Skip to main content

Kembara Rohani - Part 3 : Madinah and journey to Makkah

OK dear readers...kita sambung lagi... But before that, let me declare here...i have a serious case of jetlag. hahahhaha....ni i x bleh tido langsung malam tadi. Badan plak rasa mcm nk demam balik...selsema n batuk x berkurang...so decided today nk gi clinic and minta doc bg MC. huhuhuhu....

OK. Ni nak sambung dengan pengalaman i masuk Raudhah. Memang kalo pi masjid Nabawi, x lengkap rasanya kunjungan kalo x dapat masuk ke Raudhah. Raudhah ni terletak diantara rumah Rasulullah dengan mimbarnya. Kecik je kawasan ni. Kawasan ni ditanda dgn carpet hijau. (carpet kawasan lain di masjid ni merah). U all bleh google about Raudhah ni, banyak reference and image about it. Kat sini adalah disebutkan Nabi sebagai salah satu dari taman2 syurga, yang mana doa InshaAllah mustajab. So memang berpusu-pusu la umat manusia nak solat dan berdoa di sini.
tengah tunggu turn nak masuk raudhah waktu lepas solat zuhur

Untuk jemaah wanita, waktu yg dikhaskan ialah selepas naik matahari (waktu dhuha), selepas zuhur dan selepas isya'. I merasa pi lepas waktu zuhur and lepas Isya. Personally, i rasa lepas Isya' is better sebab masa yang panjang. Boleh balik hotel dulu rehat2, and bak kata ustazah yg mengiringi kami tu, pkol 11 baru datang. Pintu masuk ke Raudhah ditutup pukul 12 malam. Dan Raudhah dibuka sehingga pukul 1 pagi (ok, yg ni kalo salah tolong betuikan ya...i ingat2 lupa... it's either this or u all cepatkan sejam... heheheheh... sorry...).

Anyway, kunci nak masuk Raudhah ialah sabar.... selalunya jemaah akan dikumpulkan mengikut kawasan mereka datang. Petugas2 masjid yang wanita ni, akan memegang sepanduk. Yang i nampak, sepanduk bertulis Melayu, Urdu. But they also have those yg Arab. Kenapa dibahagikan ikut jemaah? sebab org Arab ni besar2 dan kasar2. Culture x sama macam those yg cakap bahasa melayu. Kita ni kecik2 dan lemah lembut. Especially those yg dari Iran... memang sgt taksub bila masuk Raudhah ni. Memang takut  kalau tengok diorang ni.

Seriously, masa menunggu turn nak masuk tu, ada jemaah indonesia yg dah masuk sekali dgn org2 iran. I dengar diorang menjerit "Sakit!!! Sakit!!! Sakit!!!" Sapa x takut??? They doesn't care u solat ke hapa ka... dorang tolak je...janji dorang lepas utk solat n doa. But jgn terbantut plak niat nk masuk Raudhah ni... yg penting kena banyak sabar...kena banyak doa...moga Allah permudahkan. Kalau dapat buat solat hajat, mohon Allah mudahkan untuk masuk Raudhah. Jgn bertolak-tolakan... tanak nanti dari nak dapat berkat dan pahala, kita dapat dosa pulak sebab menyakiti org lain.  (tips; nak masuk Raudhah memang di pintu no 25. U all berkumpul la kat sini...perhatikan signboard yg tulis melayu. Ni khas utk jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore. Then u all ikut je signboard tu....if pembawa signboard tu bangun, u all bangun. If dia duduk, u all duduk. InshaAllah, sampai juga turn u all nanti utk masuk Raudhah. Oh ya...mostly petugas2 masjid ni boleh berbahasa melayu yg simple. Ayat famous "Hajjah...jalan...jalan...." hehehhe...dia suh u gerak dari tempat u berdiri sebab u halang laluan....)

Untuk my first experience masuk Raudhah, i rasa Allah sgt memudahkannya untuk i... walaupun tunggu lebih sejam, tapi x terasa sebab ustazah yang mengiringi kami buat pengisian mengenai masjid Nabawi dan Raudhah. Seronok dengar ustazah tu bercerita. (Tips: According to ustazah tu, kalau dapat masuk Raudhah, try masuk kat kawasan paling hadapan. InshaAllah, nak solat pun mudah, sebab x de org boleh masuk depan kita. And then, masa sujud terakhir tu, kita doalah banyak2. Jgn doa lps bagi salam. Sebab kalo petugas masjid nampak, memang dia suruh kita bangun dan bagi peluang pada org lain.).

Bila dah sampai kat kawasan carpet hijau, terus ustazah suruh berdoa banyak2...Doa segala hajat kita pada Allah... Otak i terus blank ya... yg i ingat nak doa semoga Allah selamatkan i, suami dan family dunia dan akhirat. Sambil2 tu, ustazah lead kami menuju ke saf yang paling depan. Alhamdulillah.... sampai kat saf depan, i bagi my MIL solat dulu. Bila ada kosong, i pun masuk. Masa tu...x tau nak cakap macam mana seronok dan bahagianya dapat solat sunat di Raudhah. And masa sujud terakhir i panjatkan segala doa dan hajat mohon Allah perkenankan. Lepas bagi salam. I bangun, nak bagi kawan2 lain peluang solat di situ. Bila tanya dorang, semua kata dah solat. Since ada spot kosong, and x de org nak masuk, i terus sambung solat hajat pula. Subhanallah.... Alhamdulillah.... Allah sangat sayangkan i dan beri peluang 2 kali untuk i solat dan berdoa di Raudhah. I can't describe the feeling la... semoga sahabat2 yg baca blog i ni mendapat peluang ke sana nanti untuk merasai apa yg i rasai...

The second time i try masuk Raudhah, waktu lepas zuhur next day nya. But this time around, pegi sendiri, x de ustazah bawakan... sgt ramai org dan quite impossible to perform solat. dada bertemu dada sesaknya tu. Nak gerak pun x boleh. Memang pack! Since i pegi sorang, x de kawan nak tolong jaga kalau i nak solat...maka bleh terdedah dgn risiko kepala dipijak dan sebagainya. (Tips: better masuk Raudhah dengan kawan2...so that dia boleh tolong jaga kita masa kita solat). Instead, i berdoa je banyak2 dlm kawasan Raudhah tu... i akur, Allah mungkin mahu i beri peluang pada org lain pula utk solat dan berdoa di sana :-)

Lepas Asar petang tu, hubby i ajak gi sopping. Heheheheh.... dekat je kedai2 ngan hotel kami. even depan masjid pun melambak2 org berjualan. U all don't worry... pak arab tu fasih berbahasa melayu. U cakap melayu je dgn dia. (Tips: kalau boleh pastikan ada org lelaki menemani u all shopping untuk keselamatan. Kalau u berminat nak beli, baru tawar menawar. Coz Pak Arab ni bila kita dah tawar menawar tapi x ambik, dia mcm hangin sket... huhuhuhu). Honestly, i prefer shopping di Madinah. Sebab bila sampai Makkah, x yah pikir dah pasal nk beli apa2. Boleh focus utk ibadah je di masjidil haram.

The next day, pagi... tibalah waktu untuk ke Makkah. Kami bermiqat di bir Ali. Niat Ihram dan teruskan perjalanan selama  lebih kurang 6 jam ke Makkah. Along the way, singgah lunch kat R&R dia... Tak ingat nama kedai makan ni. Kedai makan ni, siap ada separate entrance for men and ladies with family (tips: some of the kedai makan memang buat kaunter belian atau entrance khas untuk ladies. So be aware ye...jgn u beratur kat line org lelaki pulop... unless u r accompanied by ur mahram and dia yg membeli. Kalau dapat familiarkan urself dengan istilah lelaki dan wanita dalam bahasa arab. Senang u all nak recognise nanti).

Ruang makan untuk wanita dan family ni dia buat bilik2 yang boleh muat dalam 10 org. Tak yah susah2 cari i yg mana... i was the photographer.... hehhehhehe ;-P

Menu lunch kami...Nasi Mandy Ayam... Seriously, org arab ni makan jenis tak berkuah. Tapi sebab sedap, i OK je membedal... I belasah setengah ekor ayam and sepinggan nasik mandy tu. Dah org lain tanak abiskan...i tolong kasik abis... eheheheh...
Lepas makan, kami teruskan perjalanan ke Makkah. Sambil2 bertalbiah... Hati rasa berdebar...nak pegi tunaikan umrah...nak masuk masjidil haram.... Subhanallah... Masa tu mengharap sgt Allah permudahkan... Kadang mengalir air mata bila mendalami maksud talbiah... Aku ni pergi menyahut seruan Allah... seruan yg Allah perintahkan kepada Nabi Ibrahim untuk mengkhabarkan pada umat manusia supaya mengerjakan haji/umrah... (refer Surah Al Hajj: 27). Semoga Allah terima amalanku ini...Amin....

Alhamdulillah...perjalan ke Makkah tak terasa lama. And smooth journey. Dan bila kami dah sampai di hotel di makkah, barulah ujian sebenar bermula....

To be continued ;-)

Comments

  1. Alhamdulillah..baca part raudhah tu buat i sayu dan rindu nak ke sana lagi..I berpeluang masuk raudhah sekali je (lepas subuh hari nak bertolak ke Mekah) sebab baru bersih dari haid..Syukur sgt walaupun nak dapatkan saf depan tu habis tertarik2 tudung..Mmg ganas dan kasar mak arab ni..Sabar mmg kena letak tinggi2..

    By the way, get well soon dear..I pun balik umrah batuk teruk..Ambil masa 2 bulan utk sembuh..Beli madu tak kat sana? Makan madu dan habatussauda..insyaAllah beransur reda sikit2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the tips farah. Ni baru balik jumpa doc. doc pesan minum air banyak2... hehehhe... mmg kt sana x minum air sgt pun... coz tanak pi toilet kerap sgt...huhuhuhu....

      Delete
  2. seronoknya baca story di raudhah..saya dpt sekali je solat diraudhah tu pun last day sblm berangkat ke mekah. Sbb masa smpi madinah sy period. Insya Allah next time Allah beri lagi peluang itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...InshaAllah, smg ada lagi peluang kita kan :-)

      Delete
  3. Alhamdulillah, selamat dah ST tunaikan ibadah umrah. Semoga rezeki kami pula lepas ni pergi ke sana. Esok, sy akan buat ujian darah beta hcg doakan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, saya dah doakan, semoga Allah makbulkan hajat kawan2 yg nk gi umrah dan ziarah...dan smg Allah makbulkan doa kawan2 TTC utk menimang cahaya mata... Good luck for tomorrow... :-)

      Delete
  4. sweet..
    u amik pakej ape ye?
    boleh bg detail?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi i ur email...nanti i email u ye :-)

      Delete
  5. i remember being there when i was 15 (read: when dinosaurs roam the earth and u had to climb trees to get wifi connection). i didn't know it was the raudah and i thought we were just sitting there to go to raudah. so i sat there and practiced reciting the doa2 i wanted to read when i get there. dah bangun nak balik baru la tau oh i was in raudhah all this time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe... x pe...Allah Knows ur wishes :-)

      Delete
  6. berapa hari tak jenguk blog sweet dah entry part 3.. heee..rase seronok baca, at da same time berdebar gak.. hee..tak dpt imagine bila citer keadaan sesak sgt.. and sue imagine setiap citer sweet.. bila agaknya turn sue ke sana... :)

    ReplyDelete
  7. sue, sesaknya tu, memang dad bertemu dada, and punggung bertemu punggung bila berdiri. nak keluar dari kesesakan tu, kena minta org tolong tarik/tolak coz x leh gerak langsung. Imagine bilik kita, dimasukkan orang seramai yang buleh. Selagi ada ruang masuk...sampai la x de sapa bleh gerak dek kepadatan org dlm bilik tu.

    inshaAllah, ada rezeki sue nanti nk ke sana :-)

    ReplyDelete
  8. Ya Allah seronoknya baca n3 .
    doakan rezeki saya dan keluarga ke sana pulak ye
    tima kasih berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, smg QR dan keluarga dimurahkan rezeki ke sana... Amin... I'm happy to share with all...smg kalau ada kesilapan i lakukan dapat la dijadikan pengajaran dan sempadan :-)

      Delete
  9. i miss raudhah so much..true yg Allah akan bg peluang utk kita beribadat if Allah permit it..kat sana pergantungan pdNya sgt kuat dan sgt amazing smpai kita xtakut ngn makhluk dah mcm kita takut kat malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul asma'...memang banyak doa dan menggantungkan harapan kat Allah atas semua perkara. Smg i istiqamah dgn amalan ni....

      Delete
  10. sayunya baca entry ni. mengalir air mata I. Indah sungguh perasaan yang u gambarkan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie, kata2 i hanya dapat describe x sampai separuhpun rasa tu... i doakan u dapat merasainya sendiri nanti...Amin...

      Delete
  11. Ya Allah sonoknyaa kak. Mudahan dapat rezeki kami ke sana juga. InsyaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Sash.... sooon InshaAllah :-)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Terukn...

Mood Tak Sabar

Been reading other's people experience about it... and everytime membaca catatan mereka, semakin rasa sebak dan teruja. Ya Allah... begitu melonjak-lonjak perasaan ku ini... terasa lambatnya masa berlalu... . Counting days.... Anyway... semalam jumpa doc cantik. Ramai sungguh patient doc. I was the 16th. Dekat pkol 1.30 pm baru masuk jumpa doc (well...sampai pon lambat kan...memang la no 16 jawabnya... hehehehe). Masuk2 jumpa doc, doc pun kata, lamanya tak jumpa. Heheheh...berehat doc... so check up macam biasa and get her advice. Doc prescribed ubat, then balik umah lps amik ubat. Need to remind myself - ini hanya usaha. Allah jua yg tentukan segalanya. Semoga Allah permudahkan semua urusanku yang satu ini.... Amin...