Skip to main content

Kembara Rohani - Part 4 : Makkah - Masjidil Haram dan Ujian Nya.

I cuba nak habiskn entry berkaitan pengembaraan rohani i ni secepat mungkin. Hari ni MC pun berdesup-desup email kerja masuk...takut kalo i delay, x abis la entry pasal ni...

OK... continue from our journey to Makkah. Perjalanan yg i rasa singkat. Sgt dimudahkan Nya. Tengok suasana dan pemandangan sepanjang jalan ke Makkah, memang ternyata padang pasir yang kontang. Sgt insaf rasanya mengenang kesusahan umat2 terdahulu bermusafir dari Madinah ke Makkah menaiki unta dan berjalan kaki. 

Menghampiri sempadan tanah haram, malam sudah menyelubungi... namun hati tetap rasa teruja. Semakin dekat dengan Rumah Allah. Semakin dekat nak tengok Ka'abah. Sampai di Makkah kami check in hotel dulu, baru la pi tunaikan umrah (tawaf, saie dan tahallul).

Sungguh...hanya Allah yang benar-benar tahu mengapa seseorang itu diuji. Jika di Madinah, kami diberikan kesenangan dan kemudahan, di Makkah Allah menguji kami dengan tempat penginapan. Actually di Madinah lagi pihak agensi dah beritahu hotel yg sepatutnya kami duduk (dlm 100 m dari masjidil haram) telah dijual booking nya kepada org lain. Pihak pengurusan dah bertungkus lumus mencari hotel ganti. Namun, hotel gantian tu terletak lebih kurang 800 meter dari masjid. Masa sampai kat hotel gantian tu (nama hotel tu luq'luq kalo x silap), agak terkejut la juga dgn kondisi hotel yg agak uzur dan tahap kebersihan di tempat makan (dining hall) yg agak kurang. Tapi i sematkan dalam hati... ini adalah ujian buat kami. Pasti ada hikmahnya. Honestly, tak sikitpun i marah kat pengurusan agensi tu. Sebab i tahu, semua ni ketentuan Allah. Lagipun kawan2 i yg pergi dgn agensi ni sebelum ni, x pernah hadapi masalah mcm ni. 

Actually, sepanjang duduk di Makkah, kitorang duduk di 4 hotel yg berbeza. We spent 1 malam je di hotel luq luq tu. The next day, kami berpindah ke tempat yg lebih selesa, tapi sgt jauh dari masjid. Kalau jalan kaki, memang dlm 30 ke 45 minit. Dalam 2 malam kami duduk kat sini, kami pindah lagi ke hotel yg lebih dekat dgn masjid, Hotel al-Massa. Around 150m dari masjid. Tapi sbb hotel penuh, kami dapat duduk 2 malam je, sebelum kami pindah ke sebelah hotel al Massa, iaitu hotel a-Maqam untuk baki 2 malam di sana. 

pemandangan foyer masjid dari hotel al Massa. Ni waktu nak Maghrib. Kami baru pindah masuk ke hotel al Massa... kalau tanak solat di dataran, sila datang awal ke masjid ya... Otherwise, jalan masuk akan ditutup and solat la u kat dataran tu...
I berterima kasih pada managment agency sebab berusaha juga nak penuhi janji mereka pada kami utk hotel yg selesa dan dekat dgn masjid. I pun x kisah sgt...yg penting, dah dapat jejak kaki ke Makkah. Kita datang bukan sbb nak duduk kat hotel sepanjang hari pon. Mungkin dgn cara ni dapat kami habiskan lebih banyak masa di masjid :-) Dan hikmah lain, i rasa Allah nak bagi kami rasa humble, merasai kesusahan org lain yg terpaksa duduk jauh dan bersusah payah ke masjid. So...dgn hati lapang kami terima je seadanya. 

Masa first time melangkah masuk masjidil haram, i recite doa mohon kesejahteraan dan Rahmat dari Nya. Kami masuk dari pintu satu. Main door of masjidil haram. (tips: kasut u all letak dalam sarung kasut. pastu if u masuk sikit pintu satu tu, sebelah kanan ada tangga nak naik atas. kat area sebelah tangga tu, ada pintu2 which i x sure pi mana. But pintu ni memang sentiasa tertutup and according to our mutawif, if letak kasut kat situ, InshaAllah tak hilang. Memang x pernah hilang pun kasut kitorang letak kat situ. Kasut seeleoknya tinggalkan dan jgn dibawa masuk kalau u all nak bertawaf. Sebab syarat sah tawaf kena suci dari najis pada diri dan pakaian. Kita x tau kasut kita ni dah pijak apa kan...).

Lepas letak kasut, kami masuk ke dalam masjid. Masa ni x nampak lagi Ka'bahnya...semakin dekat, sedikit demi sedikit nampak Ka'bah di depan mata... And when i got the full view of Ka'abah... Subhanallah...no words can describe my feeling... Alhamdulillah... Aku dah datang ya Allah... mengalir air mata tengok Ka'bah depan mata. Aku dah sampai dan lihat qiblat yg ke arahnya ku sujud setiap hari... Kami terus solat jama' ta'khir berjemaah. Kemudian kami teruskan dengan tawaf ka'ba tujuh keliling. Sepanjang tawaf, memang air mata ni mcm waterfall... sayu je rasanya mengenang dosa2... sebakmemohon pengampunan Allah... syukur dengan kesempatan yg diberikan utk bertaubat dan menunaikan umrah...seronok...semua ada. Even now terasa keseronokan dan kerinduan pada suasana tu. 

Ramai sungguh orang bertawaf. Sepanjang i kat sana, i x rasa kawasan tawaf tu lengang... sentiasa penuh dgn org yg tawaf umrah dan tawaf sunat. Kalau tengok dari luar, rasa macam 'celah mana aku nak masuk ni ya...' disebabkan nampak padat dan ramainya org bertawaf. Tapi bila dah masuk dan bertawaf, MasyaAllah... ada je ruang utk kita biar sesak macam mana pun.... (tips: mutawif shared with us...kalau nk cepat bertawaf dan tak sesak sangat, ikut pusingan yg paling luar. Semakin dekat dgn Kawasan ka'bah, lagi sesak dan lambat coz dorang nak pegang kelambu ka'bah and cium hajarul aswad and nak masuk hijir ismail. Lepas tu, kalau berpegangan tangan, better pegang macam keretapi (pegang dari belakang) instead of pegang sebelah menyebelah... sebab dlm satu barisan lagi mudah nak bergerak. Kalau ada a group of people rempuh nak lalu, let them pass... InshaAllah, kita mudahkan dia, Allah akan mudahkan untuk kita pula...Another tips: sepanjang tawaf, kita kena jaga wudhu...so, masukkan tgn dlm telekung, dan sesekali lindungi kawasan muka kalau nampak macam ada possibility tersentuh kulit dgn org lain yg boleh menyebabkan batal wudhu').
see tempat tawaf tu...ramai kan... but don't fret...if u bertawaf, InshaAllah ada tempat untuk u :-) Kelihatan juga Mataf 2 tingkat yang sudah siap... 

Selesai tawaf, kami solat sunat tawaf di kawasan belakang maqam Ibrahim. Masa ni, memang ambik kesempatan doa banyak2 dan buat solat sunat hajat sekali. Then, pi minum air zam zam...nikmat betui! After that, off we go to Saie. Merasai perjalanan Siti Hajar, ibu Nabi Ismail mencari air. Dari Safa ke Marwa... 7 kali... MasyaAllah... sekarang ni keadaan dah dimudahkan...ada aircond, jalan cantik ber marmar. Kalau zaman beliau dulu, dgn terik matahari nya...dengan kerisauan nya... Dalam keadaan sekarang pun, i punya tumit dan kaki bengkak...apatah lagi keadaan Siti Hajar waktu tu... Tabah sungguh dia...wanita yg diuji, ditinggal di padang pasir...tanpa banyak soal menurut perintah. Terkesan dlm hati, aku hanya diuji sedikit dalam hidup ni, namun cepat benar tersungkur keletihan.... (tips: make sure u pakai pelembap utk bibir, muka, tangan dan kaki/tumit. Keadaan kat sana kering...kulit senang kering dan pecah/menggelupas).

menghala ke Marwa... kawan i kata, memang luar biasa ramai orang waktu yg i pergi ni... 

Sepanjang Saie, i baca doa dalam buku panduan (tips: masa tawaf x digalakkan baca buku doa, sebab takut bahu kiri kita lari dari Ka'bah). bergenang lagi air mata bila membaca doa tu. Penuh pengharapan, semoga Allah terima amalan ku ini... Selesai Saie, terus kami bertahallul dan pulang ke hotel.

Para jemaah umrah berehat atas bukit Marwa. Kami bertahallul di bahagian belakang bukit ni... Memang ada disediakan tong sampah utk masukkn rambut2 yg digunting tu...
Namun, Allah masih ingin terus menguji i. I found out that my period datang balik masa i berumrah tadi. Allahu Akbar... I dah bertahallul dah... bila refer kat ustaz, ustaz kata since x sure masa bila dia keluar, dan ditakuti dia keluar masa tawaf, so dikira batal la tawaf i dan x sah umrah i. And since i dah tahallul, so i dikenakan Dam (Tips; spare duit dalam SR500 just in case kena dam... huhuhuhu). Actually, my period memang dah kering 2 days bfore i fly. Kat madinah memang ada kluar sikit2, tapi jenis kering and tak kerap keluar. i boleh mandi terus. Kat makkah, lepas je dia keluar, memang jenis yg basah dan mengalir non stop for about 3 days. Memang sepanjang masa i dok kat bilik je, sambil berdoa supaya cepat la kering... (masa ni la pi dgr ceramah Nouman Ali Khan sampai abis prepaid i...x de menda lain nk buat kan...). Alhamdulillah, once abis je period, i dapat sempurnakan umrah wajib i, without incident :-) (tips: according to ustazah yg ikut kitorang, dia galakkan kita amik je ubat berentikan period, walaupun period dah habis atau mmg x sampai masa period lagi. Coz kadang2, bila penat dan faktor persekitaran berubah, org yg menopous pon bleh datang balik period... and this happend to her MIL. But i strongly suggest u get professional opinion. Selain dari tu, jgn lupa doa...doa...doa... sebab apa pun kita buat, tanpa izin Nya, takkan berlaku jua...).

Keadaan kota Makkah ni pesat dengan pembangunan masjidil haram. Masa i pi, memang berdebu sungguh. I diuji juga dgn selsema dan batuk and demam on and off sepanjang i berada di makkah. Sampai skang pun blum baik lagi. Better u pakai nose filter bila sampai2 di Makkah. I masa sampai tu x pakai...tu yg terus kena selsema batuk tu. (Tips; pakai nose filter jenama NOSK, boleh pakai masa tawaf sebab dia x tutup muka.)

credit google. I beli dapat 1 set dlm RM 19, ada 2 filter. Bleh pakai satu, and basuh satu. Dia ada agent di malaysia ni...bleh tgk FB dia... 
Rancangan pembangunan Masjidil Haram. Sekarang tengah rancak pembangunan yg bahagian belakang masjid tu... Cuma x nampak Mataf dlam rancangan pembangunan ni... Mataf dah siap, cuma tinggal tingkat 2 je yg masih dalam pembikinan. Tingkat 3 sudah diguna pakai untuk yg pakai wheelchair. Kadang dia buka juga utk yg lain kalau kat tempat tawaf sgt ramai orang... gambar ni ambik masa kat muzium Makkah.

Bila pikir balik, tak de la berat pun ujian yg Allah bagi kat i masa kat Makkah. Syukur, i mampu menghadapinya. Dan i berdoa semoga Allah ampunkan dosa i, and terima amalan i di sana...amin...

Hari2 di Makkah yg i boleh solat, memang i amik peluang solat di masidil haram. seawal pkol 3 pagi, kami dah gerak ke masjid utk bersedia solat subuh. Selalunya, lps subuh kami balik, dan waktu dhuha ke masjid semula. Lps asar, kadang balik, kadang stay terus sampai Isya. I suka solat di tingkat 2. Kawasannya windy :-). I and my MIL memang explore kawasan solat wanita di masjidil haram. Merasa la kami solat di Basement dan juga solat di ground floor. Tinggal roof top je kami tak naik, sebab x nampak org pompuan naik...semua lelaki... Nxt time if pegi lagi, nak ajak hubby i naik roof top pulak ;-)

Interior masjid memang cantik. Pada i seni bina siling masjid ni unik. 

kawasan solat wanita di tingkat 2 kalau x silap i...

siling di tingkat 2

Siling masjid di ground floor

Lampu masjid di ground floor

Lampu masjid di ground floor

carpet masjid :-)

Ni sebahagian gambar kawasan masjid yg i berjaya rakam. Ni pon ambik sorok2... Honestly, kat Makkah mood bergambar agak kurang sket... banyak gambar kt HP hubby i.

OK, nanti i sambung dgn cerita ziarah sekitar Makkah ya :-)

Comments

  1. sungguh tenang disana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NHA...memang tenang... :-)

      Delete
  2. Sweet..
    ni my emel
    blog.umi.sufi@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Seronoknye bace perkongsian pengalaman2 awak...byk info berguna tuk org lain yg mgkn akan ke sana. Moga2 saya juga akan berpeluang utk ke sana. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Safiyyah, smg ur rezeki soon utk ke sana :-)

      Delete
  4. ya Allah...menangis juga baca entry ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie, bila dah rasa sendiri, lagi rasa asik nk nangis je bila ingat suasana kat sana... sgt mudah nk ibadah... dan lg rasa nk nangis, bila rasa x kuatnya diri ni nk istiqamah dgn amalan masa umrah.... smg Allah ampunkan i dgn kelemahan diri ni...

      Delete
  5. i suka baca pengalaman umrah dan haji blogger2..walaupun sama dan gambar pun sama tapi tak apa la sebab rasa bestnya you all dijemput Tuhan..i always pray for that..and baca you punya 4 parts of spiritual journey ni bestnya..rasa hati sayu..

    ReplyDelete
  6. before i pi umrah mmg i dok google semua blog yg citer pasal umrah ni... but menjalani sendiri ibadah tu, memang 'ruh' dia lain... InshaAllah, semoga B&C berpeluang merasainya soon :-)

    ReplyDelete
  7. sweet, msti rasa x percaua dh smpai Mekah kan.. bila baca rase cam sedih pun ada jgak.. tgh imagine bila sue ada kat sana :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B