Skip to main content

Suatu Hari di Hari Kerja...

Aku dalam perjalanan ke pejabat, di hari Isnin. Hmmm...hari isnin.... "Monday Blues" bak kata Mat Salleh. Aku cuba mengurangkan stress menghadapi kesesakan lalu lintas dengan mendengar siaran radio kegemaranku dan menyanyi bersama.


"Uih...minyak dah nak abis ni...." ngomelku sendirian.

Minyak ni perlu di isi segera. Memang sudah menjadi tabiatku. Apabila minyak kereta tinggal dua senggat, aku akan terus mengisinya penuh semula. Aku tidak mahu mengambil risiko kehabisan minyak di tengah jalan. Tambahan pula jarak dari rumah ku ke office menghampiri 46 km sehala. Parah kalau minyak habis tengah tengah jalan...

Akhirnya, sampai juga ke stesen minyak yang sering ku singgahi. Aku mengambil beg tanganku dan mencari dompetku. Aku mencari dompetku....mencari dan mencari dan mencari...

ALAMAK! Jeng...jeng...jeng.... (sila baca perenggan seterusnya dan imagine background music dalam cerita 'madu tiga' berkumandang ketika adegan P Ramlee dikejar isteri2nya dari bilik ke bilik...

Flashback to the time when I went down from my room and off to work...

Turun dari bilik tingkat atas, aku mencapai beg tangan ku. Hmmm... hari ni ada meeting seharian. Maknanya aku perlu membawa kain telekung ku. Perlukan beg yang lebih besar. Lalu ku ambil hard disk, telekung dan shawl ku lalu ku masukkan ke beg tangan yang lebih besar untuk memuatkan barang-barang itu. Selesai, aku terus keluar rumah, kunci pintu, naik kereta dan memandu pergi ke tempat kerja.

Sah! Aku tertinggal dompet ku di beg tangan yang kecil itu. Semua dokumen - kad pengenalan, lesen , credit card dan duit2 ada dalam dompet tu. Macam mana nak isi minyak ni? Ku selongkar laci-laci kereta ku. Mana la tahu ada terselit duit ke... Tapi hampa. Aku cuma ada RM 1.60 sen dalam kereta ku.

Uih...sempat tak minyak ni nak bertahan sehingga ke office? Aku pasrah...ku teruskan jua perjalanan ke office. Alhamdulillah...sehingga waktu pulang, minyak masih di takuk dua senggat. Terpaksa la aku pinjam duit dari staff aku untuk isi sedikit minyakkerana aku tidak mahu ambil risiko minyak habis di tengah jalan.

Moral of the story.... bila tukar handbeg, pastikan semua barang yang diperlukan ada sebelum melangkah keluar dari rumah. I was so lucky that day tak de road block, tak kena tahan ngan polis mintak IC etc. Kalo tak...tak pasal je kan??

Sekian, drama minggu ini.


Comments

  1. hahhhaha jeng3,...
    nak tau kite pon same tapi masalah nya kita selalu tinggal dompet kt laci opis......lg gelabah last2 minta tlg dak kat opis simpan kan tawakal jerk la hahahahhahaaa

    ReplyDelete
  2. Fuhh..nasib baik sempat sampai kan..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. huhuhu...samae kes penah jadi mcmni

    ReplyDelete
  4. miss, kat opis pun pernag tertinggal...memang tawakkal je la...

    B&C, tu la...alhamdulillah...

    MJI, hehehe...mesti banyak handbeg u :-)

    ReplyDelete
  5. i selalu kena camtuh.selalu sangaaaaattt!sebab kite kan pompuan suka tukar2 beg.nasib baik la jarak utk i drive x jauh sgt..hihihi.

    tp kena cautious jugak la..hehehe

    ReplyDelete
  6. hehe...intro nak flashback kat mana tertinggal wallet tu besh...JENG...JeNg....jennnnnggggg

    ReplyDelete
  7. Myself, itu hari mmg bawak kereta cam kura2...nak jimat minyak la tu jonon.. heheheh

    Iza, tu kasik suspense skek... :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B