Skip to main content

Iman

Kalau i tanya... Adakah anda percaya pada Allah? Apa jawapan anda?

I pasti... ramai yang akan berkata "Ya....saya percaya pada Allah". TAPI...... adakah kita percaya dengan sebenar-benar percaya?

I ingin memetik maksud surah al-Ankabut, ayat 2-3:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

Menurut Sayyid Qutb, iman itu bukan sekadar menyatakan yang kita beriman, malahan lebih dari itu. Ia adalah satu kesanggupan untuk membuktikan dengan apa cara sekali pun yang kita beriman pada Nya. Mungkin melalui perbuatan, mungkin melalui kesabaran, mungkin melalui pengorbanan. Manusia akan diuji untuk melihat adakah mereka benar-benar beriman.

Kita kata kita beriman,
tapi bila diuji dengan kurangnya harta, mengapa kita mengeluh?
Kita kata kita beriman pada Allah,
Tapi bila diuji dengan ketiadaan/kehilangan zuriat, mengapa kita rasa Allah tidak adil?
Kita kata kita beriman pada Allah,
tapi mengapa kita keluh kesah dan marah dengan ujian yang diberikan itu?
Kita kata kita percaya pada Allah,
tapi mengapa kita tidak percaya yang Allah akan sentiasa bersama dengan org yang sabar dan memakbulkan permintaan kita?
Benarkah kita sudah beriman dengan sebenar-benar iman?

"Perumpamaan orang yang beriman, apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja"

Itulah hakikat ujian. Ujian di timpakan untuk membersihkan hati kita, mendekatkan diri kita pada Allah, mempercayai bahawa Allah tidak akan menzalimi kita, percaya ada kebaikan disebalik kesulitan yang dihadapi. Allah mahu kita kembali kepada fitrah, kembali kepadaNya, dengan cara merintih dan memohon kekuatan dan kebaikan dari ujian yang ditimpakan. Orang yang berjaya mengharungi ujian, akan keluar dari rasa sedih, marah dan gundah gulana, kepada perasaan tenang, syukur dan redha dengan ujianNya. Besarlah ganjaran Allah buat mereka.

Tapi berapa ramai antara kita yang kembali kepadaNya? Berapa ramai yang berdoa kepadaNya? Berapa ramai antara kita yang apabila diuji, dia terima dengan rasa penuh kehambaan dan menyedari bawaha dia adalah insan terpilih, yang Allah beri peluang untuk menambahkan rasa kebergantungan hanya pada Nya? Kerana kita selalu lupa bahawa, Allah yang memberikan ujian itu, Dia juga akan menyediakan jalan keluar.

Berapa ramaikah antara kita yang berjaya dalam ujian Allah ini?

"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya akan diberikannya jalan keluar (dari kesusahannya) dan diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakkal (berserah sepenuhnya) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu" (At-Talaq:2-3)


Percayakah kita pada Allah? Yakinkah kita pada Allah? Berimankah kita pada Allah?

Tepuk dada, tanya iman...

Hasbunallahu wa ni'mal wakil.... Cukuplah Allah sebagai penolong kami...  Semoga kami keluar dari ujian ini sebagai orang yang berjaya dan bertambahnya iman di hati kami...amin...
 

Comments

  1. thanks nina for the reminder :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian entry yang menarik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali kerana sudi membacanya, smg bermanfaat :-)

      Delete
  3. yup, cakap senang, bila kita didatangi juian, mula mengeluh kan.. btw thanks 4 sharing..

    ReplyDelete
  4. Biasa la sue...sama je mcm bila kita ambik ujian/exam. Bukak kertas soalan, kalo x ready memang gelabah, terus x ingat apa2 dah...fokus dibazirkn pada kesusahan ujian. Kalo kita dah siapkn diri dgn ilmu, sure ok je...tenang.... :-)

    ReplyDelete
  5. artikel ni mengingatkan pada kata-kata ustaz Pahrol Juoi..ada perbezaan di antara manusia yang tahu dan manusia yang sedar...manusia yang tahu belum tentu dia sedar tetapi manusia yang sedar, insyaAllah dia tahu...seperti juga percaya dan yakin..belum tentu orang yang percaya itu dia yakin, tapi orang yang yakin sudah pasti dia percaya..semua org percaya Allah itu Wujud, namun benar yakinkah mereka?...keyakinan itulah iman di dada..hasbunallah wani'mal wakil..wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian umie :-)

      Delete
  6. setuju, kak. kalau kita yakin, kita redha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Mood Tak Sabar

Been reading other's people experience about it... and everytime membaca catatan mereka, semakin rasa sebak dan teruja. Ya Allah... begitu melonjak-lonjak perasaan ku ini... terasa lambatnya masa berlalu... . Counting days.... Anyway... semalam jumpa doc cantik. Ramai sungguh patient doc. I was the 16th. Dekat pkol 1.30 pm baru masuk jumpa doc (well...sampai pon lambat kan...memang la no 16 jawabnya... hehehehe). Masuk2 jumpa doc, doc pun kata, lamanya tak jumpa. Heheheh...berehat doc... so check up macam biasa and get her advice. Doc prescribed ubat, then balik umah lps amik ubat. Need to remind myself - ini hanya usaha. Allah jua yg tentukan segalanya. Semoga Allah permudahkan semua urusanku yang satu ini.... Amin...

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B