At last, dapat gak peluang menulis...MDH keje malam hari ni... Ni sambil2 tulis sambil tgk Semanis Kurma. Alhamdulillah... i dah semakin sihat. Batuk pun dah berenti, except kalo sejuk sgt. Selsema pon dah x de.
Kami dijadualkan untuk bertawaf wida' selepas solat zuhur. Tawaf Wida' ni adalah sesuatu yg wajib kita lakukan sebelum kita berangkat pulang. Kiranya, kita mengucapkan selamat tinggal dan berdoa agar dapat kembali ke Makkah. Adab tetamu datang, mestilah minta izin untuk pulang... begitu lah lebih kurang diibaratkan... Bila dah selesai tawaf wida', kita kena jaga pantang larang... Contohnya, tak boleh buat perkara2 yg tidak berkenaan dgn musafir, like ambik2 gambar etc. Tak boleh bersedekah dah....tak boleh membeli belah, kecuali keperluan makanan secukupnya utk bermusafir pulang. Kita pun x leh nak lepak2 kat bilik dah. So barang2 memang i dah kemas siap2 sebelum ke masjid. Lepas tawaf wida' nanti, kami naik bilik hanya utk mengambil beg dan turun semula untuk menaiki bas dan terus memulakan perjalanan ke Jeddah. (tips: pastikan kalo ada nk bersedekah, atau shopping and even nk ambik2 gambar, selesaikan semua tu sebelum tawaf wida').
Seawal pukul 11, kami sudah berada di masjid. Menghabiskan sisa2 waktu yang ada di Masjidil Haram, menikmati kelazatan beribadah di Rumah Allah dan ketenangan duduk iktikaf. Agak sebak rasanya waktu itu, dan i menghitung detik2 terakhir ketika i berada di masjidil haram. Hati tambah gundah, bilamana azan zuhur berkumandang. Usai solat zohor, kami bergegas menuju ke kawasan tawaf. Masha Allah.... Ramainya umat manusia... jalan ke tempat tawaf sesak. Kami melawan arus, sedangkan berbondong-bondong manusia menuju jalan keluar. (Tips: sekiranya u kena buat tawaf wida' selepas solat fardhu, i suggest u solat di kawasan basement, supaya u tak perlu melawan arus dan bersesak dgn orang yang nak keluar masjid. sebab org nk keluar masjid takkan lalu kawasan basement).
Agak lama kami tersangkut di celah-celah manusia yg berebut rebut hendak keluar masjid sesudah solat zuhur. Akhirnya, berjaya juga kami memasuki kawasan tawaf, dan memulakan tawaf kami di Rukun Hajarul Aswad. Allahu Akbar.... tawaf terakhir ku sebelum pulang ke Malaysia. Sepanjang tawaf, i memanjatkan doa... Ya Allah, terimalah amalan kami, terimalah umrah kami... jangan lah Kau jadikan umrah dan ziarah kami ini yang terakhir dalam hidup kami... jemputlah kami lagi Ya Allah... Terimalah kami semula sebagai tetamu Mu Ya Allah...Anugerahkanlah kami menjadi insan yg terpilih untuk menunaikan haji, umrah dan ziarah semula ke bumi Makkah dan Madinah...
Berlinangan air mata mengiringi tawaf terakhir i. Usai tawaf, i lakukan solat sunat tawaf dan berdoa lagi di sujud yang terakhir, semoga Allah menerima amalan kami dan menjemput kami semula ke Makkah dan Madinah. Ya Allah... semoga itu bukan sujud terakhir ku di rumah Mu yg suci ini...
Selesai urusan tawaf wida', kami beransur keluar dari masjidil haram... sambil mata i tertumpu pada Ka'bah... pandangan terakhir sebelum pulang ke tanah air... (Aduh...sayu rasanya mengenang saat itu... rindu rasa hati ingin ke sana lagi.... T-T).
Keluar dari masjidil haram, i naik bilik, ambil beg, terus naik bas. Dalam bas, memandang masjidil haram buat kali terakhir.... dan kami bertolak ke Jeddah lebih kurang jam 3 petang waktu Makkah. InshaAllah, aku akan datang lagi.... Aku akan datang lagi menyahut panggilan Mu Ya Allah... Izinkanlah...amin...
Perjalanan ke Jeddah lancar. Kami singgah di masjid terapung untuk solat asar. Kemudian menyambung perjalanan ke Airport Jeddah. Flight kami dijadualkan pukul 11.45 malam. Dalam pukul 9 kami check in dan mengisi departure card. Kemudian, bila semua jemaah dah ready, kami check in. Urusan check in agak mengambil masa. Again, Pegawai Imigresen nya sgt lah lambat dan 'gemalai'. Nak ambik passport pun malas. Mahu kami hulurkan pada dia yg bersandar di kerusi. Bayangkan... my MIL yg dah tua tu pun si pegawai imigresen tu beri isyarat dengan menggamit tangannya minta dihulurkan passport kepada dia yg sedang terjelepuk bersandar di kerusi. Kaunter tu tinggi...terpaksa my MIL menjingkit dan hulurkan pasportnya. Kalau pada pandangan mata dan budaya kita, memang kurang ajar. Sabar je la i tgk perangai diorang ni... (Tips: isi departure card with your details sebelum u ke kaunter imigresen. Kalau tak, jenuh la tunggu pegawai yg 'gemalai' tu yg isi... u boleh dapatkn departure card di kaunter check in).
Pukul 10.30, kami dah boarded. Flight journey quite ok. Cuma i x nenyak pun tido. Tido2 ayam. Kejap2 dok menggodek flight entertainment console tu. Tgk citer tu, tgk citer ni, tido, bangun balik... Sampai la nak dekat waktu subuh. This time around, i dapat merasa solat dlm kapal terbang. Since i naik Saudi juga untuk penerbangan balik, mudah la i nk solat. (Tips: Macm mana nak tentukan waktu? I tengok information flight utk tentukan kami berada di kawasan mana (masa tu kami berada di kawasan somewhere in India, tak ingat nama apa...). Kemudian, i tengok waktu solat kawasan berkenaan melalui aplikasi di dalam iphone and solat after 10 minutes lepas masuk waktu - just to ensure waktu dah masuk. I guna applikasi 'Muslim Pro').
Kami sampai malaysia around 1 pm. Alhamdulillah...syukur, selamat sampai. Urusan bagasi pun mudah. Sekejap je, x lama kami tunggu. Dah dapat bagasi semua, terus balik rumah, my parent yg ambik di airport. (Tips: jgn mandi sampai kita dah bermalam satu malam di rumah setibanya dari Makkah. Kata org, ini petua utk elakkan demam dan tak sihat. I memang tak demam masa hari Kamis n Jumaat lepas sampai tu...but hari Sabtu tu i demam jugak.... huhuhuhu....).
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian pengalaman i sepanjang di Makkah dan Madinah. Seronoknya pengalaman tu, memang tak terkata. I can feel the difference now bila i solat... I dah boleh imagine Ka'bah and imagine i solat depat Ka'bah. Sekali sekala, terasa kerinduan nak ke sana. Nak merasai semula suasana di sana... (alahai... 'hujan' lagi... now i can understand the feeling those people yg merindui Makkah dan Madinah). Kiriman doa2 yg dikirim sahabat2 semua, sebaik mungkin i tunaikan. Maafkan kalau ada yg tertinggal (i dah tulis semua, tapi mana tahu kalau ada yg tertinggal... but i did doa smg Allah tunaikan permintaan semua sahabat2 yg berkirim doa).
OK, kalau ada salah silap, tersalah fakta etc, itu adalah kelemahan i, and i minta maaf. Namun, i harap, perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat utk semua. And i doakan semoga kita semua dapat merasai (and utk yg dah pergi smg dapat merasai lagi) kemanisan beribadah di Baitullah al Haram dan di Masjid Nabawi. Amin...
Till then :-)
p/s: lepas ni nak pasang angan2 nak pi Masjidil Aqsa pulak ;-)
salam Nina,
ReplyDeletealhamdulillah. tq for the tips.
No prob Ai :-)
DeleteST, thanks alot sampaikan doa yang dikirimkan ke sana.....budi baik ST hanya Allah sahaja yang mampu balas.....amin!
ReplyDeletex de masalah pun Yani...i cuma tolong doakan je... x de yg susah :-)
DeleteHee..yang pasal imigresen tu mungkin dh penat sgt kot.. tapi setakat gemalai takpe, dripada sue kena kat vietnam..tak buat salah kena tengking.. berbulu je rasenya.. huhu
ReplyDeleteand thanks for sharing, mana tahu rezeki sue ke sana, blh tgk2 blog ni nanti.. ehehe
ahahha...mungkin juga sue, cuma x puas hati dgn sikap dia... mula la i rasa memang baik2 org malaysia ni kan? InshaAllah, moga ada rzeki Sue ke sana soon... amin... :-)
DeleteKlu berkesempatan dan rezeki beribadah di sana, buleh dah buat rujukaan blog kak nina ni. :))
ReplyDeleteAlhamdulillah, smg bermanfaat :-) And smg ada rezeki Sash nak kesana soon :-)
DeleteYa Allah seronoknya.
ReplyDeletepengalaman yg terindah kan.
smga kami juga dipernudahkan utk ke sana.aamiin
maaf, kalau sya bertnya.. akk pon TTc juga ke?
itulah yg selalu sya pikirkan.. naluri perempuan ni sama kan.. salam kenal dari saya.
ismi _su :D
Salam kenal su :-) Ya, akak pon TTC. Been almost 9 years dah :-)
Deleteseronok baca st punya post ni! kena bookmark ni so that boleh jadi rujukan lepas ni kalau berkesempatan pergi ke sana nanti insya Allah.. great tips!
ReplyDeleteTQ Zura, i just share pengalaman je...kalau dapat manfaat, alhamdulillah :-) Smg ada rezeki zura nk pi sana soon :-)
Deleteinshaa Allah kak.. saya pasti masih ada sinar utk kita.doa usaha ikhtiar dan tawakal :D
ReplyDeleteall the best kak
TQ Su :-)
Deletedah habis baca.... best sgt ida baca... maybe one day. sempurnakan disini dulu baru berhajat ke sane. heeee~ doakan ida. ;))
ReplyDeleteInshaAllah...smg ada rezeki ida :-) Amin...
Delete