Skip to main content

Kembara Rohani - Part 5 : Makkah - Ziarah

Memang betui jangkaan i...bila dah masuk opis, x menang tangan nak buat keje. But tahap kesihatan masih tidak memuaskan.. batuk n selsema dah kurang, alhamdulillah...Cuma i cepat penat. Petang smlam, i dah nak terlelap masa tengah drive balik umah. Sampai umah, have to sleep sekejap coz x larat sgt angkat mata.... hhuhuuuhu.... bleh tak kalo i just pi klinik bgtau doctor, doc, bleh bagi saya MC? saya nak berehat kat umah...penat sgt rasanya... agak2 doc bagi tak?? Ari ni balik lambat sket coz tunggu boss abis meeting.

OK. Sementara ada peluang, meh kita sambung about my journey in Makkah. Masa kat Makkah the itenary memang dibuat selang-selang...i mean, selang sehari ada hari free for us to rest or do whatever we want to do. On the third day in Makkah, our first ziarah ialah to Jabal Tsur dimana terletaknya Gua Tsur, tempat Rasululluah dan sahabat kesayangan baginda Abu Bakr As-Siddiq berlindung dari kaum kafir Quraisy, ketika mereka dikejar dalam perjalan Hijrah ke Madinah. Ketika mereka menyorok di dalam gua ini, Allah melindungi mereka dengan sarang labah2 dan sarang burung merpati di pintu gua. Sepanjang mereka bersembunyi di situ, Asma, anak kepada Abu Bakr telah membawakan bekalan makanan naik sehingga ke pintu gua.

Gua Tsur terletak di puncak bukit. See how high the bukit is? And imagine, Asma was 7 months pregnant when she brought supplies for her father and Rasulullah ? Kuat sungguh kecintaannya pada agama dan sayangnya dia pada bapanya dan Rasulullah....

Selain dari Jabal Tsur, kami pi melawat gak Jabal Rahmah. Ha... tempat ni sure sumer org tau...tempat yg dikatakan pertemuan semula Nabi Adam dan isterinya Hawa setelah mereka diturunkan ke bumi. Di sini, sgt ramai org. Siap ada penjual2 cenderahati di atas bukit. Masa ni, MIL x naik pun. Just me and hubby. Actually memang ada tangga yang dah siap utk dinaiki. Tapi sbb ramai sgt org, we didn't straightly ikut tanga2 tu... dah jadi macam mount climbing lak kitorang ni... but it was fun :-) Sampai kat puncak, i n hubby berdoa sama2... doakan smg jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga, juga doakan smg rakan2 yg belum bertemu jodoh ditemukan dgn jodoh yg baik. Amin....(tips: ustaz pesan, kalo doa sesama dgn somi, jgn aminkan saja...pastikan kita dengar apa yg somi kita doa... mana tau dia doa mintak tambah cawangan... kikikikiki....). Kat atas bukit ni, ada banyak org dok tulis2 hajat atas batu. Jgn buat cam ni ya... kita minta pada Allah, bukan kat tempat/bukit. Siap ada satu tu tulis "saya mau kawin dua"....

Jabal Rahmah...gigih i n hubby panjat sampai ke puncak :-)

Another Jabal/ bukit yg kami pegi is Jabal Nur, where the famous Gua Hira' situated. I didn't know that rupanya gua Hira' ni terletak di bukit yang tinggi... i tak ambik gambar...but these are from google;

org mendaki Jabal Nur...Tinggi...ustaz kata dalam 2 jam kot nak naik

Jabal Nur, di puncaknya Gua Hira'.


Kitorang just tgk dari dalam bas je... memang nampak la org2 yg mendaki macam semut putih dari jauh... sanggup dorang nak naik nak tengok tempat Nabi mendapat wahyu yg pertama. I pon mmg teringin nk pi...tapi may be next time :-) Bas nak balik Makkah, nak kejar solat zuhur di Masjidil Haram...

Pada hari yg lain, kami pi melawat Muzium Makkah and Ladang unta....

Muzium Ka'bah. Cantik entrancenya :-)
 Kat dalam muzium ni di letak bermacam artifak berkaitan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ada kain2 kelambu ka'bah yg lama, ada tiang2 ka'bah yg lama, ada mashaf al-quran yg lama, ada mimbar masjid nabawi yg lama dan ada juga section khas utk menceritakan tentang telaga zam zam. Antara yg famous, tempat org selalu amik gambar ye lah pagar telaga zam zam.


Dia cerita kedalaman telaga zam zam. I was a bit lost in translation sbb cerita dia in arabic. hehehehhe... (banyak lupa dah arabic nih! Nyesal x blajaq pandai2 dulu...)
 Kat Makkah and Madinah memang i banyak minum air zam zam...sedap and sejuk :-) (tips: air zam zam ni adalah air yg terbaik di dunia. Bila kita minum, niatkan utk ubat penyakit... masa kat madinah, kulit i pedih sbb cuaca kering. I sapukan dgn air zam zam, elok...x sakit dah lepas tu. Jgn lupa bawa botol kecik, so that u boleh buat bekal air zam zam ke hotel penginapan).

Lepas habis pusing n melawat muzium makkah, kami gi Ladang unta pulak...

Unta2 di ladang unta... 
Unta2 ni according to ustaz yg bawak kami kepunyaan arab badwi. Dorang ni memang idup nomad. Duk dalam khemah je. Masa pegi tu mmg ramai jugak la jemaah yg singgah melawat unta ni... ambik2 gambar (termasuk la i). Tapi i x berani sgt nak pegang2... pegang sikit2 jek... lagipun kandang dia penuh dgn 'bahan buangan' unta tu... i tanak kotorkan baju/kasut coz lps tu nk pi bermiqat di hudaibiyah pulak untuk buat umrah. Kat sini ada jual susu unta...dorang kata sedap. I teringin, tapi tak lalu...coz melihat tahap kebersihan yg agak meragukan... huhuhuu... (dorang jual susu unta sebelah nya botol air kencing unta...may be la dorang dah bersihkan botol2 tu...but i x lalu...). Air kencing unta tu ada gak org beli ya... katanya untuk buat ubat... untuk minum...x tau la dah ada kajian saintifik yg diperakui ke tak...

Hmmm...rasanya ni je kot lawatan2 kami yg rasmi. Lawatan yg tak rasmi, ye lah lawatan ke kedai2 sekitar hotel kediaman. hehehehe... Masa duduk kat al-massa, i addicted to air mangga yg sgt juicy (oh sedapnya terasa sampai ri ni! - (tipu!) heheheh) and also aiskrim. sedap gila aiskrim dia... i don't care that i selsema n batuk... mengenangkan bila lagi nk makan, i belasah jek! heheheheh... And another food yg i suka and beli bawak balik is halawa. I beli jenama Tema. Dia ada yg halawa tu sahaja, and ada juga yg campur kacang.

Ni campur kacang

ni original
Halawa ni dibuat dari bijan and rasanya sgt manis! So bila makan tu kena ingat2...tinggi gula and carb la kot ni kan? hehehhe... OK. Nanti i sambung part last.... Lambaian selamat tinggal kepada Ka'bah dan cerita perjalanan pulang... (nothing yg out of ordinary, tapi nk citer gak. hehehehehe....tunggguuuuuu......





Comments

  1. I try nak naik pergi Gua Hira' tapi fail tengah jalan..haha..tinggi gila..hehe..separuh jalan rasa pening..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe...ye ke Farah? Smalam pun tgk documentary pasal air zam zam, ada nampak gambar gua hira'. memang fit sungguh kan Rasulullah kita... daki bukit yg sgt tinggi tu...

      Delete
  2. aarrr tak boleh tahan sengih part orang tulis nak kahwin dua atas batu tu....hamboih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. B&C, dia siap tulih nama lagi tu...tapi i x ingat nama dia... i gantikan dgn 'saya'. huhuhuhu...

      Delete
  3. Ya Allah rindunya... Semoga ada rezeki i nak ke sana tahun ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah MZ, moga murah rezeki u nak ke sana.... Amin...

      Delete
  4. Jabal Nur tu mcm curam je..camne org lain mendaki tu, sue nampak gaya mmg x lepas la.. errm.. ape agaknya rasa susu unta ye..susu tu perap lama2 boleh jadi keju..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang curam sue...i pun takut tengok... hahahha.... i teringat iklan tu...some of my fren yg try kata sedap susu unta tu...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Terukn...

Mood Tak Sabar

Been reading other's people experience about it... and everytime membaca catatan mereka, semakin rasa sebak dan teruja. Ya Allah... begitu melonjak-lonjak perasaan ku ini... terasa lambatnya masa berlalu... . Counting days.... Anyway... semalam jumpa doc cantik. Ramai sungguh patient doc. I was the 16th. Dekat pkol 1.30 pm baru masuk jumpa doc (well...sampai pon lambat kan...memang la no 16 jawabnya... hehehehe). Masuk2 jumpa doc, doc pun kata, lamanya tak jumpa. Heheheh...berehat doc... so check up macam biasa and get her advice. Doc prescribed ubat, then balik umah lps amik ubat. Need to remind myself - ini hanya usaha. Allah jua yg tentukan segalanya. Semoga Allah permudahkan semua urusanku yang satu ini.... Amin...