Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Membeli Sambil Menderma

klik gambar utk besarkan Sesuai untuk yg TTC juga.... pls contact the above number or fb: Jus Sengat Dara NIA Puchong

Ilmu dan perubahan

Perubahan, bukan sesuatu yang mudah. Terutama kalau perubahan yang melibatkan sesuatu yang sudah lama diamalkan. Benar, mengubah tradisi amat sukar! Namun, perubahan adalah sesuatu yang tidak mustahil. Ia bermula dengan ilmu. Dengan ilmu, khayalan boleh menjadi kenyataan Dengan ilmu, si biadap boleh menjadi budiman Dengan ilmu, yang bengkok dapat diluruskan Namun, ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Tidak memberikan manfaat kepada sesiapa pun di sekelilingnya.... Tak guna belajar tinggi-tinggi, tapi sikap tidak membumi Tak guna belajar tinggi-tinggi, tapi hanya pentingkan diri Tak guna belajar tingi-tinggi, tapi tak tahu erti berbakti Mahu perubahan? Carilah ilmu dan amalkan. p/s: Inspired from watching Korean Drama 'Secret Door' kat channel 393. Do you have any movie/drama that inspire you? Do share :-)

@KK

View from my room. Langit mendung pagi tadi, tapi malam baru hujan... I'm at KK. Sampai semalam, coz today ada meeting the whole day. Lega... settle dah satu task after 8 months dok berhempas pulas buat study and proposal to management. Flight balik esok pagi. Tak dan nak jalan2 mana2 pon ni... x pe...nxt time datang, nak ajak MDH...lama dah x jalan berdua je... heheheh...jom abang!;-)

Wife

A Happy Wife is a Happy Household. credit to owner of this image Isteri yang Gembira, Seisi rumah akan gembira.... errr... lebih kurang la cam tu... Phrase ni i dgr masa tengok TV smalam. Terus i pikir...eh, betul ke ni eh? Perhaps ada betulnya... Isteri yg gembira, mesti suami pon gembira... Anak2 pun akan turut rasa bahagia bila ibu dan bapa nya gembira. Bila semua orang bahagia dan gembira, maka hati senang...nak pi kerja, suami pon tenang...bleh kerja dgn tekun. Anak2 nak pi skolah pun mudah... hati lapang, senang ilmu nak masuk. Bukan kah akhirnya masyarakat akan jadi bahagia dan gembira? Kerja lebih produktif, ekonomi lebih terangsang membangun sebab kadar produktiviti yg tinggi... Sebab tu ada kata2 "ada wanita disebalik kejayaan seorang lelaki". So, para suami... bahagiakan isteri anda... nescaya rumah tangga anda bahagia :-) p/s: if only life is that simple kan...

I feel Great!

Do u know the feeling that u have done something good? I felt it yesterday. Semalam ada engagement session dengan company's management, so semua orang wajib datang. During tea-break, i met a friend from HR dept. It's been a while and last i saw her, dia tengah tunggu masa nak bersalin. So after tanya kabar n chit chat a while, she asked me about my ex-staff kat dept i dulu, whether i know yg staff tu nak berenti. She did the exit interview (interview staff yg nak berenti kerja).  Masa interview tu, dia ada tanya la my ex-staff how was the experience working in the company... The ex-staff tu cakap, dia memang seronok duduk dalam dept tu. And he really appreciate my guidance and he felt that i really help him in changing his way of thinking and approaching his work. But he has to resigned sebab nak balik kerja di tempat asal dia and jaga mak dia (ayah dia baru meninggal last 3 months kot x silap i...). Terharu i... having someone said that i did something good for them

Cendol Bakar & Bento

cendol bakar kuala selangor. makan last sunday masa balik kampung. Bento lunch smalam. Mcm korean food, tapi nama apa pon i x tau... org dah bagi, makan je la...  bz bz bz.... one board meeting down, one more to go... uhuhuhu...

Life is So Short

Just a short entry.... Staff kat opis buat surprise... Smalam, genap 35 tahun dilahirkan... Terima kasih mama dan ayah atas segala jasa membesarkan anak mu ini... Terima kasih buat suami yg sentiasa menjadi teman dalam susah dan senang...(TQ for the gift as well abang...Kalo lama lagi dok kat situ mesti lagi banyak ayang 'pau' abang... kikikiki :-P ) Dah 35 tahun...really...life is so short...semoga dengan usia yang masih berbaki ini, Allah akan terus lindungi i dan berikan kekuatan untuk istiqamah dengan perkara yg baik2...amin... p/s: busy sgt skang ni...blogwalking pon x dan... huhuhu...

Ya Allah....

Ya Allah.... Kurniakan aku kekuatan dan kesabaran...amin... A little bit busy with office work. Untuk orang yg di jabatan perakaunan, hujung tahun adalah nightmare. Sebab dah hampir year end account closing... which means a lot of work! Bila dah tutup akaun, of course auditor akan datang to audit the account... so, sebelum ada apa2 audit issue, kena la clean up mana yg patut. And for this company, memang banyak sgt clean up to do. Kami baru ke lepas kena audit dengan Shareholders. And as expected, memang banyak issue raised for my department (ye la kan...org lain, satu portfolio je... i ni kemain banyak dibagi portfolio suh pegang...Finance la, Procurement la, HR la, Admin la... IT pon bagi kat i suh pegang... mana x banyak audit issue... x sempat pon kadang tu nak tengok...) Memang masa masuk sini dulu, Finance & Procurement are the first area yang i tackled. Sbb this 2 areas are the backbone of company's control. But, don't expect a miracle la kan in 7 months ni.

Sengatan Lipan (Part 2) and Low Back Pain

Huhuhu...siap ada part 2 lagi... Last friday, genap seminggu lepas kena sengat lipan tu, kaki i bengkak balik. And gatal2... x tau nak cakap gatalnya... sedap i garu... tapi alhamdulillah x sakit. cuma gatal... my fren kata may be sebab bisanya x kluar lagi. so bila i berenti ambik ubat, dia naik balik bengkaknya. Sampai hari ahad, x surut2 gak, i pon pi klinik....doc bagi antibiotik n ubat kurangkan bengkak. Nak jadi cerita, after pi klinik, i pi la beli groceries sikit. Balik umah, masa nak kluarkan barang dari kereta, tetiba belakang i (low back) sakit sangat...ah...sudah... apahal la pulak ni... That nite, i x leh nak duduk, nak bangun pun susah coz sakit sangat belakang i ni... bleh baring je... so, next day, pi klinik lagi.... and on monday, ni le ubat2 yg i kena telan.... paling banyak kena telan at one time so far huhuhu...doc cakap i mungkin sprained my low back muscle masa angkat barang2 tu...posture x betul. I MC senin n selasa, hari ni baru masuk opis. Rasa saki

Majlis Nikah & Sengatan Lipan

Hahahaha... tajuk memang suka bagi gempak... Ya..tahun ni, memang tahun kenduri kahwin... ni majlis ke 3 tahun ni, tu x campur majlis kawin sepupu2 i... Last week, i pi mengantar my BIL untuk majlis nikah dia di Kedah. Gerak hari kamis (amik coti) around 9 pagi. Alhamdulillah, perjalanan lancar... kereta pon x banyak. Kami duk di homestay kawan my hubby. This time around, we just recycle bekas hantaran masa kahwin adik i yg baru lepas tu. Malam jumaat tu, kami duk la ramai2, membega hantaran... telekung...first time belajar hias gaya gini... Sirih junjung, my SIL buat kasut & handbeg... seb baik muat dulang...eheheh... Kali ni kejap je membeganya...sebab bahan semua dah ada. Dah siap, semua masuk tido awal, may be sebab penat sangat travel hari tu. I tido dekat dengan pintu bilik. Sebelah i anak sedara i umur 5 tahun. Dalam pkol sepuluh gitu la kot kitorang dah tido. Tengah sedap2 tido tu, around pkol 1 pagi, tetiba i terjaga sebab i rasa kaki i sakit sangat

To Tell or Not To Tell

I rasa, salah satu perkara yang kadang2 berlegar di pemikiran i, ialah sama ada nak come clean with those around us that we are embarking on another IVF journey. Have u ever contemplate the same? Sama ada nak bagitau kat org lain tak yg u all tengah dalam treatment? Ada pro and cons.... Pronya, those yg diberitahu boleh lebih memahami apa yg kita lalui. Maklum lah...bila buat IVF ni banyak nak kena lalui dari segi mental dan fizikal. Kadang tu rasa penat, sampai nak marah2... So bila orang keliling tahu yg kita tengah treatment, mungkin mereka akan lebih memahami. Tu belum kira tang nak kena ambik cuti. Kalau tetiba hilang 3 minggu, sapa yg x tertanya-tanya mana pi kita ni? Sakit apa sampai 3 minggu cuti? Nak tak nak, kena la bagitau boss juga kan... supaya boss dan kawan2 opis memahami, dan sanggup bantu cover keje kita dalam tempoh kita cuti tu... And bila kita bagitau to family member, bleh la mereka doakan keselamatan dan keberkatan treatment tu... ye dak? Especially nya doa ib

Pesanan buat yg masih mencari...Ciri-Ciri Calon Suami (antaranya...)

Apa yg i tulis ni, hanyalah sekadar dari pemerhatian i... kalau baik, ambiklah sebagai tauladan...kalau buruk, jadikanlah sempadan... Untuk yg masih mencari, apa sebenarnya yg dicari tu? Nak cari calon yg bagaimana? bertanggugjawab? beriman? Yang pasti, semua nak yang baik2 kan... A big red flag, kalau masa bercinta pon dia dah pandai nak pinjam duit. sekali dua x apa...kalau berkali-kali tu??? dah tu janji nak bayar balik, tapi x bayar2 pun... huhuhuhu.... red alert ye... kalau sekarang ni pun dia x tepati janji, jgn harap la dia nak berubah bila dah kawin. Only few lucky people yg berjaya berubah. The rest, macam manusia biasa juga... begitulah perangainya sampai ke sudah... bukan masalah x tepati janji je...masalah tentang pengurusan duit juga... kalau sekarang pun ekonominya x stabil, macammana dia nak uruskan kewangan rumahtangga nanti? Apa pun, u all lagi tau kan...nilai la sebaiknya... Kemudian, tengok macam mana orang tu menepati masa. Kenapa? Ada apa dengan menepa

Hati Perempuan

Betul ke... Perempuan ni lembut jiwanya, Mudah terasa dengan kata2, Betul ke... Jika terluka hati perempuan, Dia boleh memaafkan, Tapi sakitnya sukar dilupakan, Bagai ada parut yg sering mengingatkan. Betul ke?

Halia

sapa x kenal halia??? ihsan google Few days ni, perut i memang rasa x selesa... hormone changing may be? Nak dekat dah dengan kunjungan AF ni. Usually, few hours after my meal, I akan start pening kepala sebab angin...And usually, that would happen around maghrib onwards. May be sbb perut in the process menghadamkan makanan/lunch i? So angin naik kepala... pening la.... And when that happen, memang halia is the best remedy. I crushed halia sikit ngan lesung, and campur dgn air panas and teh uncang. Without sugar. Biar kejap so that air tu resap rasa halia. Then minum... MasyaAllah... nikmat betui bila angin keluar dari atas dan bawah (ahahaha...TMI!). sikit demi sikit, hilang pening kepala i... kalau nak sedap lagi, may be bleh tambah madu sket kot...  Banyak sebenarnya khasiat halia ni... antaranya, untuk buang angin dalam perut n usus kita, untuk hilangkan morning sickness pun boleh... Halia juga boleh melancarkan perjalanan darah kita, juga sesuai dimakan untuk meningkatk

Gerhana Bulan 8 Oktober 2014 dan Solat Sunat Khusuf

Malam ni fenomena gerhana bulan akan berlaku. Ada juga yg panggil fenomena bulan berdarah (coz bulan jadik color merah2 sket... Detail about this fenomena, u all can refer to this link . This year 2 kali dah berlaku...last 15th April and hari ni. Nxt year, on 4th April pulak kalau x silap. Since this is kind of rare occassion, i nak ajak kawan2 solat sunat bersempana dengan gerhana ini. Solat sunat gerhana ni, dikenali sebagai solat sunat khusuf, dikerjakan dengan 2 rakaat yang mengandungi 4 alfatihah, 4 ruku' dan 4 sujud. Cara solat sunat gerhana bulan Setakat ni, InshaAllah, di Negeri Sembilan, Jabatan Mufti NS dah keluarkan pekeliling menggalakkan solat sunat ni dikerjakan di masjid seluruh negeri sembilan. Penang pon cam tu gak... Tapi bagi yg nak buat di rumah, boleh saja... waktu solat adalah antara pukul 7.24 pm sehingga 8.24 pm. So lepas solat Maghrib, boleh dah kalau nak kerjakan solat sunat gerhana ni... Lagipun waktu gerhana adalah antara waktu2 yang mustajab

Salam Aidil Adha

BZ BZ BZ.... lately ni banyak sangat keje... sebab Internal Audit tengah buat audit. Haih...kemain banyak dokumen mintak... i ni dah le agak baru kat sini...kadang x penah dengar pon nama document/agreement yg dia mintak tu.... huhuhu...bertabah je la... Minggu ni long weekend. I expect ramai yg nak balik kampung kan... Maklum la... musim perayaan... Pesanan Penaja: Berhati-hati di jalan raya...berwaspada selalu...kalau mengantuk, berenti la kat tempat yg sesuai, and ambik nap. Or u can sing along dalam kereta (macam yg i selalu buat...padahal hubby yg drive, i yg berkaraoke dalam kereta...pasrah je dia dengar suara 'merdu' bak buluh lemang i ni... hehehhe). Hayatilah pengertian Aidil Adha...smg Allah menerima amalan kita...amin.... Eid Mubarak! Selamat Menyambut Aidil Adha... credit to owner...

2 litres in 8 hours

i ni memang susah nak pastikan abis 2 liter air... may be pada org lain, sikit je 2 litre tu...tapi i memang payah la... Bila keje, memang kadang tu x ingat nk minum air. tak terasa tekak kering. But now, InshaAllah no more... Org kata, bila tak letak depan mata, memang x buat.... so.... dah besor gini x nampak jugak x tau la.... I beli bekas air tapewer yg 2 litre terus. So every morning, i ambik air kat pantry and letak kat my desktop. Every now and then, i minum sambil buat keje. Minum seteguk dua (idok la abiskan secawan terus....). Usually i'll try to finish half of it before lunch. And another half after lunch. By doing this, i can ensure that i drink at least 2 litres per day. Memula dulu, i bawak botol air biasa je. around 500ml. tapi x larat kot nak gi mari gi mari pantry tu amik air...so, i beli la bekas air ni...senang...sekali ambik and senang nak track progress. Kalo meeting kt dalam kawasan opis pon, i boleh hangkut bekas air ni bawak masuk meeting. hehehe

The Wedding.

Ok...org tengah meeting pasal budget kat depan, i dok hupdate blog... kikiki :-P Nak citer pasal my lil bro's wedding. Anak bongsu, penutup majlis kenduri. Sure lah my mum nk buat majlis yg paling best. But of course kitorang tanak the cost tinggi sgt. So... we decided to do DIY for pelamin, bilik pengantin, photobooth and goodies for tetamu and keluarga pengantin perempuan. Tugasan pelamin, di berikan pada my lil sister. Dia yg plan and beli/sewa apa yg patut untuk pelamin tu... i cuma jadik penasihat je... bagi idea... the verdict.... cantik kan? Langsir backdrop tu memang ada kat situ untuk tutup pintu bilik kat belakang tu. Kain yg silang2 tu, beli je. lampu and tiang bawah pasu kat tepi2 tu pakai yg adik i punya. Platform, beli kayu and buat sendiri, the rest kitorang sewa. Total cost around RM700. Cheaper than rent a pelamin sebesar ni... ni kat kawasan living hall, memang tutup habis kawasan tu, I punya tugasan, goodies for tetamu & keluarga pengantin perem

Selamat Pengantin Madu

Ok... I admit, i jarang tgk cerita2 melayu. Actually nk tido dah tadi. Dok browse2 tv, tetiba tv3 ada cerita Selamat Pengantin Madu plak... So, layankan je la. Cerita dah habis, i yg stress eh... Huhuhuhu... Nyampah tgk lelaki mcm tu. Cepat layu dgn gedik bini muda dia tu. Nyampah sangat tengok! Kesian kt bini tua dia... And i like ayat yg dituturkan oleh bini tua tu, masa dia bgtau husband dia, yg dia sedih tgk kemesraan mereka depan mata dia (the second wife konon dtg umah nk jumpa dan baik2 ngan the first wife). She said "i boleh terima sbb u dah kawin dgn dua, tapi i bukan malaikat. Don't expect me to be happy about it". Soooooo trrruuuuueeeee... I know lelaki yg kawin ramai ni, nak sgt isteri2nya baik ngan  madu2 mereka...  But they often forget that their wife (s) bukan malaikat... Kalau x banyak, sikit tu mesti ada rasa cemburu dan sakit hati. So, respect that. It might take some time utk terima yg mereka dah berkongsi suami. Lagi2 kalo 2nd wife tu perangai gedik m

Soalan Bocor

X reda isu kertas UPSR kertas sains bocor soalannya, just now baru dapat tau kertas English pun bocor... (yg ni x tau sahih ke tak...) I kesian kat budak2 yg betul2 belajar untuk menghadapi peperiksaan. Ingatkan dah boleh merdeka ya hari ni... Rupanya, UPSR tak habis lagi... Have to get ready again for the second time... Come on la... UPSR kot... takkan sampai nak bocor2 soalan jugak? Ada juga ke parent/guru2 yg tak bertanggungjawab yang nak beli soalan2 bocor ni? Ke bebudak yg beli sendiri? (mcm x logik, but who knows... budak2 skang macam2 perangai). What are we trying to teach our children dgn mengharap soalan spot and soalan bocor ni?? Ada duit semua boleh? Nak berjaya, ada jalan mudah? Tak perlu nak susah2 belajar? Kadang tu pikir, kita ni terlalu exam oriented, sampai kecemerlangan akademik lebih penting dari kecemerlangan sahsiah. Kalau tgk kat FB, sedih/sakit hati baca tulisan/status anak2 yg masih bersekolah rendah, tapi memaki hamun orang sesuka hati...apatah lagi yg

Sambungan Hectic Week 2

Sambungan Hectic Week 2.... I ingatkan nak cuti half day last friday. Sbb MDH kena pi briefing for his program yg kat Melaka tu petang jumaat tu. Tapi... Dapat panggilan mengadap GM pasal kes tax tu... kensel coti, maka mengadaplah i jumpa my GM. MDH petang tu pi Melaka dulu...malamnya, balik umah ambik I pulak... Makanya, Pkol 4 petang jumaat tu i jumpa GM... Teruk i kena basuh... and i can imagine this issue akan impact my performance appraisal this year... bertabah je la... Lps kena belasah, i terus balik umah...sambil nangis dalam kereta (ahahaha...memang la i ratu air mata... sedih wooo... bukan sebab kena marah sgt...but i feel such a looser sebab rasanya mcm fail dalam tanggungjawab i. I really take pride of my work and i x suka org kenal i as a failure... jatuh repo kot... at least rasa mcm tu la masa kena marah tu...). So, lepas dah puas nangis, dah lega perasaan n sampai umah. Solat sumer, siap2... After Maghrib, MDH sampai umah dari Melaka untuk jemput I ke Melaka

Hectic Week: Part 2

Dinner - order room service: steam rice, tom yam goong and banana split as dessert.. errr....baru perasan...quantity order mcm org kebulur  ;-) Bersiaran dari KK. I have meeting here, whole day tomorrow. Esok malam, Home Sweet Home... kembali ke pangkuan MDH ;-) Lusa, off to Melaka. MDH ada program kat sana weekend ni and i followwwww.... hehehehe.... p/s: Resah hati dok mikir jawapan nak reply email from my boss' boss. Pasal isu tax tu la... try nak bagi jawapan yg tak menimbulkan persoalan tambahan...dan jawapan yg boleh puaskan hatinya boss' boss ni... tak leh ke dia let bygone be bygone? benda dah lepas... nak marah2 pun tak guna... and we do take this matter seriously and learn from our mistake (eventhough i wasn't there masa kesilapan tu berlaku). It's a bit unfair to be the one who have to answer and be responsible, when i was not the one to be blamed at all. Part2 kena menjawab dengan Management and bossess ni la part yg paling i tak suka in my job....

Hectic Week, Wedding, TTC

Yes... it's been a hectic week for the past weeks. BZ dengan tax submission, and on top of that ada issue pulak tu. And the issue was found out 2 days before nak submit tax. Tak ke macam org gila i kejar shareholders rep asking their opinion and guidance on the way forward. end up, kena tax penalty sebab decision lambat. (Sigh.... kesilapan dibuat tahun lepas, bukan zaman i. This is not the only occassion... banyak clean up i kena buat because my predecessor ni tak tengok detail keje anak2 buah....penat ...hopefully lepas ni dah tak de issue with statutory compliance...letih nak handle...). the next week nya, BZ ngan my lil bro's wedding. Minggu lepas, akad nikah dan bersanding belah perempuan. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar... And seperti biasa, i la tukang buat hatarannya... meh i belanja gambar :-) The final product - without barang hantarannya... pandangan sisi... Hantaran, 9 dulang. yang depan skali belah kanan dulang utk duit hantaran, mas kahwin

Boycott Or Not To Boycott ?

Akhir2 ni, kepen boikot makin meluas. Especially boikot MekDi. Smalam dapat wassap kawan, gambar boikot MekDi di Dungun. Ramai betui org berkumpul, siap ada banner lagi. Well... what i'm writing seterusnya ni, is my personal opinion. You may have different view, but let us be rational while discussing this issue. I tak agree with people yg jatuhkan hukum 'haram' terus kalau ada yang nak beli barang2 yg diboikot ni. Sebab realitinya, sumber itu halal (mana yg halal la kan...kalo dah haram qat'i tu tetap haram la juga). Cuma kemana duit yg kita bayar tu disalurkan yang 'dipersoalkan'. Key word here 'dipersoalkan'. Ke dah ada fatwa diwartakan yg sememangnya pembelian itu haram? I pun banyak x abis ngaji lagi issue ni.  And masih belajar... Kalau ada pls do share with me. I juga tak agree kita boikot dengan cara mengganggu perniagaan di premise org yg jual barang boikot ni. Pegi gegar premise dia sambil pandang sinis org yg beli atau kerja di kedai yan

After Raya

Assalamualaikum & Good Day Dear readers. How was ur Hari Raya celeration? Baru habis bloghopping n baca entry kawan2 on raya. Alhamdulillah, nampaknya ramai yg semakain berfikiran positive dan kurang 'sentap' raya kali ni. Tahniah buat kawan2 TTC semua. Semakin tabah dan sabar, InshaAllah, ada ganjaran buat mereka yang redha... Raya I tahun ni, alhamdulillah... setelah 3 tahun MDH asik kena keje masa raya, this year dapat cuti agak panjang jugak. So tahun ni beraya umah my parent. Seronok dapat berkumpul ramai2... jarang2 dapat kumpul semua (walaupun adik beradik 5 org je...huhuuuhu). Bila dah kumpul semua ni, memang seronok la sangat. Berborak sambil2 masak hidangan untuk raya. I miss those moment so much :-) Aktiviti raya, macam biasa je...pi umah pak cik makcik sedara sume. Soalan cepu emas? Ada juga... x meriah la raya kalo tak de soklan2 gitu... heheheh...tapi alah bisa tegal biasa kan... x de sentap2 dah, alhamdulillah... kebanyakan yang jumpa pun mendoakan juga

Selamat Kembali kepada Fitrah!

27 Ramadhan. Sekejap benar Ramadhan sudah hampir nak berlalu. Bulan di mana pesta ibadah berlangsung. Dengan harapan dapat mendidik jiwa dan nafsu supaya kembali kepada fitrah. Fitrah hidup sebagai hamba Nya, yang tujuan kejadiannya adalah untuk beribadah kepada Allah. Di peghujung perjalanan ini, let us reflect on our achievement in Ramadhan. Makin dekatkah kita kepada fitrah diri kita yang sebenar? Atau makin jauhkah kita? Atau status quo - tiada perubahan. Semoga jiwa dan nafsu kita terdidik dengan baik sebagai bekalan menghadapi 11 bulan yang seterusnya. Semoga tahun hadapan, Allah panjangkan umur kita untuk kembali bertemu dengan Ramadhan. Semoga Allah menerima ibadah kita. Semoga Allah mengampunkan dosa kita. Semoga kita kembali kepada fitrah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat kembali kepada fitrah. TQ google Dikesempatan ini, i nak memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa atau terasa hati dengan penulisan i di blog picis

Bebelan Tengahari...

Macammana Ramadhan u all? Hopefully semua masih bersemangat meneruskan ibadah di akhir2 Ramadhan ni. And how is your life going on in this Ramadhan? I, alhamdulillah...This Ramadhan rasa cepat sangat berlalu. Apart from nak kena ganti doblas hari (nanges!) seronok melalui Ramadhan tahun ni... Alhamdulillah, tak missed sahur (walaupon hari 'coti' sbb prepare sahur for hubby). And alhamdulillah, tak missed terawih (except during red flag day). Syukur Ramadhan dipermudahkan tahun ni. My diet program? Heheheh... lepas raya la... bulan posa ni makan x jaga sangat... portion nasi tu kejap ok kejap 'banyaknye'.... and i memang x exercise langsung. Paling2 pun, banyak berjalan je... Buleh pulak last week kena pegi Sabah for meeting. Pegi jugak la... first time berbuka dalam kapal tbg. Alhamdulillah, steward tu announce waktu berbuka and siap bacakan doa berbuka puasa. So penurunan berat badan bulan puasa ni hanyalah berat air i guess... InshaAllah, lepas raya kena all ou

Amalan Seribu Bulan...Kisah Shamsun Al-Ghazi

Hari ni i nak story telling sket... Jgn tido plak lps baca eh...ni bukan bed time story... heheheh... Begini kisahnya... Sebelum zaman Rasululullah, ada seorang hamba Allah yang bernama Shamsun Al-Ghazi. Beliau berasal dari Gaza (Hence al-Ghazi). Kalau dalam English versionnya namanya Samson. Beliau merupakan seorang yang sangat gagah perkasa. Kekuatannya digunakan untuk berjuang menentang kekufaran dan mempertahankan agama Allah. Shamsun ni gagah perkasa, tiada tali yang dapat menyekat kekuatannya. Orang kafir berusaha dengan mengupah isteri Shamsun supaya merisik kelemahan suaminya dan bersekutu dgn mereka untuk membunuh suaminya. Setelah dirisik-risik, barulah diketahui rupanya Shamsun akan jadi lemah jika diikat dengan rambutnya sendiri. Maka pada suatu malam, ketika Shamsun sedang tidur, isterinya yang khianat telah menggunting rambut Shamsun dan mengikat tangan dan kakinya dengan rambutnya sendiri. Apabila Shamsun terjaga, dilihatnya orang2 kafir sudah berada disekeliling

Why do Bad Things Happend?

Last week, sambil2 masak, i dengar Ustaz Nouman Ali Khan's khutbah on the above title. Tak sampai setengah jam pun khutbah dia, but it really meaningful. I like his talk/delivery... sgt bersahaja, tapi penuh berisi. Ramai antara kita yg keliru, kenapa bad things happend to us. Why umah kita terbakar? Why kita sakit? Why kita tak de anak? Most people would call these bad thing as Musibah, which is synonym to calamity/disaster. But in old Arabic, Musibah come from verb 'asabah' and asabah mean to hit a target. So the word musibah, is something that hit you, and hit u exactly where it was supposed to hit you. That is why in Al-Quran, Allah using the word musibah to describe any bad things that happend, because as far as His qadar/planning is concern, ia berlaku seperti yang telah diputuskan. It is a perfect hit, in every single thing. Did i picked your interest? Come and hear more from the ustaz himself. Tak lama... tak sampai setengah jam...but pengisiannya, Subhanallah..

Bahasa Jiwa Bangsa

Biasa dengar kan? (errr... ni nak panggil apa eh? bukan pepatah kot... kata-kata hikmat? sapa bleh tolong? heheheh... mau kena luku ngan cikgu BM ni...) Anyway... the point is... is it true? Benarkah bahasa jiwa bangsa? Kadang tu, bila baca blog or facebook entry or tweet masyarakat kita yang suka guna bahasa kasar, i really feel embarrassed. Dah hilang adab sopan melayu tu. Dah hilang rasa hormat kita sesama bangsa, apatah lagi dengan bangsa lain. Kadang tu, i heran...kenapa tak boleh diberikan pendapat/ditegur secara berhikmah. Pantang kalau berbeza pendapat, masing2 berlumba nak tunjuk dia yang betul, sehinggalah instead of membahaskan hujah, serangan peribadi dilakukan utuk memuaskan hati. No wonder Islam semakin dipandang serong ...sebab yang menganutinya tidak langsung menunjukkan akhlak yg sepatutnya... Ya Allah, kurniakanlah kami akhlak yang mulia, supaya kami tidak menjadi fitnah kepada agama Islam yg indah dan mulia ini.... Amin... p/s: Kalau bahasa menunjukkan ak

1st Ramadhan - cili podeh!!!!

Alhamdulillah... dah masuk hari kedua puasa. Semalam, seharian di dapur. Blend bawang, cili, halia siap2...supaya senang nak masak nanti. Menu semalam - sambal kerang. Tu yg jadi lama di dapur, dok kopek kerang. Siap buat bubur kacang hijau lagi. Terjumpa lempuk durian dalam peti sejuk. And kebetulan ada kacang hijau. OK la tu...dessert for berbuka. Tapau siap2 utk MDH (coz MDH keje malam smalam). Lepas zohor tu baru la berehat... Bila berbuka, sambal kerang tu kemain pedas!!! kalah sambal cili api. Memang berpeluh i makan (i ni consider kuat pedas gak...tapi pedas sambal tu memang terbakor la mulut!). I blend cili kering yg i beli kat Giant. Tu pun dah siap tambah bawang sket... (petua cili tahan lama dan x cept berkulat). Still pedas gila... OK, selain tumis sampai garing, apa lagi petua nak kurangkan pedas cili eh??? Do Share... Thank You...

Marhaban ya Ramadhan!

Ramadhan Kareem! Allahu Akram... Alhamdulillah, dipanjangkan umur oleh Allah yg Maha Penyayang... masih berkesempatan menemui Ramadhan tahun ini... Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas... Semoga Ramadhan tahun ini akan recharge semula keimanan kita... Semoga Allah terima amalan kita... Semoga kita semua berjaya 'graduate' di bulan Ramadhan ini dan menjadi muslim yang lebih baik dan terdidik hatinya.... amin... Selamat berpuasa dan marilah kita berlumba-lumba menambahkan pahala di bulan pesta ibadah ini.... Maaf atas salah silap dan srkiranya ada terguris hati dgn coretan di blog ini.... Ramadhan Kareem... p/s: blog ini mungkin kurang berupdate sepanjang Ramadhan ini..i try update bila berkesempatan ya :-)

Travel Week - Part 2

Sorry banyak2 dear readers.... lambat bebenor i nak update part 2. U know me..bila travel sikit, penatnya mengalahkan org yg keje construction... huhuhhu... OK, sambung part 2. Perjalanan balik KK, alhamdulillah, smooth je. Flight tak delay. On time. Sampai KLIA2, adik ipar dah menanti nak ambik and terus zoooommmmm, kita balik PD. Next day, mula la perjalanan ke Taiping. Konvoi 4 kereta. Biasa la konvoi kan...mana bleh jalan laju2...hubby i bawak around 90km/hr je... huhhuhu...pkol 10 kitorang bertolak, dekat pkol 7 baru sampai Taiping. Ye la...berenti kat R&R, siapada yg tersesat lagi... hehehhe... i dok tido bangun tido bangun je dalam kereta tu... alhamdulillah, semuanya selamat and smooth. Sampai je, siap2 pi kenduri tahlil kat umah pengantin perempuan. Makan malam sekali. Balik kenduri tu, baru la start sesi menyiapkan hantaran...ni hasil tangan i and my SIL. Buat sorang x larat!!! apa yg penting??? Kerjasama!!!! (Wonderpet!).... heheheh.... gubahan telekung

Travel Week- Part 1

Minggu ni schedule penuh dengan travel. La ni i bersiaran dari Kota Kinabalu. Sok ada meeting kat sini. What a day! Penat rasanya... pagi2, pi keje dulu. I have to masuk opis gak coz nak kena sign a few documents. Otherwise, sangkut la keje anak2 buah i... On the way nak pi keje, singgah petrol pump nak kluarkan duit. Ye la...nak pi travel kan... kena la bawak duit lebih sket for taxi fare etc. Sekali tu.... x leh nak kluarkan duit. Hahahahah...kad atm i tu dah lama (tahun 2003). So transaksi i dah disekat supaya i pi cawangan bank tu and tukar kad baru. Adoi la.... So rushing to office...siapkan sign2, balas e-mail2, cleanup my mailbox (cepat betui penuh!), discuss sket2 ngan my staff....already dah pkol 11 pagi. Cepat2 kluar and pi bank. Ingatkan lama la process nak tukar kad tu...tak sampai sepuluh minit dah siap eh... bagus betui bank ni... kad i siap ada gambar harimau malaya lagi... bank ni sponsor HM kot... So balik umah, siap2 barang and tunggu taxi sampai. Since my fli

OWOJ

U all pernah dengar term ni? OWOJ? or may be u heard about TDOJ, or ODOJ? If yes, i assume u may be one of the person yg involved in this OWOJ/TDOJ/ODOJ. If not, it doesn't mean that you tak pernah buat this thing. May be u are one of the person yang OMOJ or even OYOJ. So... for those yg x tau this term, I'm glad to inform you OWOJ is One Week One Juzu'. So there rest are = TDOJ = Two Days One Juzu' ODOJ = One Day One Juzu' OMOJ = One Month One Juzu' OYOJ= One Year One Juzu' and the list can go on and on, depending on how soon u want to complete your juzu'. As i said, sepanjang hidup kita sure kita akan habiskan khatam quran, it just that we didn't give it a name/term. Actually I came across this term melalui ladies in my ex-scool group wassap. As a preparation for Ramadhan, dan nak membiasakan diri dengan membaca al-quran, we form a group of 11 and buat OWOJ. So each of us is assigned with one juzu', and we need to complete the

New Scale - New beginning?

Sorry u all...i'm a bit busy lately. Ni sempat jengah kejp jer... Last week, pi ikut MDH gi Cosway. MDH dok cari barang dia, i dok usha2 barang dalam kedai tu...Sekali ternampak la scale yg i cari2... huhuhuhu... Apa lagi... kenyit2 mata sket ngan MDH, buat muka comel2 sikit (kikikiki..perasan!) dapat la rembat scale tu... hehehehe.... terima kasih bebanyak kat En Somi ku yg terchenta kerana men'support' pembelian ini... hehehehhe ;-) Ni le Scale tu.... Apa yg best sangat scale nih? Sebab.... Yer... sebab ada body analysis! Scale ni bleh measure body fat, water, muscle mass, bone density and calories kita masa timbang tu... Ha... mana i tak excited nak dapat kan scale nih... Now i bleh tau apa progress and changes in my body, walaupon weight i x bergerak.... yeay! Scale ni jenama Health Club. Ada warranty card setahun. Mahal ke tak? Masa mula2 tu x tau harga, i ingat ratus-ratus la... rupanya RM 90. OK la tu kot... On my diet plak, hari smalam restart bali

Recharged!

I'm going to be honest. The second part of my 90 days challenge this month is the worst ever. For the past 2 weeks, was my downtime. I x jaga portion makan, i x senam... Oh my.... and the weight is creeping up (insert scream here). OK.... we need to renew our resolution.... now! New month, new beginning... Eat Breakfast!!!! It's the important meal of the day. Without it, lunch and dinner would be 'sesi mentekedarah'. And try to stick to this schedule makan (kalau x puasa): Eat kurma within 1 hour after bangun tidur Take breakfast around 7 - 8 am Makan Snek around 10.30 am Lunch around 12.30 - 1.00 pm Snek around 3.30 pm Dinner (if possible) by 7 pm (not possible is more likely... may be kena change to light dinner). Snack at 9.30 pm Tido around 11 pm to 12 am OK...can i do it??? I really hope i can... Just remember why you are doing this... The reason u do this... to be healthy, so that u'll produce good eggs in next IVF. Chaiyyok!!! p/s: need

Marhaban sya'ban

Dah masuk bulan sya'ban...x lama lagi Ramadhan... X sabar rasanya... Just nak share about pembersihan Ka'bah. Selalunya, in preparation of welcoming Ramadhan, bahagian dalam Ka'bah akan dicuci dan dibersihkan. I just copy paste dari suratkobar saudi ni...a good info to share :-) How i wish to see the interior of Ka'bah... Makkah Emir Prince Mishal Bin Abdullah and other dignitaries come out of Kaaba after the ceremonial washing ceremony on Thursday. — SPA photos Badea Abu Al-Naja Saudi Gazette On behalf of Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah, Makkah Emir Prince Mishal Bin Abdullah washed the Holy Kaaba on Thursday. Dr. Abdulaziz Khoja, minister of culture and information; Sheikh Abdurahman Al-Sudais, head of the Presidency for the Affairs of the Two Holy Mosques; Sheikh Muhammad Al-Khozaim, deputy head of the presidency; Osama Al-Bar, mayor of Makkah, several other ministers, Islamic scholars, Muslim diplomats accredited to the Kingdom, as well as

Akhirnya....Kau pergi jua...

Setelah sekian lama, Akhirnya kau pergi jua.... Melihat carikan yang kau berikan di akhir usia mu, Ku akur cukup sampai di sini, Terima Kasih atas segala keindahan yang kau serlahkan, Semoga pengganti mu mampu memberikan, apa yang telah kau berikan selama ini... OK...tak yah fefeeling sangat... Apa yang pergi?? My iron. Setelah berkhidmat selama 9 tahun 2 minggu, perkhidmatan seterika i telah ditamatkan dengan rasminya minggu lepas. Discharged with honour. Hehehehe..... terima kasih atas perkhidmatan yg diberikan :-) Seterika ni was a wedding gift from a friend. Seterika yang bleh steam iron. Memang best pakai seterika ni. Senang nak hilang kedut pakai steam function tu. Actually skang ni pon boleh pakai lagi iron ni, tapi kena extra careful la... sebab tombol yg jaga tahap panas tu dah stuck kat level yg paling panas. Dah tak leh nak pusing2 dah... Tapi dalam careful2 tu, dah 5 lai baju i terkorban, including satu tudung ariani (nangessssss....). I think control yg ja