Perubahan, bukan sesuatu yang mudah. Terutama kalau perubahan yang melibatkan sesuatu yang sudah lama diamalkan. Benar, mengubah tradisi amat sukar! Namun, perubahan adalah sesuatu yang tidak mustahil. Ia bermula dengan ilmu. Dengan ilmu, khayalan boleh menjadi kenyataan Dengan ilmu, si biadap boleh menjadi budiman Dengan ilmu, yang bengkok dapat diluruskan Namun, ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Tidak memberikan manfaat kepada sesiapa pun di sekelilingnya.... Tak guna belajar tinggi-tinggi, tapi sikap tidak membumi Tak guna belajar tinggi-tinggi, tapi hanya pentingkan diri Tak guna belajar tingi-tinggi, tapi tak tahu erti berbakti Mahu perubahan? Carilah ilmu dan amalkan. p/s: Inspired from watching Korean Drama 'Secret Door' kat channel 393. Do you have any movie/drama that inspire you? Do share :-)