Skip to main content

Kembara Rohani - Part 2 : Madinah.

Ok...sambung part Madinah pulak. Sampai2 di Madinah, terus check in hotel. Alhamdulillah...hotel yg i duduk tu sangat2 dekat dgn masjid. just 50 m from masjid. And we can even see the masjid entrance from hotel lobby.

hotel lobby (Golden al-Ansar Hotel) ...tgh tunggu nak check in

Masa masuk lobby tu, dah nampak masjid...memang x sabar rasanya nak ke masjid.
kelur sikit dari lobby, dah nampak pintu masjid :-) Ni pintu no 25 i.e org panggil pintu Raudhah. Coz pintu ni tempat wanita yang nak masuk raudhah berkumpul

Lepas check in, mandi semua...berdesup kitorang pi masjid. masa tu dah pkol 4.45 dah...lagi sejam lebih kurang nak masuk subuh. (Tips: to ensure u solat dalam masjid, and not kat foyer masjid, please be at masjid at least sejam sebelum masuk waktu. Otherwise, memang bercinta la u all nak masuk dalam masjid).

Kat masjid, memang ada pintu khas untuk ladies area. Ada banyak ladies area ni. I tak explore sangat. Coz i memang masuk ikut pintu 25 je. Bila masuk masjid, HP berkamera memang adalah dilarang. But me being me... i sorok2 sket. Memang ada guard pompuan yg jaga pintu masjid and check. And i saw with my eyes a few jemaah yg disuruh balik sebab carry HP. (Tips: Beg I ada zip utk compartment utama and zip di sisi utk compartment kecil. I selalu letak hp i dlm compartment kecil. I bukak zip compartment utama and suakan pada petugas masjid. Since zip compartment kecik mengadap i, so dia x nampak dan x check. hehehehe.... Ada kawan i yg sorok dlm stokin. Whatever method u use, please ensure u x ganggu org lain dgn ur snapping. And make sure u x ambik gambar org lain tanpa kebenaran, apatah lagi gambar yg menunjukkan aurat. Owh...pls also make sure ur phone is on silent mode ya...).

First day di Madinah, free activity. So kitorang memang gi masjid je la aktivitinya. Second day, pagi tu baru di bawa menziarahi tempat2 menarik di Madinah. Antara tempat yg kami kunjungi ye lah Masjid Quba', Bukit Uhud dan Ladang Kurma.

Masjid Quba'. Alhamdulillah, dapat juga solat merasa solat di masjid pertama yg bina dlm islam. Pahala solat di masjid ini sama dgn pahala mengerjakan sekali umrah. Kalau berkesempatan melawat masjid quba', jgn lepaskan peluang solat dlm ni ya...
 Kemain ramai org dalam masjid, especially area solat wanita. (Tips: if masjid quba' is the first place in your itenary, better u datang dlm keadaan berwudhu. Sebab org terlalu ramai, memang agak lama la kalo nk pi ambik wudhu etc. Even dalam masjid pun bersesak sesak org tunggu dan cari tempat nak solat. If u dah ada wudhu, senang...sampai2 bleh terus solat). Bila dah ramai org ni, kecenderungan nak bertolak-tolakan tu memang tinggi. So kat sini kena banyak bersabar. In fact kt masjid nabawi pun sama... org yg datang dari pelbagai budaya/culture. Org Malaysia ni, kitakan lemah lembut dan sopan santun. Kalau org berasak-asak nak masuk, bagi je la lauan kat mereka. X yah rempuh2. Kang nanti dari nak dapat pahala, dapat dosa pulak sebab tolak2 orang. Banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan.

After masjid Quba', kami pi melawat ladang kurma. Kat sini, ada juga disediakan teh percuma utk pelawat-pelawat yg datang. But since ramai sgt org, i x pi minum pun.

Isi fresh kurma (or rather frozen one. heheheh)

Ni la fresh kurma yg di frozenkan. Merasa la i makan... Pastu amik 2 ketui simpan dlm beg. Pastu lupa. Sampai makkah baru teringat...dah jadik mcm kurma yg kita slalu beli ;-P
 Kat ladang kurma ni, u all bleh beli apa jenis kurma pun yg u nak. dalam pasar dia tu, memang dia jual timbang kilo. In fact, u bleh rasa semua jenis kurma tu. Just amik sebiji, and tanya kat penjual tu 'Halal?'. Usually dia akan reply 'Halal'. So u all makan la... Kenyang i test kurma kat situ. If u tak rajin nak pi membeli belah kat tempat lain, kat sini u boleh beli segala macam candies yg berkaitan. Buah tin kering pun ada. Bukan apa, utk org yg malas shopping mcm i ni, senang sekali belanja kat situ utk beli kurma dan candies. Lepas ni x yah pikir nk beli apa2 n bleh focus ke masjid ;-)

Next destination, Bukit Uhud. Where the famous Perang Uhud took Place. Kat sini juga terdapat perkuburan para syuhada' perang Uhud. Bila sampai sana, keadaan panas terik, walaupun cuacanya agak sejuk. Sudah pasti, ketika peperangan berlangsung, cuaca lebih terik dari waktu i pegi tu. Macam terbayang-bayang pahlawan2 Islam berjumlah 700 orang, menentang org kafir makkah berjumlah 3000 orang.

Bukit Uhud

Lagi bukit uhud. Bukit ni panjang...

lagi bukit uhud

Ini bukit rumah, i.e bukit dimana Nabi meletakkan 50 pemanah. Despite pesanan nabi utk tidak meninggalkan bukit ini, mereka tidak akur lalu menyumbang pada kekalahan di dalam perang ini. 70 sahabat syahid dalam peperangan ini.

Bukit Uhud. Memang Besar dan panjang dan berbukit bukit. Bayangkan...inilah berat dan banyak nya pahala mengerjakan solat jenazah. Rugi kalau ketinggalan solat jenazah yg hanya perlu 4 kali takbir dan sekali salam ke kanan. 

Kawasan perkuburan syuhada' Uhud. Kawasan ini berpagar (hubby hulur HP masuk amik gambar...eheheh). Dipagar utk elakkan amalan khurafat. Kawasan kubur ni sebenarnya ialah kawasan di mana para syuhada' di tanam semula. Pernah jadi banjir besar di madinah suatu ketika dulu, dan kubur sahabat2 ni terbongkar. Jasad mereka masih utuh, dgn darah yg mengalir dan wangian yg harum. Subhanallah... Ketika dikebumikan semula, 3 jasad sahabat rapat Rasulullah, termasuk bapa saudanya Hamzah, di tanam di bahagian hadapan (di kawasan gambar di atas) dan selebihnya dibahagian belakang. 
Syahdu rasanya ketika berdoa untuk para syuhada' Uhud. Sekurang-kurangnya, mereka sudah dijanjikan syurga... Apa lah nasib kita nanti ya... yg takut2 memperjuangkan Islam...Smg Allah berikan pengampunan Nya terhadap kelemahn kita ni...

Usai melawat kawasan Uhud ni, kami berziarah ke masjid qiblatain. Tapi x sempat nak masuk pun...sebab nak kejar waktu zuhur di masjid nabawi. Kitorang lalu jer...

Lepas solat Asar, program lawatan disekeliling masjid Nabawi. Kebetulan, masa ptg tu dapat la i menyaksikan payung masjid ditutup. Siap amik video lagik...memang jakun i ni...hehehhehe


I luv the interior of Masjid Nabawi. Sgt cantik pada mata i ni. Terserlah keindahan seni bina Islam. Keadaan masjid pun sgt bersih, dan dijaga sempurna oleh petugas petugas masjid. Kalau u all nak bersedekah, i galakkan, sedekah pada petugas masjid ni.




Siling masjid nabawi

Design dalaman Kubah Masjid Nabawi

pemandangan masjid dari tempat duduk i. Ni kawasan pintu 25, saf depan2. Belakang panel coklat tu kawasan solat lelaki

Cantik kan arch ni?

The famous payung

Payung dah tutup

Bawah kubah hijau tu Maqam Rasulullah dan disampingnya sahabat Baginda Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar. Baginda dimaqamkan dibilik Saidatina Aisyah. Kawasan perkuburan baginda dipagarkan untuk elak amalam khurafat. Sayu je rasa... tgk dari kejauhan sbb nak masuk waktu maghrib dah waktu ni.
I sempat tengok perkuburan Baqi' dari luar je... My hubby yg dapat dapat masuk the next morning (ladies are not allowed to enter). Dalam perkuburan ni ada perkuburan isteri2 Rasulullah, antaranya yg i ingat Aisyah.

Perkuburan Baqi' 

Dikatakan bahawa mereka yg ditanam di sini adalah diantara yg awal di bangkit di hari kiamat kelak.

Kalau x silap i, yg dlm petak di perkuburan baqi' adalah tempat jenazah isteri2 Rasulullah bersemadi. Wallahu A'lam.

I berkesempatan pi toilet kat masjid nabawi. Siap ada escalator lagi turun ke bahagian toilet and tempat wudhu. Waktu org ramai, memang akan terjadi la perebutan. So again...sabar! (Tips: actually ramai org beratur di toilet bahagian depan2. So u all pi la toilet yg bahagian belakang2 sikit. And make sure u berdiri betui2 kat depan pintu toilet tu. Or u letak tangan kat bingkai pintu toilet tu, so that x de org boleh potong ur line. It happend to me. I dah beratur dah. And it was my turn next. Tapi ada sorang mak cik ni selamba menyelinap masuk depan i and terus masuk toilet bila org dlm tu keluar. Lepas tu, semua kawan2 dia beratur depan i. So i pi toilet bahagian belakang2, and i berdiri betul2 depan puntu toilet. Masa nak amik wudhu' pun, pi amik kt tempat yg hujung2... x ramai orang. Same thing can be applied in Makkah as well. Tapi i x berkesempatan melawat toilet kat Masjidil Haram pasai jauh sgt dari tmpt solat. hehehehhe).

OK...panjang pulak rasanya...nanti u all boring... So later i sambung with pengalaman i nak masuk Raudhah dan perjalanan ke Makkah.

Till then...

Comments

  1. seronoknya..sure rindu nak pegi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sarah...dok dgr je sebelum ni org kata rindu nk pegi lagi...bila dah merasa...memang rasa rindu dgn suasana kat sana...

      Delete
  2. xbosan ok baca..hehe

    ReplyDelete
  3. Best la kak.. Mana boring. Hahaha. Puas baca :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B