Skip to main content

Boycott Or Not To Boycott ?

Akhir2 ni, kepen boikot makin meluas. Especially boikot MekDi. Smalam dapat wassap kawan, gambar boikot MekDi di Dungun. Ramai betui org berkumpul, siap ada banner lagi.

Well... what i'm writing seterusnya ni, is my personal opinion. You may have different view, but let us be rational while discussing this issue.

I tak agree with people yg jatuhkan hukum 'haram' terus kalau ada yang nak beli barang2 yg diboikot ni. Sebab realitinya, sumber itu halal (mana yg halal la kan...kalo dah haram qat'i tu tetap haram la juga). Cuma kemana duit yg kita bayar tu disalurkan yang 'dipersoalkan'. Key word here 'dipersoalkan'. Ke dah ada fatwa diwartakan yg sememangnya pembelian itu haram? I pun banyak x abis ngaji lagi issue ni.  And masih belajar... Kalau ada pls do share with me.

I juga tak agree kita boikot dengan cara mengganggu perniagaan di premise org yg jual barang boikot ni. Pegi gegar premise dia sambil pandang sinis org yg beli atau kerja di kedai yang diboikot tu. No. Sedangkan dalam peperangan pun Islam dah gariskan panduan, apa yang boleh di serang, apa yg perlu dilakukan/dijaga dalam memerangi penentang islam. So, I believe masih ada lagi cara yang lebih berhemah untuk kita guna dalam kempen boikot ni.

Boikot or not to boikot, to me is a personal choice. Tak perlu paksa2 orang... nama pun kempen kan. Tak perlu nak pandang serong kat org yg tak boikot. Apa yang perlu ialah berikan mereka reason kenapa perlu boikot. Tunjukkan mereka, apa impact kita boikot. Show them the alternative choice that they can make instead of beli barang boikot tu.

Pada i, kalau kita nak turut boikot, biarlah kita kaji sedikit betulkah dakwaan tersebut. Sebab hanya dengan ilmu, amalan kita akan berterusan dan istiqamah. Kalau tak, kita hanya jadi pak turut, yang mengikut trend semasa. Org boikot, kita boikot. Orang x boikot, kita pun x boikot. Ada banyak source d internet yang u boleh tengok, nak cari kaitan barang yg diboikot tu dgn zionism. One of it, you may click this link. Dia citer satu2, caner kaitan product tu dengan zionism. And do read this entry by Ustaz Hazrizal. It would give u another perspective on this boycott issue.

I agree ngan entry pn stoberi pasal boikot ni (sorry reen, nak drop comment kt ur entry x leh...). Boikot ni bukan paksaan. Akhlak kita kena jaga... tak kira la dia turut sama dalam kempen boikot ni ke tak... Jadilah role model Islam yg baik, supaya apa yg kita buat dihormati dan dicontohi org lain...

So...Boycott or Not To Boycott...the decision is yours.

Comments

  1. Hikhik..baca baca.. tup2 ada tag pnstoberi pulak kat bawah tu.
    Ye lah kan.. sampai baling2 batu apa semua tu mana buleh. Kot report polis, tak memasal tido lokap.
    Dah kenapa nak tunjuk cara kekerasan. Kat tmpt berperang sana lain lah sbb mmg depa tu berperang.
    Nak boikot, boikot, taknak boikot pun terpulang.

    p/s : Isu semasa mmg sengaja disable komen. Huhu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan reen...jauh benar dgn sifat melayu yg lemah lembut dan beradab sopan... susah bila kita banyak pikir ngan hati dari pikir ngan otak.

      Delete
  2. entahnye, g wat demo n wat vandelisme lagi teruk kot perangai tu.
    kesian pekerja2nya ketakutan.
    boikot guna akal, bukan guna emosi, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ai... i think kelemahan kita banyak guna emosi dari guna akal. Sedangkan dalam al-Quran, banyak ayat2 yg suruh kita berfikir.

      Delete
  3. memang nk boikot@ tidak terpulang pada individu..cuma kalo blh,mana yg mampu kita boikot kita buatlh.yelah sanggup ke dgn pembelian kita pd sesuatu produk israhell tu ibarat kita mnyumbang peluru kpd saudara seagama kita di palestin tu.cian diaorg....sy buat masa ni alhamdulillah dh mampu sebln lebih berenti minum milo.padahal itulh minuman peberet selama ni.ganti minum jus buah pepagi lg bgs.blanje dpr kali ni pn dh lngsung x beli produk nestle.febreeze,downy,ambipure.tu jelah usaha kecil yg mampu dlakukan.hah blh download aplikasi buycoot kt playstore gak tuk hp android tuk scan brg samaada produk isrel @ x yea..pjg plak komen.sori nina.juz my 2 cent opinion...peace...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, source internet yg i tepek kat atas tu pun i got from buycott apps. InshaAllah, kita buat mana yg termampu.

      Delete
  4. tambahan skit.nk boikot x nak boikot satu hal..cuma perbuatan tu jgnlh melebih2...cam kata awk, akhlak kna jaga .ini pekerja starbuck lak diludahnya...x phm btl peel org camni @#%#

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kan...kalau la kita lebih berhemah, mesti lagi ramai yang sertai kempen ni....

      Delete
  5. betul sis..nk boikot pun biarlah berilmu.. jgn sampai jadi permusuhan dan pergaduhan lak.. lebih baik kita banyakkn berdoa dan minta pertolongan dr Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so true... kita selitkn doa buat saudara di gaza usai solat kita... inshaAllah...

      Delete
  6. Salam...
    Ha ah betul tu, kita buat yang termampu..nak boikot atau tak tu hak masing2 tapi rasanya kalau tgk penderitaan dan kekerasan kat Gaza tu mmg jauh dari sudut hati tu automatic nak boikot je produk2 Israel..
    Saya pun alhamdulillah dah 2 thn lebih kot tak makan McD start dari yg mula2 perang dlu, barang lain slowly kurangkan sebab kita ada alternatif lain..
    Cuma macam sweet tooth ckp la diorang ni nak boikot tp ikut nafsu..gunakan kekerasan, rosakkan harta awam..tu dah dikira salah, geram jugak tgk..tak pasal2 kempen boikot tercemar...huhu
    Papepun kita as individual yang prihatin buat yg kita termampu, rasa puassss sgt dapat boikot wpun usaha kecil cuma :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mrs sweet, bukan kempen je tercemar...yg buat tu org islam, tercemar juga imej agama kita ni...

      Delete
  7. Setuju.. setuju! :)

    ReplyDelete
  8. setuju sangat kak nina..memanglah kita sedih kan..tapi over sampai kutuk org kerja mcd n starbucks to gila-gila..kondem sana sini..haish ini boikot dgn emosi la ni..

    ReplyDelete
  9. memang geram betul kalau orang yang jenis memboikot tanpa ilmu ni. ilmu - tak tahu sebab apa nak memboikot, cuma ikut orang je; dan memboikot dengan ekstrem terlalu ekstrem sampai menyusahkan orang lain. nabi pun mengajar cara hikmah. laman social pon ada untuk memberi kesedaran. banyak lagi cara lain yang lebih halus dari menghentam dan menghina orang yang tidak memboikot/bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut ada yg ambik kesempatan nak me'rempan' masa kempen tu... huhuhu...

      Delete
  10. Bagi saya, nak boikot, boikotlah. Tapi jangan sampai mengganggu perniagaan orang lain. Dan akhlak yg kita tunjukkan semasa kempen boikot menunjukkan imej islam itu sendiri. Jangan sampai orang bukan islam memandang sinis kepada kita akibat terlalu ekstrim.

    ReplyDelete
  11. Boikot bab makanan fastfood alhamdulillah dah start dari tahun 2012, jadi tak terkesan pun.

    Bab boikot produk kegunaan harian, bukan tak de pilihan lain selain brand popular bagai tu...boleh je pilih, harga pun lebih murah. Barangan jenis pakai buang.

    ReplyDelete
  12. setuju! sape2 nak boikot..boikot jela..kalo orang lain tak nak tu jgn pandang serong..dia maybe ada pendirian sendiri..

    btw,tatau u ada lawat blog i ke tak..tp skrg dah private..email me kalau nk baca yek..hihi..xoxo (anafiza82@gmail.com)

    ReplyDelete
  13. Agree.

    My lecturer used to comment that Muslim always do the seasonal boycotting, only temporary.When the issue is diminishing over time, they will buy the same product. this cycle never ends.

    Jadi attitude boikot ni tak usah terlalu violent sangat la kan..sebab Nabi PBUH pun tak pernah menyuruh umatnya melakukan kekerasan begini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B