Aku dalam perjalanan ke pejabat, di hari Isnin. Hmmm...hari isnin.... "Monday Blues" bak kata Mat Salleh. Aku cuba mengurangkan stress menghadapi kesesakan lalu lintas dengan mendengar siaran radio kegemaranku dan menyanyi bersama. "Uih...minyak dah nak abis ni...." ngomelku sendirian. Minyak ni perlu di isi segera. Memang sudah menjadi tabiatku. Apabila minyak kereta tinggal dua senggat, aku akan terus mengisinya penuh semula. Aku tidak mahu mengambil risiko kehabisan minyak di tengah jalan. Tambahan pula jarak dari rumah ku ke office menghampiri 46 km sehala. Parah kalau minyak habis tengah tengah jalan... Akhirnya, sampai juga ke stesen minyak yang sering ku singgahi. Aku mengambil beg tanganku dan mencari dompetku. Aku mencari dompetku....mencari dan mencari dan mencari... ALAMAK! Jeng...jeng...jeng.... (sila baca perenggan seterusnya dan imagine background music dalam cerita 'madu tiga' berkumandang ketika adegan P Ramlee dikejar isteri2nya dar...