Skip to main content

Cerita Ceriti - Part 2

Sorry dear readers... Am taking so long to continue with the sharing of Ustaz Don's kuliyyah. Hari tu kita berenti kat part Allah is the best Planner kan? Setiap kejadian yang berlaku tu, tidaklah ia berlaku dengan sia-sia. Ada hikmah disebaliknya.... Seperti yang ustaz ceritakan tentang cerita Nabi Musa....

Nabi Musa, Pemburu, Pengembala Kambing dan Orang Tua.

Pada satu hari, Nabi Musa sedang berehat-rehat dibawah pokok, berdekatan dengan sebuah telaga air. Dari kejauhan beliau terlihat seorang pemburu menaiki kuda menuju ke telaga air untuk menghilangkan dahaganya. Pemburu itu membawa seuncang emas. Ketika dia hendak mengambil air dari telaga tersebut, pemburu itu telah meletakkan uncang emasnya di sisi telaga itu. Mungkin dia khuatir uncang emasnya jatuh ke dalam telaga itu ketika mengambil air.Sesudah pemburu itu minum air telaga tersebut dan hilang dahaganya, pemburu tersebut terus menaiki kudanya untuk meneruskan perjalanan...

Nabi Musa hanya menyaksikan kejadian tersebut. Dia terus duduk berehat dibawah pokok tersebut apabila datang pula pengembala kambing dengan kambing2nya ke telaga itu. Pengembala kambing itu menyedari ada uncang emas di sisi telaga. Tanpa melengahkan masa, dan tidak dia menyedari bahawa Nabi Musa sedang memerhati,pengembala itu terus mengambil uncang tersebut dan beredar dari situ. Nabi Musa terus memerhati... Dia terfikir, apakah yang akan berlaku seterusnya....

Kemudian, datang pula seorang tua ke tepi telaga itu. Setelah meminum air, orang tua itu berehat lalu tertidur di sebelah telaga tersebut. Tidak lama selepas itu, kelihatan pemburu tadi datang semula untuk mengambil uncang emasnya yang tertinggal. Apabila dilihat uncang emasnya sudah tiada, pemburu tu naik berang lalu menumbuk orang tua tersebut kerana disangka orang tua itu telah mencuri emasnya. Dengan takdir Allah, mati orang tua itu.

Kalau nak diikutkan, tentulah pemburu itu bersalah kerana menyerang orang tua itu tanpa usul periksa. Dan pengembala kambing itu juga bersalah kerana mengambil harta yang bukan haknya. Setelah melihat kejadian itu, Nabi Musa tertanya-tanya apakah hikmah disebaliknya... Rupa-rupanya, orang tua itu di zaman mudanya telah membunuh ayah pemburu tersebut. Dan ayah pemburu itu pernah berhutang dengan pengembala kambing. Maka kejadian itu adalah balasan ke atas masing-masing....

Kita manusia biasa, manakan nak terfikir betapa sudah cantik perancangan Allah. Janganlah dikeluh kesahkan dugaan yang menimpa kerana pasti ada hikmah di sebaliknya....

Berbalik kepada cerita utama...Ustaz sebenarnya bercerita tentang Surah 'Tabbat Yada'. Kita pun tahu kan suran ni mengenai Abu Lahab, bapa saudara Nabi kita. Sebelum tu, selingan sikit....Tau tak kenapa beliau dipanggil Abu Lahab? Ustaz berseloroh, bukan sebab dia pelahap makan.... tu bahasa melayu. According to ustaz, Lahab tu maksudnya percikan... macam percikan bunga api tu... bunga api bila terpancar kan cantik... Abu Lahab ni sebenarnya handsome orangnya....sebab tu digelar Abu Lahab. Manakala isterinya pula adalah wanita yang juga cantik. Maka digelar Ummu Jamilah (jamilah maksudnya cantik).

Ok, sambung balik cerita bagaimana turunnya ayat ini. Pada suatu hari, Nabi mengumpulkan penduduk Makkah lalu berkata kepada mereka "Apa pendapat kamu jika aku mengatakan di belakang Bukit Safa ini ada tentera yang ingin menyerang Makkah". Maka pendudk Makkah berkata "Pasti benar katamu Ya Muhammad". Mereka akan mempercayai sebab Nabi Muhammad ialah seorang yang jujur dan tidak pernah menipu. Kemudian Nabi Muhammad berkata "Maka, sembahlah Allah yang Satu". Abu Lahab yang mendengar kata-kata Nabi terus bangun lalu berkata "Tabbaka (Celakalah kamu) Ya Muhammad. Adakah kerana ini kamu mengumpulkan kami semua?"

Disebabkan Abu Lahab menyumpah nabi Muhammad, maka Allah turunkanlah Surah Tabbat Yada ini....

source:google image
Bermaksud:
1. Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama!
2. Hartanya dan segala yang diusahakannya tidak dapat menolongnya
3. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
4. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api
5. Di lehernya  sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Kat google digunakan perkataan binasalah. Ustaz kata maksudnya 'Tabbat' tu 'celakalah'. Di dalam ayat ini, Allah telah mengutuk Abu Lahab serta keluarganya, termasuklah anak-anak Abu Lahab. Perkataan 'Kasab' merujuk kepada anak-anak Abu Lahab. Eh, anak-anak dan isteri Abu Lahab pun kena jugak? Ya....ada cerita di sebaliknya....nanti i sambung lagi yer... Stay Tune :-)

Comments

  1. nin, i've shared your previous post punya cerita makcik tempe in fb. Ramai dah org dok share citer tu kat wall depa...huuuu... semoga dapat pahala berpanjangan bila org baca post tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ mimi, smg bawa manfaat pada ramai orang :-)

      Delete
  2. thanks sharing kat cni jgak :)

    ReplyDelete
  3. No prob :-) sharing is caring

    ReplyDelete
  4. Good one kakak. Cita lagi nanti :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik dik sash, stay tune yer :-)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

New Chapter

If I could sum up what i learnt from my life as TTCian, that would be P-A-T-I-E-N-C-E. Being a TTCian has shaped me up as a person. It makes me rely to Allah Almighty in everything I do and make me believe that there will be a silver lining even in the darkest cloud.  For indeed, with hardship (will be) ease Indeed, with hardship (will be) ease. So when you have finished (your duties), then stand up (for worship). And to your Lord direct (your) longing. (Al-Insyirah 5-8) TTC World was past behind me... I'm living new world of parenthood to a 6-year-old toddler. Let's begin new chapter at MY WORLD

Bahasa Jiwa Bangsa

U all tau tak dari mana datangnya frasa 'Bahasa Jiwa Bangsa' ni? I petik dari DBP: Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Frasa ni sebenarnya dicipta oleh Tan Sri Dol Ramli, yg merupakan pengasas rangkaian RTM. Tau tak lagu Bahasa Jiwa Bangsa? Lirik dan lagunya ditulis oleh beliau. BAHASA JIWA BANGSA G unakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bang

Komen

Komen....comment. Comment: generally a verbal or written remark often related to an added piece of information, or an observation or statement (Wikitionary). Komentar : huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara (Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4) I suka tinggalkn komen kat blog orang. Hehehhehe…   Why? May be sebab I rasa if I leave a comment the writer would feel that ‘eh…ada jugak orang yg sudi baca apa yg aku tulis ni’. Coz I would feel that way when someone leave a comment in my blog. Even though you can check how many people hit your blog in the ‘Stat’, the feeling of having comments on your entries is different. I’m sure u akan rasa happy bila someone tinggalkan comment kat ur blog. Eh, x happy ke org tinggalkan komen? Sapa happy angkat tangan (I angkat tangan ni… hehehehe). Perhaps its human nature. Bila kita bercakap dengan orang, and orang beri respond, baru rasa ada interaction antara si ‘pencakap’ (erk! Teruknya B