana Allah sedang menaikkan darjatmu,
Berbahagialah!
Kerana Allah memilihmu untuk diuji.

Comments

  1. :-)
    Alhamdulillah..Allah uji,tanda Allah sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu me... kena sentiasa bersangka baik dengan Allah :-)

      Delete
  2. thanks ST for the inspiring words....sesungguhnya kita adalah insan yang terpilih. insyaAllah ada pelangi yang menanti disebalik ujianNya. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keep on positive thought erin :-)

      Delete
  3. terima kasih di atas kata-kata yg cukup indah ini.
    peringatan untuk hamba Nya.

    miss u la kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huda... lama x dengar cerita... take care dik :-)

      Delete
  4. Ujian itu kalo kita mengertikan adalah sentuhan kasih syg dr Allah swt :,)
    Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul...
    Sbb tu tak terkomen pd blog2 itu buat mase ni sbb sgt sebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ma lily, mereka yg menanggung lebih tahu beratnya. Smg yg diuji tahu, ujian ini adalah cara Allah tunjukkan kasih sayang Nya... tanda Dia ingat kita, and mahu kita terus mendekatkan diri pada Nya...

      Delete
  5. syukur Nina, kita adalah insan2 terpilih.

    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ai....syukur Allah ingatkan kita supaya terus mendekatkan diri pada Nya melalui ujian2 ni :-)

      Delete
  6. sweet tooth ..trima kasih atas perkongsian..terasa kecik sgt diri di sisi Dia.. sentiasa bersyukur dan bersabar. Insya Allah. Thanks ST.

    ReplyDelete
    Replies
    1. L, semoga L terus tabah, sabar dan redha dengan ujian Nya... Allah x uji kalau kita x mampu hadapi. InshaAllah, ganjaran hebat menanti mu atas kesabaran dan keredhaan mu diuji... Take care...

      Delete
  7. thanks kak for reminding..ujian mematangkan hati dan iman. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak cuma share apa yg dok berlegar dlm kepala ni asma' :-) kalau bermanfaat, alhamdulillah...

      Delete
  8. Alhamdulillah, setiap ujian itu ada hikmahnya..Kena selalu ambil positif, tenang dan sabar..Tak salah nak nangis kalau itu dapat melegakan..tapi buang perasaan negatif jauh2..sama2 kita berdoa padaNya..insyaAllah..Thanks for sharing dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul FY, kena keep on positive... dan bersangka baik dengan Allah :-)

      Delete
  9. Anonymous10:53 am

    indah sungguh kata² ini..... semoga kita semua tabah dlm menghadapi segala ujian dariNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anonymous, dari Allah jua ilham untuk menulis ini... :-)

      Delete
  10. akak.. sgt syahdu..
    alhmdulillah sntiasa muhasabah diri dgn setiap ujian yg diberi. smga diri ini terus dihujani tahap kesabran dan ketabahan utk mghdapinya.aamiin

    ReplyDelete
  11. like like like.tq so much for inspiring us...semoga kite smua lebih tabah yerrrr.ameen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring :-) InshaAllah, smg kita terus tabah, sabar dan redha...Amin... :-)

      Delete
  12. ayat yang penuh makna..semoga tabah le menghadapi jika melalui ujian kan...

    ReplyDelete
  13. sharing is caring.. rase nak print out je kata2 di atas..hehehe... tq sweet :)

    ReplyDelete
  14. no prob sue... terlintas nak tulis bila tengok ramai kawan2 yg diuji akhir2 ni... smg kita semua terus tabah... amin...

    ReplyDelete
  15. like like like................ ;))

    ReplyDelete
  16. nak share this poem dalam my blog boleh? sangat2 related dengan diri ini..

    ReplyDelete
  17. B&C, boleh... apa salahnya... x de hak cipta pun... sekadar luahan yg tersimpan dalam hati & fikiran.... smg bermanfaat :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B