Buat insan yang diuji,
Apa jua ujian yg menimpa mu,
Sesungguhnya...
Itu adalah tanda engkau manusia yang terpilih,
Berbahagialah....
Jika kau mahu menangis kerana kecewa,
Biarkan air mata itu luruh untuk mengubat luka...
Air mata itu hadiah dari Allah buat mu...
Semoga terlerai kekusutan perasaan mu.
Namun...
Jangan biar air mata itu membanjiri hatimu,
Dengan rasa kemarahan atas apa yang berlaku,
Jangan biar air mata itu membajai hatimu,
Dengan rasa putus asa dengan Rahmat Tuhan mu,
Lebih baik air mata itu ditangisi,
Dengan diiringi doa dan pengharapan kepada Ilahi,
Usai tahajjud di sepertiga malam,
Kerana itulah sumber kekuatan,
Ketika kita ditimpa ujian...
Buat insan yang diuji,
Janganlah kau harapkan kepada manusia,
Untuk merubah isi hati mereka,
Pasti kau akan kecewa dan merana,
Sebaliknya...
Sampaikan pengharapan mu kepada Pemilik hati-hati manusia,
Dialah Allah yang Maha Esa,
Yang Memegang hati-hati insan,
Yang Membolak Balikkan hati-hati mereka,
Dengan Kekuasaan Nya...
Buat insan yang diuji,
Janganlah kau kecewa sekiranya keinginanmu tidak dipenuhi,
Kerana sesungguhnya,
Pengetahuan mu sangat terbatas,
Dan Tuhan mu tidak mungkin akan menzalimi mu,
Malahan kerana Rahmat dan Rahim Nya lah,
Ketentuan yang diberikan itu adalah yang terbaik buatmu.
Buat insan yang diuji,
carilah hikmah dalam musibah,
Tanamkanlah sabar dan redha,
nescaya buah-buah ketenangan akan berputik,
Bilamana hati mu percaya,
Allah sentiasa bersama...
Buat insan yang diuji,
Berbahagialah,
Kerana Allah sedang mengampunkan dosamu,
Berbahagialah,
Kerana Allah sedang menaikkan darjatmu,
Berbahagialah!
Kerana Allah memilihmu untuk diuji.
:-)
ReplyDeleteAlhamdulillah..Allah uji,tanda Allah sayang..
Betul tu me... kena sentiasa bersangka baik dengan Allah :-)
Deletethanks ST for the inspiring words....sesungguhnya kita adalah insan yang terpilih. insyaAllah ada pelangi yang menanti disebalik ujianNya. ;)
ReplyDeleteKeep on positive thought erin :-)
Deleteterima kasih di atas kata-kata yg cukup indah ini.
ReplyDeleteperingatan untuk hamba Nya.
miss u la kak!
huda... lama x dengar cerita... take care dik :-)
DeleteUjian itu kalo kita mengertikan adalah sentuhan kasih syg dr Allah swt :,)
ReplyDeleteBerat mata memandang, berat lg bahu yg memikul...
Sbb tu tak terkomen pd blog2 itu buat mase ni sbb sgt sebak
Betul ma lily, mereka yg menanggung lebih tahu beratnya. Smg yg diuji tahu, ujian ini adalah cara Allah tunjukkan kasih sayang Nya... tanda Dia ingat kita, and mahu kita terus mendekatkan diri pada Nya...
Deletesyukur Nina, kita adalah insan2 terpilih.
ReplyDelete:D
Betul Ai....syukur Allah ingatkan kita supaya terus mendekatkan diri pada Nya melalui ujian2 ni :-)
Deletesweet tooth ..trima kasih atas perkongsian..terasa kecik sgt diri di sisi Dia.. sentiasa bersyukur dan bersabar. Insya Allah. Thanks ST.
ReplyDeleteL, semoga L terus tabah, sabar dan redha dengan ujian Nya... Allah x uji kalau kita x mampu hadapi. InshaAllah, ganjaran hebat menanti mu atas kesabaran dan keredhaan mu diuji... Take care...
Deletethanks kak for reminding..ujian mematangkan hati dan iman. :)
ReplyDeleteakak cuma share apa yg dok berlegar dlm kepala ni asma' :-) kalau bermanfaat, alhamdulillah...
DeleteAlhamdulillah, setiap ujian itu ada hikmahnya..Kena selalu ambil positif, tenang dan sabar..Tak salah nak nangis kalau itu dapat melegakan..tapi buang perasaan negatif jauh2..sama2 kita berdoa padaNya..insyaAllah..Thanks for sharing dear
ReplyDeleteBetul FY, kena keep on positive... dan bersangka baik dengan Allah :-)
Deleteindah sungguh kata² ini..... semoga kita semua tabah dlm menghadapi segala ujian dariNya
ReplyDeleteTerima kasih anonymous, dari Allah jua ilham untuk menulis ini... :-)
Deleteakak.. sgt syahdu..
ReplyDeletealhmdulillah sntiasa muhasabah diri dgn setiap ujian yg diberi. smga diri ini terus dihujani tahap kesabran dan ketabahan utk mghdapinya.aamiin
Amin.... :-)
Deletelike like like.tq so much for inspiring us...semoga kite smua lebih tabah yerrrr.ameen :)
ReplyDeleteSharing is caring :-) InshaAllah, smg kita terus tabah, sabar dan redha...Amin... :-)
Deleteayat yang penuh makna..semoga tabah le menghadapi jika melalui ujian kan...
ReplyDeleteMia, InshaAllah, kita tabah :-)
Deletesharing is caring.. rase nak print out je kata2 di atas..hehehe... tq sweet :)
ReplyDeleteno prob sue... terlintas nak tulis bila tengok ramai kawan2 yg diuji akhir2 ni... smg kita semua terus tabah... amin...
ReplyDeletelike like like................ ;))
ReplyDeleteTQ TQ TQ :-)
Deletenak share this poem dalam my blog boleh? sangat2 related dengan diri ini..
ReplyDeleteB&C, boleh... apa salahnya... x de hak cipta pun... sekadar luahan yg tersimpan dalam hati & fikiran.... smg bermanfaat :-)
ReplyDelete