Skip to main content

Kalau saya ahli sukan...

Kalau saya bukan eksekutif perakaunan.... kalaulah saya ahli sukan... sukan manakah yang akan saya ceburi?


Ya... saya mungkin akan jadik pemain badminton.

Dulu masa kecik2, memang suka gila main badminton. Memang opernah bercita-cita nak jadik pemain badminton Malaysia ketika tu. Rumah saya bersebelahan rumah nenek saya. Kalau petang-petang, memang selalu saya, adik beradik saya dan mak cik2 saya bermain badminton bersama. Masa tu berebut-rebut kami nak jadi Misbun Sidik - pemain handalan Malaysia ketika itu. Tak dapat jadik Misbun, next person would be Foo Kok Keong. Bila main secara bergu, berebut pulak nak jadi Jailani & Razif. Kalau tak dapat jadik pemain Malaysia, makanya akan jadik pemain Korea atau Indonesia... Semangat cintakan Malaysia sangat menebal pada waktu itu. X mo jadik pemain Indonesia atau Korea.... hehehehe...

Masih ingat lagi... Kami main di halaman rumah nenek. Ada sarang lebah dibahagian bumbung rumah nenek. Walaupun beberapa kali kami disengat lebah tu (mungkin kami bermain di laluan lebah tersebut???) kami tak pernah serik... Sungguh seronok main badminton sampai ke maghrib, baru nak masuk rumah. Bukan ada proper court and net pun...cuma buat garisan court jer untuk tentukan in ke out... mungkin sebab faktor main bersama-sama mak cik2 kami yang menyebabkan permainan kami lebih meriah (mak cik2 masa tu muda remaja lagi).

Masa sekolah rendah, saya selalu bercita-cita untuk mewakili sekolah dalam sukan badminton. Tak sabar saya menunggu untuk naik darjah 4 (sebab darjah 4 baru start aktiviti ko-kurikulum sebelah petang). apabila naik darjah 4, saya terus register untuk masuk pasukan badminton. Bila ada try out untuk jadik school representative, saya masuk. Ketika try out, cikgu tu tunjukkan saya teknik yang betul memegang raket. Selama ni main pegang jer... waktu tu baru la tahu rupanya ada teknik memegang raket ni.

Memang cikgu India tu sangat impress dengan saya...hehehehehe...pandai saya main badminton ni (ada unsur2 'get into basket and lift it myself' di sini... hehehhe) maklumlah... dah lama main badminton dengan ahli keluarga... Saya sangat seronok ketika itu. Mungkin akhirnya tercapai impian saya nak jadi pemain badminton Malaysia... pemain badminton yang pertama pakai tudung di Malaysia.

Tapi kenapa saya bukan pemain badminton sekarang?? Sebab, tak lama lepas try out event tu, cikgu tu pindah sekolah dan kelab badminton dibubarkan. Jadi saya tak berkesempatan nak menjadi wakil sekolah dalam acara badminton. Tambahan pulak, bila dah besar, net tu lagi tinggi dari saya... hehehehe...

Apa pun, saya masih suka main badminton sekarang ni. Walaupun dah lama gila tak pegang raket, saya ikut juga perkembangan team badminton Malaysia. Semoga Malaysia akan terus berjaya dalam arena Badminton.

Kalau anda ahli sukan, sukan manakah yang anda ceburi?? sudi2 la tinggalkan komen yer :-) Have a Blast Day everyone!

Comments

  1. gimnastik. lebih2 lagi tengok acara gimrama kat TV

    Sebab dulu kurus, cikgu suruh buat lentur2 badan atas tilam besar tu..tapi disebabkan sekolah kat sekolah agama yang konservatif, tak dapat la nak jadi wakil sekolah ke hapa..tapi dulu duduk2 kat umah suka lentur2 badan..sekarang ni dah kembang nak buat sit up pun payah.

    ReplyDelete
  2. kalu i ahli sukan, i nk jadik bowler.

    i have no professional training. kalu main pn slalu jugak ke longkang. hihihi. i mmg minat sgt2 n i rs bowling ni bagus. sambil bersukan n having fun, it enhances ur focus, also IQ. lgpn this game mcm classy sket. hahaha. boleh cmtu? ;p

    i dh siap ckp ngn hubby, if we are destined to have a daughter some day, i nk anta dia p training from young. he agreed!

    can't wait! ;)

    ReplyDelete
  3. B&C, kalo nk compare dulu n sekarang, i pun sama je la mcm u. Skang ni lompat sikit pun dah mengah... hahahha :-P

    Yannie, i luv bowling too... walaupun tak terer, tapi i suka sebab seronok!

    ReplyDelete
  4. Sweet Tooth, saya nak tumpang kotak komen sini untuk Cik Puan Tipah boleh tak..(kot2 la dia terbaca), sebab kat sini je kot saya boleh komen kat blog orang..

    Cik Puan Tipah, harap lebih kuat menghadapinya..Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..Kami doakan yang terbaik buat Cik Puan Tipah, semoga ada sinar yang menanti di hujung jalan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Mood Tak Sabar

Been reading other's people experience about it... and everytime membaca catatan mereka, semakin rasa sebak dan teruja. Ya Allah... begitu melonjak-lonjak perasaan ku ini... terasa lambatnya masa berlalu... . Counting days.... Anyway... semalam jumpa doc cantik. Ramai sungguh patient doc. I was the 16th. Dekat pkol 1.30 pm baru masuk jumpa doc (well...sampai pon lambat kan...memang la no 16 jawabnya... hehehehe). Masuk2 jumpa doc, doc pun kata, lamanya tak jumpa. Heheheh...berehat doc... so check up macam biasa and get her advice. Doc prescribed ubat, then balik umah lps amik ubat. Need to remind myself - ini hanya usaha. Allah jua yg tentukan segalanya. Semoga Allah permudahkan semua urusanku yang satu ini.... Amin...

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B