Skip to main content

Cerita Ceriti

Last Tuesday, went to a tazkirah session kat surau opis nih. Excited nak pi coz the penceramah was....

Sapa tak kenal ustaz ni??

Alhamdulillah...memang syukur sgt dapat menghadiri kuliah Ustaz Don ni. Memang seronok dengar tazkirah beliau. Tak sedar masa berlalu....

Dalam kuliahnya kali ini, ustaz diberi tajuk 'Ayah & Kepimpinan'. Tapi ustaz berseloroh... katanya, "saya ni baru je kahwin, mcammana nak cerita pasal tajuk ni?" (imagine ustaz cakap dengan loghat penang pekatnya tu...).

Ustaz banyak bercerita dalam kuliahnya kali ini. Tak tau la sama ada kena dengan tajuk ke tidak. Tapi bagi i, ceritanya itu memang banyak manfaat.... ustaz banyak bercerita berkisarkan surah 'tabbat yada'. Tapi ustaz banyak lompat2 cerita, kejap cerita tentang surah tu, pastu cerita lain pulak, pastu patah balik cerita tu... . jadi i akan cuba share cerita2 ustaz tu satu persatu ya...

Cerita 1 (Tiada Zuriat)
Masa tu ustaz baru sampai. I tengok tajuk kuliah ni, tetiba i terfikir... kan best kalau ustaz bagi kuliah berkenaan org yg masih belum dikurniakan cahayamata...boleh jadikan pedoman dan panduan. Lepas tu dok terfikir, ada tak org tanya kat ustaz pasal ni ya....

Masha Allah! Memang Allah dengar kata hati i nih. Dalam kuliah ustaz tu ketika ustaz mention tentang anak2 Abu Lahab, tetiba ustaz masuk cerita tentang orang yg tiada zuriat. Ustaz kata ramai yg tanya dia ada tak dikalangan shabat yg tiada anak. Ada juga yang tanya ada tak dikalangan Nabi yang tiada anak. Ustaz jawab, memang ada... i tak ingat dia sebut nama siapa dikalangan sahabat. Tapi dikalangan nabi, ustaz kata Nabi Sulaiman tiada anak. Walaupun Nabi Sulaiman mempunyai 99 orang isteri, namun beliau tidak mempunyai walau seorang pun anak. Kemudian ustaz kata lagi, Nabi Zakaria & Nabi yahya lambat dikurniakan anak. Setelah baginda mencapai usia lebih 80 tahun, barulah Allah makbulkan doa mereka dan mengurniakan mereka anak...

Cuba fikir, doa nabi pun Allah lambat makbulkan, apa lagi doa manusia biasa macam kita ni yang kompem banyak dosa.... Fuh...memang insaf rasa masa tu. Ustaz kata, kenapa nak rasa sedih... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mana kita nak tahu kan, mungkin jika kita ada anak, anak2 itulah yang menyebabkan kita suami isteri bergaduh. Ini semua ujian. Kena sabar dan redha...

Bercakap mengenai Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, ustaz cerita pulak mengenai 'mak cik tempe'.

Cerita 2 (Mak Cik Tempe)
U all tau tak tempe tu apa? Kalau org jawa, memang ni la makanannya...hehehehe...saya mmg suka tempe :-) tak tau? kalo x tau tempe tu caner rupanya, google sendiri ye....hehehehe

Ok, cerita tentang mak cik tempe ni begini....Ada seorang mak cik, yang kerjanya menjual tempe. Hari-hari dia akan bangun sebelum subuh, untuk masak tempenya supaya dapat dijual pagi2. Kalau dia lambat bangun, tak masak tempe, memang tak de lah pendapatannya hari itu.

Takdir Allah pada satu hari tu, mak cik ni bangun selepas azan subuh...lepas solat, dia masak tempe tu. Dia doa banyak2 kat Allah.... "Ya allah, kalau tempe ni tak masak, tak de la rezeki aku sekeluarga hari ni....tolonglah aku ya Allah, masakkan la tempe ni...". Bila mak cik tu buka periuk, tempe tu masih belum masak. Time tu dia dah nak kena keluar ke kedainya. Jadi makcik ni pun tawakkal je la....dia tutup api, periuk tu pun diangkutnya ke kedai. Dalam perjalanan, dia berdoa tak putus-putus minta kat Allah supaya tempe tu masak. Bila sampai kat kedai, mak cik tu pun dengan penuh harapan, membuka periuk tu.... U all rasa Allah makbulkan tak?

Hehehehehe.... saje je i tanya.... ustaz sambung cerita lagi....ustaz kata, rupanya masih tak masak tempe tu. Tanpa putus asa, mak cik tu berdoa lagi. Sehinggalah ada seorang pembeli datang ke kedai mak cik tu. Dia cakap kat mak cik tu, "mak cik, ada jual tempe?". Mak cik tu dengan penuh harapan sambil berdoa supaya tempe tu masak, membuka tudung periuknya tu. Tapi tempe tu masih tak masak...Dengan nada sedih, mak cik tu kata la kat pelanggan tu, "tempe ada, tapi tak masak."

Kata pelanggan tu "Alhamdulillah....saya memang nak cari yang tak masak...sebab saya nak export keluar negara. Kalau yg dah masak, nanti cepat rosak." Maka pelanggan tu beli semua tempe yang tak masak tu.

Rupanya, itulah rezeki mak cik tu... Kalau tempe tu masak, belum tentu habis jualannya hari itu. Kat sini kita boleh tengok, walau macammana pun yang kita mahu, yang kita inginkan atau berkehendak, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Betapa hebatnya perancangan Allah....nak dibandingkan dengan perancangan manusia ni.... Apabila sesuatu berlaku tu, pasti ada hikmahnya... Tak ada kejadian yang sia2. Cuma kita je yg kadang2 tak tau apa hikmah di sebalik jeadian tu...

Sebut tentang perancangan dan hikmah kejadian ni, ustaz masuk pulak cerita tentang Nabi Musa.... Nanti i sambung yer :-) Stay tune....

Comments

  1. sambung lagi ... sambung lagi please :)
    nak dengar sendiri ntah bila ...

    ReplyDelete
  2. Tungguuuuuuu....... Hehehe :-)

    ReplyDelete
  3. salam.
    tqvm for sharing this story!!!!

    (^_^)

    ReplyDelete
  4. cerita makcik tempe tu i pernah dgr suatu masa dulu kat radio :-), cerita tu penuh dgn pengajaran kan..betul sgt Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita, sedang diri kita sendiri sebenarnya tak tahu apa yang terbaik buat kita walau kita rasa benda tu kalau berlaku sgt baik utk kita ..kita tak suka suatu perkara tu berlaku tapi Allah tahu itu yg terbaik utk kita sebenarnya..i pun suka dgr ceramah ustaz don tp x berkesempatan dgr ceramah dia live..rileks je caranya tapi Alhamdulillah terkesan..will wait d next story tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu umie, cuma kita je yg slalu lupa...

      Delete
  5. terima kasih sweet tooth...really ease my mind to read your posting this time :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. no prob datin, seronok dpt share dgn kawan2 :-)

      Delete
  6. Sweet tooth;

    Seronok baca cerita no. 1 tu. Terkesan dalam hati. Kerdil rasanya kalau nak dibandingkan dengan ujian yang Nabi-Nabi terima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dgr tu mmg meresap dlm hati terus yani. Nasib ramai org, kalo x mau kt situ gak nangis... Huhuhuhu

      Delete
    2. Sweet tooth: Nak minta izin kongsi cerita no. 1 tu di FB saya, boleh?

      Delete
    3. Boleh sangat2....sharing is caring :-)

      Delete
  7. suka sangat ustaz don ni..selalu tengok 30 minit tu.mmg style die skip2 cerita...off topic pon selalu..lawak kan die ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nana... Mmg kelakar ustaz ni :-) tu yg seronok dgr ceramah dia

      Delete
  8. assalamualaikum, awak, yg resepi tiramisu tu. buat secawan air kopi tau.. bt cam kita celup biskut empat segi waktu hujan tu... :) saya tak perasan pasal tu.nasib awak bg tau.tq ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... Tq eka. Hehehe.... Saje ngusik eka. Thanks yer entry resepi tu. Dessert2 ni mmg favourite i.

      Delete
  9. hurmm bila baca pasal zuriat tu, rase relief ckit perasaan ni..

    tu la kan Hikmah Allah kita tak tau.. selalu byk komplen je kan.. huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... biasalah...kita mudah lupa... :-)

      Delete
  10. bestnya cerita pasal makcik tempe tu..betul, semua kejadian ada hikmahnya yg kita tak tau..antara sedar dgn tidak je apa yg Allah nak tunjukkan..kalau kita berfikir, kita notice la apa sebenarnya plan Allah yg sememangnya lebih baik dr plan kita..

    tetibe 'tacing'... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh... I pun tacing bila baca balik cerita ni after my failed ivf ari tu. Mmg kena selalu peringat, sbb manusia mudah lupa dan hilang rasional bila dah dikuasai emosi... :-)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B