Hello dear readers... Masih ada lagi ka readers blog sendu ni. Hahahaha... Anyway, how are u? I doakan smg u all sihat sejahtera dan diberikan kelapangan hati buat semua.
I'm back to the office since last tuesday. After 2 months of leave, memang lemau ler nak masuk opis balik. But life must go on... x keje, x dop gaji la pulak kan... huhuhu...mengumpul kekuatan dan semangat. Masa keje mmg dok teringat Amna. X zabar eh hakak ni nak balik umah jumpa Amna... hehehehe...
Orait... i still hutang u all cerita on the process of adoption kan... Memula ingat complicated la sangat sebab nak kena pi court bagai... rupanya idak la complicated mana...
Orait... on 30/8, i and My Dear Hubby pegi court untuk proces akuan bersumpah mengambil Amna sebagai anak angkat kami. We met Amna's biological mother kat court tu. Sebab the biological mother kena buat akuan bersumpah juga mengatakan dia serahkan anak tu pada keluarga angkat. Pesuruhjaya sumpah di mahkamah tu kemudiannya akan buat pengesahan dan legalisekan document akuan tu. You need to retain both original copy of akuan bersumpah tu (akuan ibu kandung yang menyerahkan anak and akuan keluarga angkat yg mengambil) untuk proses pengangkatan dan mendaftarkan pengangkatan tu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas 2 tahun dari tarikh ambil baby.
Lepas settle kat court, baru la kami jumpa Amna, dan bawa Amna pulang ke rumah kami.
But the process doesn't stop here. Sebab kanak2 di Malaysia ni dilindungi bawah Akta Kanak-Kanak yang mewajibkan sesiapa yg ambil anak angkat, untuk memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) - Bahagian Kanak2 tentang hal ini. Pemberitahuan mesti dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh ambil baby/anak angkat. Kalau lambat boleh dikenakan hukuman denda rm10k or penjara 2 tahun kot kalo x silap. Cara nak beritahu, isi borang 12. Borang ni boleh minta dengan JKM. Atau kalau pengangkatan melalui rumah perlindungan, i diberitahu biasanya dorang akan sediakan. U all just need to submit the form pada JKM berdekatan dgn rumah u all.
Lepas submit borang 12 ni, nanti pegawai in charge akan panggil untuk interview pasangan yg ambil anak pelihara ni. sekali tu ja interview. I was told dulu2 ada dibuat lawatan ke rumah dalam tempoh 2 tahun tu. Skang dah x buat dah. Lepas interview, kalau pegawai tu puas hati yg anak pelihara tu akan terbela nasibnya duduk dgn keluarga angkatnya, pegawai JKM tu akan keluarkan borang 13, yg menyatakan sokongan pengangkatan. Borang ni nanti akan digunakan sebagai supporting utk memohon sijil pengangkatan dari Jabatan Pendaftaran Negara and sahkan yang anak tu anak angkat kita dari segi undang2. FYI, selagi x disahkan oleh JPN, anak tu masih boleh diambil semula oleh keluarga kandungnya...
Alhamdulillah...Kami dah terima borang 13 dari pegawai JKM. So now, kita tunggu la 2 tahun... after 30/8/2018, kami dah boleh start pendaftaran anak angkat di JPN. Kalau umur panjang, and blog ni idup lagi juga ada kesempatan, I'll share how the process kat JPN nanti :-)
InsyaAllah, I'll try to update lebih kerap kat sini... Actually I banyak update kat my ig @ninaafida, almost every day. Tu yg jarang blogwalking skang nih... And if u r my blog reader, say hi to me kat my ig ya :-)
Till then...
Finally u r back! Akak ingatkan sibuk dgn rutin baru hehe.. Keep updating la, windu tau.. Akak x reti insta2 ni hikhik
ReplyDeleteawww... ada jugak yg windu kiter... hehehhe...ni saya dah masuk keje, insyaAllah try rajin2 update yer...
Deletealhamdulillah...semoga next proses berjalan dengan lancar...kite lg 2 mggu nak buat ovarian drilling ngan doc hamid.. x sabarrrrr!! dlm masa yg sama..nebesss.. hehehe
ReplyDelete