Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Bahagia Pada Memberi

Tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima, Menolong orang, jangan harap balasannya, Biar dengan ikhlas, jangan lah separuh hati, Tiap yang berbakti, Tuhan Maha Mengetahui... Siapa tahu lagu ni? Cer teka...cer teka tajuk lagu & sapa penyanyi... Hehehehe... Actually i x ingat tajuk lagu ni, tapi penyanyinya ye lah Ruhil. This is one of the song yang masih melekat dalam kepala i. Maklum la... zaman kanak2, kita mudah menghafal... memang lekat lirik lagu ni sampai la sekarang... Anyway, bukan pasal penyanyi or lagu ni yang nak disembangkan... Bila diteliti lirik lagu ni, memang banyak pengajarannya... Benar... Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Dan apabila pemberian itu ikhlas dan tidak mengharapkan balasan kebaikannya, Allah akan mengurniakan ganjaran pahala kepada si pemberi itu. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah (s.a.w) bersabda yang bermaksud: "Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik daripada tangan yang dibaw...

Amalan Sunnah menyejukkan rumahtangga

Pagi tadi dengar ustazah Laila di slot motivasi pagi, berkenaan cara menyejukkn rumahtangga dengan amalan harian. Banyak sebenarnya sunnah Rasulullah yang mudah2, tapi kita tinggalkan... Doa ketika tidur, doa bangun tidur, doa masuk n keluar bilik air, doa memakai pakaian, doa melihat cermin, doa makan dan sebagainya... And today, surf around internet dpt article ni... sgt bermanfaat terutamanya untuk para ibu dan isteri... semoga dengan amalan ini, lahirlah keluarga yg solehah. Sumber dari fb sihat ikut sunnah . siapa yg ada fb, bleh la layarinya... Doa dan Zikir ketika Memasak Makanan yang dimasak dengan hati yang ikhlas, penuh adab dan terjaga kesuciannya adalah rahsia air tangan ibu solehah dan penambat kasih sayang keluarga. Mulakan dengan lafaz Bismillah setiap kali memasak. "Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus daripada rahmat Allah SAW" Lidah dan hati hendaklah sentiasa berzikir dan berselawat. Bukan s...

Terima Kasih :-)

Terima Kasih...Terima Kasih....Terima Kasih.... Kelmarin follower blog ni dah mencapai 100 orang. I memang dah niat sejak followers dah sampai 95 org, that if i get 100 followers i'll give a token to the 100th followers and a lucky draw for the 5 lucky followers. My 100th follower: Terima Kasih follow i :-) Tahniah pada Nisa Ridwan .... For lucky draw plak, gigih la i malam tadik copy nama semua followers i into an excel sheet and assigned number to u all. I use random.org to pick up number of the lucky winners. list of followers. x cukup 100 coz ada yg follow privately :-) For those yg follow i privately, minta maaf la... coz nama x dapat masuk dalam list lucky draw ni... Lucky numbers chosen by random.org So the winners of my 1st lucky draw are (drum roll) : Nieta Shairi Nana Aris sizuka Nadiah nhnimran Tahniah...tahniah.... :-) Selain dari tu, if u all perasan, i dah letak widget baru yg memaparkn my blog's top commentator...This comment ...

Shukran Ya Rabb....

Shukur Alhamdulillah.... Di saat ini i bersyukur kerana (not in any particular order): I dilahirkan sebagai muslim. I masih hidup menghirup udara segar di bumi Allah ini. I punya suami dan keluarga yang menyayangi i I punya kerjaya yang menjadi sumber pendapatan i I masih sihat untuk meneruskan hidup di bumi ini I dilahirkan cukup sifat I masih mampu makan dan minum dengan berselera I ada baju untuk dipakai I ada kereta nak pi keje I bahagia dengan hidup i.... Banyak lagi things/nikmat yg I sgt bersyukur pada Allah...tak terkira banyaknya...dari sekecil-kecil benda hingga la ke sebesar-besar perkara. Tapi kalo tulis semua, sampai bila2 pun x abis kot.... Kenapa tulis pasal ni? Sebab nak ingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersyukur ngan nikmat Allah bagi, tak kira kecik atau besar. Alhamdulillahi Rabbil Alamin.... Syukran Ya Rahman... p/s: Apa yg u all shukurkan di saat ini?

Decision

Setelah ditimbang tara, we have decided that we will postpond our 3rd IVF next year. Huhuhuhu... lambat kan? X apa la.... banyak faktor yg both of us considered until we reached such decision. Antaranya, sbb my eggs. Based on last ivf, my eggs was one of the factor contributing to the failure of last treatment. I did asked the embryologist n doc how can i improve my egg condition? They said, lifestle change. Amalkan gaya hidup sihat. And i know that egg cycle is 90 days...Pastu pose, raya, year end.... so next year is the best time. In the meantime, boleh la i meneruskan my 90 days challenge. Turunkan sikit demi sedikit berat bdn i ni, until i reach healthy BMI.  Yg atas ni, are all the injection that i took during my 2nd ivf. Actually ada lagi gonal syringe yg x masuk. Plus 2-3 syringe yg amik kt spital which were disposed by the nurse. Hopefully with the time that i have now, i boleh buat perubahan positive to my lifestyle n for my 3rd ivf, i won't need to have that ma...

Stress!!!

Argh.... masuk2 opis memang terus stress. Sepanjang ketiadaan i, opis didatangi Internal Audit Dept. Tahun ni, kena turn department i la pulak... I masuk dah penghujung audit. Tu pun I dah stress. Baru nih jumpa plak issue... staff i x check thoroughly on accrual yang dia post.... apa lagik... i la yang kena ni... jenuh la nak menjawab ngan my boss; why i let such thing happend. Adoiyai.....Stress!!!!!! Serious, rasa nak berenti keje jek! Next week closing meeting.... mari kita siapa yg kena.... huhuhuhu....

Apa perasaan?

Esok nak masuk opis balik, setelah berehat selama hampir sebulan di rumah. Serious, nak start fikir secara serious how to generate income from home. Duduk di rumah memang sgt seronok! So, apa perasaan nak masuk opis balik? Honestly, x de feeling keterujaan... x de la rasa dreaded.... i feel nothing. Harapnya dapat mencari semula semangat untuk terus berkhidmat selagi mampu... Esok hari isnin....kena kluor awal skek... takut jln jammed.... lama dah tak ngadap jammed.... rindu ke? Of course tak! till then :-) p/s: Niatkan kerja kerana Allah.... kerja adalah ibadah, ikhlaskan hati ketika bekerja... baru dikira ibadah.... peringatan untuk diri sendiri yang selalu lupa!

Retail therapy

I took Datin's advice and went to retail therapy today. What did i bought? Hahahha.... kemain banyak i beli tudung. Actually i went with my MIL. Mmg niat nk belanja dia belikan tudung. Maklum la... i kan crash out kt umah my MIL sepanjang i cuti ni. Dok berehat n MIL yg masak semua. So sbg tanda penghargaan, i bawak la my MIL pi shopping tudung. Seronok tgk dia happy :-). And bila dia shopping, takkn i nk tgk je kan? Haruslah i pun shopping skali. Honestly, i target nak beli 5 lai je... End up... ( u all kira la sendiri brapa lai kt gambo tu). Huhuhuhu.... ni mmg terapi sungguh. Mau terkeluor bijik mata hubby i nengok nih... (sorry abg... got carried away...tapi to justify: dah setahun lebih kot tak beli tudung kat kedai nih... hehehehe). I mmg jarang shopping2 baju ni. Beli baju pun bila nk raya or if ada occasion yg perlukn baju baru (like wedding family member etc). I suka lagi cilok baju my mum kalo tetiba rasa nk pakai baju yg lain sket (hahahah.... apo punya anak l...

Welkam...welkam...

Yes... you are in the correct page. Just changed rupa blog ni sebab macam boring...lama dah pakai background tu... hehehehe... Anyway, smalam jumpa doc. Discussed my option. Still thinking about it. But I don't think we can proceed with 3rd IVF soon. A lot of things to be considered. Mostly about work (boss nak release ke nk cuti lama2 ni?? Tu yang nak kena pikir banyak...). In the meantime, doc pun tak suruh start terus. She wants to study my case (apparently, I had break her success strike for IVF....hmmmm) and will see what is the adjustment that needed in my protocol. But she did hint if possible to do it before june (so that get cheaper price coz IVF discount at PHKL end in June). We'll see la after long thought and weighing pro and cons later. It's already wednesday. Tinggal few days nak bermalas-malasan di rumah, before am coming back to office next monday (sigh.....malasnye nk kije....). Till then.

Happy 8th Anniversary, Abang dear...

Perkahwinan, Penyatuan dua jiwa, melengkapi fitrah manusia, Tanggal 1 April 2005, Ijab dilafaz menghalalkan cinta, Disambut Qabul, tanda menerima tanggungjawab sepenuh rela, Bersama restu keluarga dan menggunung harapan, Melayari bahtera lautan kehidupan, Suami nakhoda isteri setia, Bersama berusaha mencari bahagia, Kadang lautan tenang, Kadang bergelombang, Namun badai mendatang tetap ditentang, Berpaksikan utuhnya kasih dan sayang, Biar beribu ujian mendatang, Nyata cinta dan kasih tidak kan hilang, Hingga berpisah jiwa dan badan, Semoga di syurga Allah temukan... Buat sang kekasih belaian jiwa, Kasih mu ku junjung tanda setia, Bertuahnya diri menjadi suri, Dilindungi diri dari mara bahaya, Didendangkan jiwa dengan lagu bahagia, Dipujuk duka dengan kasih membara, Diberi semangat untuk bangun semula, Kekurangan diri ini tidak pernah menjadi kudis, Sedikitpun cinta mu tidak pernah terhakis, Menerima seadanya, Mencintai sepenuhnya. Wahai suami kekasih hati...