Skip to main content

Cerita Ceriti - Part 3

OMG...I've been a bad blogger... Sorry u have to wait such a long time for me to continue with the story....

Ok dear readers....kita sambung lagi dengan cerita tentang Abu Lahab sefamily nih. Dalam entry sebelum ni, i ada tulis yang Anak-anak serta isteri Abu Lahab juga telah dilaknat Allah. Mengapa? Begini ceritanya....

Anak-Anak Abu Lahab

Do u know that 2 orang anak Abu Lahab merupakan bekas menantu Rasulullah? Atbah dan Utaibah merupakan suami kepada Ruqayyah dan Umi Kalsum. Keduanya tidak mempunyai anak sehinggalah Nabi diutus menjadi Rasul. Setelah turunnya surah ini, Abu Lahab menyuruh kedua anaknya menceraikan puteri-puteri Rasulullah. Maka mereka pun menghantar pulang Umi Kalsum & Ruqayyah ke rumah nabi. Setelah diceraikan mereka, Utaibah telah meludah wajah Rasulullah dan mengasari Baginda sehingga terkoyak bajunya. Kerana tindakannya itu, Rasul telah berdoa kepada Allah dengan doa yang kita sekarang kenali sebagai salah satu dari qunut Nazilah.Rasulullah telah berdoa supaya Allah menghantar anjing dan membinasakannya (Sallit a'laihim kalban min kilabik; kalban bermaksud anjing).

Doa nabi sangat makbul... pada suatu hari, Utaibah sedang dalam perjalanan berdagang di Syam dan telah berhenti untuk berehat kerana hari hampir malam. Tiba-tiba dia rasa sangat takut dan seram sejuk. Kawan-kawannya telah membuat unggun api di mana Utaibah tidur di situ dan mereka yang lain tidur mengelilingi Utaibah. Namun Kekuasaan Allah amat Besar. Esok paginya, apabila kawan2 Utaibah bangun, rupa-rupanya Utaibah telah mati dibunuh anjing sedangkan mereka yg lain tidak cedera walaupun sedikit.

Isteri Abu Lahab.

Ummu Jamil juga dilaknat Allah kerana dia turut sama menentang dakwah Rasulullah. Setelah turunnya surah ini, Ummu Jamil merasa sangat marah kerana padanya Rasulullah telah mencerca suaminya. Lalu dia mengutip batu2 untuk dilemparkan kepada Rasulullah dan pergi ke masjid mencarinya. Sesampainya di masjid terus dia bertanya kepada Abu Bakar:

"Hai Abu Bakar, di mana Muhammad?" Abu Bakar merasa pelik kerana Nabi ketika itu sedang duduk di sebelahnya. Tidakkah Ummu Jamil nampak? Abu Bakar menjawab "Untuk apa kamu mencarinya?" Lalu Ummu Jamil berkata "Aku akan melemparkan batu ini kepadanya kerana dia telah mencerca suamiku". Setelah itu, Ummu Jamil terus berlalu mencari Rasul di tempat lain.

Abu Bakar bertanya kepada Rasul, mengapa Ummu Jamil tidak nampak Rasul sedangkan Rasul duduk di sebelahnya. Rasul berkata "Ada hijab antara aku dan dia"

Ustaz mengulas bahawa antara org islam dan org bukan islam ada hijab yang melindungi dari kejahatan mereka. Ayat2 al-quran itu adalah pelindung. Tapi hari ni cuba kita tanya pada diri sendiri, berapa ayat al-quran yang kita baca sehari selain dari bacaan solat? Kerana kita kurang baca al-Quran, kerana itulah kita tidak terlindung dari kejahatan... So, mari lah kita baca ayat al-quran banyak2 ya.... selain dapat pahala, dapat melindungi diri kita semua.

Abu Lahab

Umum mengetahui Abu Lahab dah confirm disiksa dalam Neraka. Namun begitu menurut ustaz ada diriwayatkan dari seorang ulama yang beliau telah bermimpi bertemu Abu Lahab (can't remember his name...nanti dah ingat i update). Ulama itu telah bertanyakan kepada Abu Lahab "benarkah engkau disiksa di neraka sebagaimana janjiNya?" Maka dijawab Abu Lahab "Benar. Namun begitu Allah telah meringankan siksaNya pada hari Isnin dengan menerbitkan setitik air dicelah-celah jariku untuk aku hirup menghilangkan dahaga yg amat dahsyat. Ini kerana aku telah meraikan kelahiran Rasul pada hari lahirnya dengan membebaskan seorang hamba"

Abu Lahab, pada hari kelahiran Rasulullah telah membebaskan seorang hamba kerana dia rasa sangat gembira dengan kelahiran anak saudaranya itu. Ustaz mengulas bahawa, sebab itulah kita digalakkan untuk meraikan hari maulud nabi. Sekurang-kurangnya, kita mengingati beliau dan memperbanyakkan amalam selawat. Semoga dengan amalan tersebut, dapat la kita shafaat rasul untuk membantu kita ke syurga. Kalau nak harapkan amalan kita sahaja, memang tak cukup....


Basically ni lah cerita dan pengajaran sepanjang kuliyyah tu. Yang baik itu dari Allah, yang kurang itu, dari khilaf/salah i sendiri. Harap memberi manfaat dan pedoman pada kita semua.

Alhamdulillah....abis gak entry nih. sorry again for the late update :-) Have a nice day everyone!




Comments

  1. ida ade sentiasa *senyum*

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh... senyum tu sedekah :-)

      Delete
  2. Finally...dapat juga baca pengakhiran cerita ceramah ni..thanks a lot Sweet Tooth!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...i pun rasa lega sbb berjaya abiskn entry nih... susah hati bila tulis separuh jalan.

      Delete
  3. Thanks dear atas perkongsian ilmu dan pengajaran di sini! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. No prob Sash... akak kan caring orangnya...ahaks! ;-)

      Delete
  4. hi akak.

    bagus ceritanya. tak pernah tau abu lahab suami isteri handsome & cantik.

    sekarang dah tau dah kenapa kena sambut maulud nabi. bukan sekadar sambutan yang penting, pengisiannya juga.

    thanks for sharing :) may Allah bless us. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anis, akak pun seronok dapat berkongsi :-)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B