Skip to main content

Selamat Kembali kepada Fitrah!

27 Ramadhan.

Sekejap benar Ramadhan sudah hampir nak berlalu. Bulan di mana pesta ibadah berlangsung. Dengan harapan dapat mendidik jiwa dan nafsu supaya kembali kepada fitrah. Fitrah hidup sebagai hamba Nya, yang tujuan kejadiannya adalah untuk beribadah kepada Allah.

Di peghujung perjalanan ini, let us reflect on our achievement in Ramadhan. Makin dekatkah kita kepada fitrah diri kita yang sebenar? Atau makin jauhkah kita? Atau status quo - tiada perubahan.

Semoga jiwa dan nafsu kita terdidik dengan baik sebagai bekalan menghadapi 11 bulan yang seterusnya. Semoga tahun hadapan, Allah panjangkan umur kita untuk kembali bertemu dengan Ramadhan. Semoga Allah menerima ibadah kita. Semoga Allah mengampunkan dosa kita.

Semoga kita kembali kepada fitrah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat kembali kepada fitrah.

TQ google

Dikesempatan ini, i nak memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa atau terasa hati dengan penulisan i di blog picisan ini.Semoga sedikit sebanyak sahabat sekalian beroleh manfaat dari penulisan i.

Buat yg memandu, berhati-hati dijalan raya. Buat yg x memandu, kesian la kat pemandu tu...ajak2 la dia berborak supaya tak boring drive (hahaha...peringatan tuk i sebab i suka tido bila hubby i drive. tapi kampung i tak jauh, so ok la kot...).

Sehingga bertemu lagi in next entry...

Eid Mubarak everyone :-)


Comments

  1. selamat hari raya
    maaf zahir batin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same here su, maaf zahir batin :-)

      Delete
  2. eid mubarak to you! hati hati balik kamung semoga selamat pergi dan pulang.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya buddyz..eh,nina..hehe

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya Aidilfitri ST..semoga selamat perjalanan pergi dan balik!
    Maaf zahir dan batin ye!

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya sweet tooth :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Mood Tak Sabar

Been reading other's people experience about it... and everytime membaca catatan mereka, semakin rasa sebak dan teruja. Ya Allah... begitu melonjak-lonjak perasaan ku ini... terasa lambatnya masa berlalu... . Counting days.... Anyway... semalam jumpa doc cantik. Ramai sungguh patient doc. I was the 16th. Dekat pkol 1.30 pm baru masuk jumpa doc (well...sampai pon lambat kan...memang la no 16 jawabnya... hehehehe). Masuk2 jumpa doc, doc pun kata, lamanya tak jumpa. Heheheh...berehat doc... so check up macam biasa and get her advice. Doc prescribed ubat, then balik umah lps amik ubat. Need to remind myself - ini hanya usaha. Allah jua yg tentukan segalanya. Semoga Allah permudahkan semua urusanku yang satu ini.... Amin...

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang