Nuffnang Ads

Wednesday, August 15, 2012

Eid Mubarak

Ramadhan tinggal 3 hari sahaja... cepat betul masa berlalu. Kejap jer dah nak raya. Mengimbau kembali Ramadhan ini, harapnya Allah menerima puasa kita semua. Saya juga berharap, ramadhan ni lebih baik dari yang dulu dan semoga Allah mempertemukan kita dengan Ramadhan yang akan datang.

Bulan Ramadhan ni jugak, saya pecah rekod... everyday saya bangun dan sediakn sahur. Hehehhe... Kalau Ramadhan yang lepas2, minggu pertama jer saya bangun dan sediakan nasik+lauk. Lepas tu, bila saya pun dah x makan, hubby pun kata x yah la masak nasik...saya cuma buat sambal ikan bilis and hubby makan roti. Saya bangun sahur dengan minum air + kurma jer... Tapi tahun ni, memandangkan adik ipar saya duk ngan saya, makanya tiap2 hari la saya bangun... bagus jugak sebenarnya... dapat gak saya menambahkan pahala semasa waktu sahur tu.

Tahun ni kompem raya belah MIL. Walaupun sepatutnya turn tahun ni belah saya, mengenangkan hubby yang kena keje masa raya tahun lepas, saya x kisah beralah. Bila dah besar2 gini, x de la rasa macam wajib raya ikut turn... (owh...tuakah saya??? hahahhaha). Bagi saya raya mana2 pun boleh... dua2 keluarga saya. Dua2 saya sayang. Yang penting quality time spent bila berada bersama keluarga.

Blogwalking tadik, nampaknya ramai yang sudah bercuti dan berpacking2 nak balik kampung...jelesnya!!!! Saya masih bekerja sampai jumaat ini. Nak beri peluang pada anak buah saya bercuti awal (sebab dia kena cover opis lps raya nih...hehehehe...bagik ada niat tu!). Tak pe la... untung2 hari jumaat tu boss kasik half day! mana tau kan? Ngeeee....

Ok la... di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada semua yang sudi mengunjungi blog yang x seberapa ini. Semoga ada manfaatnya penulisan saya ni...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Semoga Allah melimpahkan Rahmat dan maghfirahnya di hari mulia ini...
Maaf Zahir Batin



9 comments:

  1. selamat hari raya :)
    semoga selamat dan diberkati di Syawal ini

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya kak =) semoga selamat perjalanan pergi n balik ye

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya.... ! =)

    ReplyDelete
  4. slamat hari raya adah, eida :-)

    ReplyDelete
  5. Nak ucap byk kali selamat hari raya jugak! Sebab mood sangat lah eksaited mengalahkan bebudak. Ha ha ha. U kampung kat mana? Klu ke penang, jemputlah singgah :)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya 2u2 sash :-) i balik PD this year. Lama dh x jejak kaki ke penang... Hehehe...Hope u have a blast hari raya dear :-)

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya nana :-)

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri pd awak n famili :-)

    ReplyDelete