Skip to main content

Kisah Tok Guru Dengan Anak Muda : Pengajaran yg patut kita ambil...

Salam Saiyyidul Ayyam, Jumaat yg penuh barakah....

Entry yang sgt menarik dari seorang yg saya ikuti penulisannya.... mari kita renung2 kan...



KISAH TOK GURU DENGAN BUDAK MUDA

Pengerusi Masjid, semasa mempengerusikan sesi telah berkongsi cerita menarik.

Katanya ada seorang budak muda mahu mengaji dengan seorang Tok Guru. Tok Guru itu mengajak budak berkenaan berjalan-jalan dengannya.

Semasa lalu di ladang anggur, Tok Guru itu bertanya, “buah apa tu?”

Kata budak muda, “buang anggur.”

Tok Guru berkenaan bertanya lagi, “tuan dia bolehkah makan buah anggur tersebut?”

Budak muda menjawab, “tentulah boleh. Jika tidak, masakan dia tanam pokok anggur tiu”

Kemudian mereka melintasi keramaian yang sedang menguruskan kematian. Tok Guru bertanya, “ada apa itu?”

Budak muda itu menjawab, “ada kematian”.

Tok Guru berkenaan menyoal, “mayat tu hidup atau mati?”

Dengan perasaan jengkel terhadap soalan mengarut ‘orang tua’ ini, budak muda tersebut menjawab, “tentulah dia sudah mati!”

Kata Tok Guru berkenaan, “baliklah. Pergilah belajar dengan orang lain. Aku tidak boleh mengajar kamu. Kamu tidak boleh belajar dengan aku!”

Budak muda itu terkejut.

Mengapakah reaksi Tok Guru berkenaan begitu?

Kata Tok Guru, “apakah engkau ingat aku bodoh bertanyakan engkau tentang anggur itu? Yang aku maksudkan, adakah peladang anggur itu pernah meminjam wang untuk membuka ladang, adakah dia sudah membayar hutang, membayar zakat? Jika dia belum menyelesaikan semua itu, dia tidak boleh makan anggur tersebut”

Katanya lagi, “apakah engkau ingat aku ini bodoh, bertanyakan mayat itu hidup atau mati? Maksudku, jika mayat itu ada anak soleh, mayat itu akan hidup kerana amal yang ditinggalkannya, melalui anaknya yang soleh itu”

Sesungguhnya…

Apabila engkau hai anak muda, ada jawapan untuk semua soalan, engkau tidak cukup syarat untuk menjadi penuntut ilmu. Engkau tidak cukup telinga, untuk mendengar sebelum berkata. Tanda dunia ini dibelenggu kebodohan, apabila hidup kita dibingitkan oleh pendapat dan komen semua orang dalam semua perkara.

Bawa-bawalah diam.

Banyak-banyakkan berfikir, berzikir, membaca dan memahami.

You can read full entry here: Hasrizal @ www.saifulislam.com.

Comments

  1. bawak2 la diam tu sesuai sgt dgn keyboard warrior ..ramai sgt nak jadi warrior..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhe...tu la...moh le kita diam je...wait n see, banyakkan doa smg Allah tamatkan kemelut ini dgn selamat dan kesudahan yg baik...Amin...

      Delete
  2. Perkongsian yg menarik.
    tq berkongsi.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B